Tips design Photobook.
Photobook kini siapa-siapa pun boleh buat kan. Harga pun bukan main murah. Nak susunan gambar dalam Photobook nampak mengancam?
1. Kurangkan masuk gambar selfie. Dalam 70 keping gambar, takkan semua selfie kak oi… Masukkan 10 keping tu ok la. Mananya pemandangan? Macam mana nak tahu ke mana kalau semuanya gambar muka je? Hihi
2. Jangan risau masukkan gambar tanpa kita dalam tu. Masukkan je gambar tiket, buku, makanan atau pemandangan. Photobook ni macam IG dan Facebook jugak. Tak semestinya kita perlu ada dalam gambar kan.
3. Bagus betul siapa dapat gambar yang muka beserta dengan latar belakang yang indah. Tapi, elakkan juga sampai langsung takde muka sendiri. Sayang la kan. Photobook ni majalah kita. Takkan la muka langsung tak nampak. Kecik halus tuan kena himpit dengan pemandangan. Hihi
4. Zaman sekarang untung tak pakai kodak. Jadi, sedap betul jari sentuh snap di skrin telefon. Sedar-sedar dah 20 keping gambar di tempat yang sama. Nak cari perbezaan pun susah. Pilih satu je! Rugi muka surat tau kalau gambar tempat sama berulang-ulang.
5. Kalau sayang jugak gambar 20 keping tu (sambungan no.4) Boleh je amik. Tapi, sila cut separuh. Pilih yang ada beza banyak antara 20 keping tu, tapi sudut tidak berubah. Dah jadi kelainan di situ.
6. Pleasa la. Gambar blur, gelap, dan saiz kecik takyah la masukkan. Kualiti memang tak cun. Merosakkan mood semasa melihat. Kalau berdegil nak, edit la dulu. Tambah filter.
7. Beranikan diri menggunakan gambar kita yang paling cun sebagai background photobook. Memang konpem lain daripada yang lain. Istimewa gitu.
8. Tindankan gambar atas gambar lain. Contohnya, gambar belakang menunjukkan jalan yang mempunyai bangunan. Atas gambar berkenaan pula masukkan gambar anda selfie. Secara tak langsung, gambar tu saling berkait.
9. Susun leklok gambar. Kalau pergi travel tu, sila susun dulu mengikut hari. Baru ada cerita. Kalau yang nak buat sempena hari raya, mulalah dari awal pagi pakai make up, sampai la ke malam main bunga api. Kan seronok belek. Nak cerita kat orang pun mudah.
10. Susah? Meh tempah lagi mudah. Kahkahkah
Boleh chat di FB Messenger Nhazla Fikri atau Whatsapp 012-9683725 bagi menjawab segala persoalan anda. Susah-susah buat sendiri rugi masa. Tempah kan lagi senang. Kita deal sampai jadi.
4 thoughts on “Tips design Photobook.”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
wah, blog ini sangat menolong. aku jadi belajar banyak hal dari web ini. lanjutkan!!!
keren, web ini sangat mudah dimengerti. gua jadi mengetahui banyak hal dari blog ini. cool!!!
wah, postingan ini sangat mudah dimengerti. saya jadi mengetahui banyak hal dari postingan ini. cool!!!
Good post!