Berkunjung ke Kellie’s Castle
Sambungan cerita selepas entri ke Gua Tempurung. Hari sama je ni. Dan dan lepas lenjun masuk gua, terus buat carian tempat menarik lain di kawasan Ipoh. Ter up jugak status di FB. Ada yang suggest ke taman tema di Tema Air Tambun dan MAPS. Tak minat. Buat apa membazir duit ke lubuk orang yang dah sedia kaya? Aku lebih suka pergi tempat sejarah atau kawasan semula jadi. Walaupun kena bayar, sekurang-kurangnya duit tu boleh membantu dari segi penyelenggaraan tempat. Pengurus taman tema dah kaya. Kasi can alam flora nak hak penjagaan rapi. Tak gitew?
Aku teringat pernah menonton satu tempat ni di channel youtube. Tumpuan khusus buat para photographer kahwin. Bukan main lagi pengantin suka ke sini. Tak lain tak bukan, Kellie’s Castle. Aku yang dah 13 tahun kahwin ni pun gatal nak bergambar jugak kat situ. Kah!
Ingatkan tak ramai orang. Silap la. Ramai jugak. Kenapa korang semua suka pilih tempat aku nak pergi? Ouh… Lupa. Cuti umum sebab Deepavali. Tak heran la. Parking penuh sampai ke jalan besar. Terpaksa la kami parking tepi jalan dan berjalan jauh. Niqrisa pulak tidur. Nasib baik ada SCC (Soft Structure Carrier) Sentiasa menjadi penyelamat.
Mujur tak parking dalam. Rupanya kena bayar. Selamat duit. Bazir peluh sikit je pun. Parking free je kat luar. Yang penting, kalori burn banyak. Boleh la makan banyak lepas ni.
Cantik betul lihat daripada jauh. Nampak bangunan gah nun dari tempat parking. Sebelum nak ke sana, kena beli tiket dulu di sebelum menyeberangi jambatan. Ada sungai kecil yang memisahkan istana. Dah macam istana negara omputih. Istana ini milik William Kellie Smith yang asal daripada Scotland. Smith membina istana tersebut sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran anak lelakinya, Anthony dan tanda cinta kepada isterinya, Agnes. Namun, projek pembinaan istana terhenti apabila William Kellie Smith meninggal dunia. Apa yang hendak ditunjukkan adalah tinggalan istana yang tak siap. Pun begitu, istana ini tetap menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Perak.
Harga tiket bagi pelancong dalam dan luar negara berbeza. Perlu serahkan kad pengenalan sebelum membeli. Jangan tak bawak pulak. Tak pasal-pasal kena bayar mahal sekali ganda.
Nak menyeberangi sungai kena beratur dulu. Bukan sebab nak kena serah tiket. Tapi dipaksa bergambar di skrin putih. Berkeras taknak macam mana pun, wajib disuruh bergambar. Layan je. Beratur, angkat ibu jari, dah boleh masuk. Tempat tumpuan macam ni la… Aku ingatkan taman tema je suka mendesak. Padahal, orang yang jaga kaunter tu siap bagitau bukan ada apa pun kat sini. Biasa orang amik gambar untuk update di sosial media je pun.
Tiket dah bayar. Aku bayangkan kawasan ni dijaga. Meleset apa yang dibayangkan. Rumput panjang. Bersemak samun. Paling tak suka ada kemuncup. Disebabkan penyelenggaraan agak kureng bagi aku, aku mula bayangkan duit tu dah ke mana? Tak boleh upah orang potong rumput??? Kata tempat tumpuan pelancong. Parking kereta pun bukan main full.
Betul apa yang dikatakan oleh penjaga kaunter. Takde apa. Ada la sedikit keterangan di dinding. Orang cuma datang nak bergambar. Tempatnya lawa djadikan sebagai background. Aku pun turut sama nak bergambar. Sangat cantik bila dilihat di skrin.
Istana ni tak siap dan tinggi bertingkat-tingkat. Keselamatan takde. Tak jumpa seorang pun penjaga di kawasan istana. Signboard arahan keselamatan pun tak ada. Bilik bawah bawah tanah sepatutnya perlu dipasang lampu. Bayangkan kalau ada binatang berbisa menunggu? Bukan nampak pun. Gelap gelita. Aku tak bagi anak-anak masuk.
Ada di beberapa bahagian istana yang tidak berpagar. Aku tengok budak-budak berlari tidak diselia oleh ibu bapa atau penjaga. Nak kata aku over sangat fikir ke? Haloo… Malang tak berbau ya… Takkan la nak tunggu jadi perkara buruk dulu baru nak ada tindakan. Akal kan ada. Kita bukan bahan eksperimen nak kena berlaku sesuatu dulu baru nak menggelabah. Harap pihak tertentu boleh fikirkan yang terbaik. Duit dah ambil kan?
Hari dah nak hujan. Kami cepat-cepat menuju ke jambatan tadi semula. Sampai je sana, hujan pun dah mula menitik laju. Nasib baik cepat berteduh. Terkejut tengok gambar kami disusun elok dengan pelancong yang lain. Anak-anak bukan main melompat suka. Minta kami belikan. Tak kuasa. Tau tak harganya? RM45 sekeping. Dapat kenangan pahit kalau beli. Baik pergi simpan duit buat makan.
Sebelum balik, beli fridge magnet dulu buat kenangan. Harga agak mahal. Beli untuk diri sendiri jela. Nak letak di peti sejuk. Suka kumpul sebagai tanda dah jejak. Sementara tunggu hujan reda, cari air di cafe sebab nak hilangkan dahaga. Berpeluh banyak sangat di istana tadi. Malangnya, air batu dah habis, straw habis, makanan habis. Jual apa sebenarnya di cafe ni?
So, ini serba sebanyak pengalaman kami ke Kellie’s Castle. Berapa bintang nak bagi ek? Dari sekala 10, aku bagi 7. Kurang tiga sebab takde keselamatan. Pihak tuttt!!! Take note. Jumpa lagi di entri lain. Terima kasih kerana sudi membaca.
Layan beberapa keping gambar dulu buat bayangan pembaca yang teringin ke sini. Soon.
“Take only memories, leave only footprints.”
FAMILY TRAVEL
NEVER STOP TRAVEL – #familytravel #backpackwithchildren #malaysiantraveller
4 thoughts on “Berkunjung ke Kellie’s Castle”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Ooo baru tau kellie castle ni bangunan tak siap. Bahaya btol xde safety kat bangunan camni. Kukuh ke bangunan tu dh ramai2 yang naik setiap hari?
bangunan kukuh. separa pembinaan ni takde safety la
Aduhai, teruknya Kellie’s Castle sekarang. Dulu kami ada pernah 2, 3 kali, kawasan elok terjaga. Rumput pun pendek aje. Tempat pun bersih.
Peliknya ngapa jadi gini. Management baru kot?
I have been checking out some of your articles and it’s pretty good stuff. I will definitely bookmark your site.