Kena Chicken Pox sebelum naik pesawat
Cuti sekolah akhir tahun semakin hampir. Biasanya kami sekeluarga dalam keadaan get ready untuk pergi bercuti. Banyak persiapan dah dibuat. Tiket flight dan hotel dah book berbulan lamanya. Duit dah berhabis bukan main banyak. Tanpa disangka ujian datang menimpa. Salah seorang anak aku telah dijangki Chicken Pox a.k.a cacar air. Kalau bahasa kampung kitorang panggil bertih.
Kebiasaan aku bayangkan adalah masalah berkemungkinan akan berlaku pada tempoh percutian. Aku tak menggelabah sangat sebab Nufail mungkin akan sembuh dalam tempoh paling lama pun 2 minggu je. Nak fly lagi 3 minggu. Sempat la. Yang merisaukan aku adalah bila doktor cakap,
“Chicken pox ni akan kering pada minggu kedua. Cuma, dalam tempoh kering tu, berkemungkinan akan berjangkit kepada yang belum pernah kena.”
Aku, Naura dan Niqrisa belum kena lagi ni. Itu yang merisaukan. Kalau la berjangkit kepada adik-adik dia, maka kami sekeluarga terpaksa batalkan percutian yang telah dirancang selama 6 bulan. Terma dan syarat untuk terbang di dalam pesawat adalah seperti berikut :
- Keadaan perubatan sedia ada; atau
- Keadaan perubatan tidak stabil; atau
- Penyakit, kecederaan, pembedahan atau dimasukkan ke hospital baru-baru ini; atau
- Berniat untuk mendapatkan rawatan di luar negara; atau
- Penyakit jangkitan, berjangkit atau kronik
- Boleh rujuk link Tetamu dengan keadaan perubatan/penyakit Air Asia
Nufail dirujuk pada point penyakit berjangkit. Ada kes yang seorang ibu yang cuba membawa bersama bayi yang menghidap Chicken pox untuk terbang ke Ho Chi Minh bertarikh 20 Mei 2013. Namun, hanya salah faham sahaja sebab bayinya dah sihat sepenuhnya. Cuma takde surat pengesahan doktor. Jadi, kena fahamlah yang penyakit berjangkit perlu dikuarantin.
Aku dan suami yang terpasa redha ni tunggu masa jela pergi ke tak. Kalau perlu cancel, kami mungkin claim je dengan insurans. Nasib baik beli insurans awal lagi. Dalam syarat boleh claim dalam tempoh 7 hari sebelum bercuti jika salah seorang ahli keluarga mendapat penyakit berjangkit. Tapi, walaupun diganti penuh sekalipun, tak dapat ganti keterujaan kami yang dah bersedia dengan sekian lama. Sedih jugak la. Nak buat macam mana. Kalau dah takde rezeki kami, terpaksa la batalkan. Kesian kat anak. Kesian jugak kat penumpang lain yang terdedah dengan virus jangkitan.
Tup, tup, kakak aku mesej. Mesej tu berbunyi macam ni, “Tadi oyak ko Abe Nik pasal Nupe keno Chicken Pox. Abe Nik suruh gi klinik amik ubat Acyclovir untuk anok hok tok keno lagi.”
Terjegil mata aku baca. Ada vaksin rupanya! Ubat ni tak 100% protect. Jika la ditakdirkan salah seorang yang tak kena lagi ni dapat jangkitan, sekurang-kurangnya naik bintik sikit je dan cepat pulih. Sempat la dengan tarikh nak bercuti tu.
Rasa teruja kemain lagi. Excited sampaikan terus call klinik tanya pasal ubat. Nak mintak dengan Abe Nik jauh sangat. Dia doktor di Kota Bharu. Aku di Kemaman. Baik beli je kat tempat aku tinggal ni. Mudah dan cepat. Konon la. Rupanya, ada masalah jugak. Ubat tu tak semua klinik ada. Kat farmasi takde jual. Kena jumpa doktor dulu baru boleh dapatkan ubat. Penat betul la. Tapi, disebabkan nakkan perlindungan punya pasal, sanggup ulang alik 2 kali ke klinik semata-mata nak vaksin. Syaratnya, siapa nak makan ubat tu, kena datang untuk jumpa doktor. Ikutkan aku, malas la. Nak amik ubat je pun.
Dalam banyak-banyak klinik aku singgah, satu klinik ni je yang ada ubat tu. Lain umur, lain cara makan. Dan kalau ikutkan, doktor taknak kasi. Katanya ni bukan vaksin. Ni ubat untuk yang baru dapat jangkitan dalam tempoh 48 jam sahaja. Kalau orang sihat makan macam takde function mana pun. Seolah orang tak selsema tapi sengaja telan ubat. Aku pun dah mula hmmm… Tak kira, nak jugak!
Doktor pun bagi jela sebab dia faham situasi kami yang kesuntukan masa nak travel. Kanak-kanak diberikan sirap. Yang dewasa pula ubat pil. Dos tak sama. Yang ni kena doktor yang kirakan. Bukan pepandai beli sebotol kongsi tiga orang. Ubat ni sangat mahal. Sebotol RM60. Kami dikenakan bayaran sebanyak RM238 semuanya. Nak bercuti sangat kan. Nah, hambik! Kena consume ubat 4 atau 5 kali sehari mengikut nasihat doktor selama 5 hari berturut-turut. Leceh kan.
Balik je rumah, Niqrisa pulak dijangkiti selsema. Confirm sebab berkunjung ke klinik ni. Sana kan tempat berkumpulnya virus orang sakit. Elok la. Datang sihat, balik calit penyakit. Esoknya datang lagi sekali sebab nak dapatkan ubat lain pulak. Fulus lagi! Dah macam jumpa tok bomoh. Saka yang datang menempel…
Aku anggap semua ni dugaan Allah nak berikan sebelum kami sekeluarga nak keluar travel. Mungkin Dia uji dulu sebab nak berikan kegembiraan je lepas ni. Jangan mengeluh. Allah tau kemampuan hambaNya. Ikut pengalaman, memang kami dapat susah dulu. Tapi manis kemudian. Harap begitulah. Ikhtiar dah ada. Tawakal je kepadaNya. Disusuli dengan doa yang tidak putus.
RINGKASAN ENTRI
- Yang dijangkiti biasa akan demam sehari dua dulu sebelum biji di badan tu keluar.
- Keluar je beberapa biji di badan, dalam tempoh 48 jam perlu makan ubat
Acyclogir bagi mengelakkan keluar dengan meriah. - Ahli yang tak pernah kena perlu consume ubat jugak. Walaupun tak protect 100%.
- Selain pengambilan ubat, boleh juga nak inject.
- Pastikan yang dikuarantin tidak berada bersama dengan orang lain.
- Bila dah sihat, dapatkan surat doktor bagi pengesahan kesihatan.
- Apa pun, beli insurans perjalanan dulu. Pastikan yang premium. Kah!
Jadi tak kami pergi travel ni? Nanti aku cerita balik sambungannya. Kalau tak jadi, aku akan ceritakan macam mana nak buat urusan claim. Kalau jadi, aku akan buat banyak episod sebab kali ni kami pergi lama. 2 minggu oiii!!!! Moga jadi. Amin!
So, when I fly, you fly. We fly together. And when I shine, you shine. We shine forever.
february 24