Rutin WORKOUT semasa wabak Covid-19
Duduk dalam rumah membataskan pergerakan fizikal. Banyak duduk, baring dan kurangnya berjalan jauh. Kalau yang rumah satu tingkat je, memang takde lasung naik turun tangga. Ini akan membuatkan badan boleh menjadi lesu.
Aku tak suka keadaan macam ni. Dah la makan dah tak terkawal. Dapur tu tempat hotspot dalam rumah. Peti ais dah tak sejuk sebab asyik bukak tutup mencari makanan. Jajan anak-anak kemain banyak di bawah table top. Keinginan nafsu aku boleh goyah bila tengok cekedis, cokelat dan asikrim. OMG…
SEMUA TU MAKANAN SYURGA BAGI AKU. WARGHHHH!!!!
Untuk pengetahuan, keadaan badan kita dipengaruhi oleh 80% daripada makanan dan 20% daripada workout dan 100% pula mindset kita. Mindset tu aku sengaja ada-adakan. Takde kekuatan mental, mana semua ni nak berjaya.
Jadi, aku dah cuba kawal makanan semula agar tidak terlebih makan atau bahasa payah overload calories. Aku akan pastikan makanan wajib iaitu sarapan, tengahari dan malam adalah sepinggan sihat.
Aku pernah ceritakan macam mana nak kawal makan, jadi aku taknak sembang dah. Aku tinggalkan link je. Boleh baca dan rujuk semula di sini. Mudah-mudah je caranya.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 ni takde hal la bagi aku. Sebab aku memang workout dalam rumah pun sebelum ni. Tak mengganggu aktiviti harian pun. Alhamdulillah. Aku cuma tak kongsikan bagaimana cara untuk korang.
Nak workout macam mana kalau dah tak boleh keluar?
Aku merupakan ibu anak tiga yang bekerja mengikut tempoh 8 jam bekerja. Malas macam mana pun, aku akan balik cepat-cepat dan bergegas nak lakukan workout. Hanya dalam rumah je. Jadi, workout aku menjadi huru-hara dengan kehadiran anak-anak di sisi. Bayangkan jugak yang baby sibuk peluk di kaki waktu aku workout?
Bertabah la. Pandai-pandai la korang nak handle macam mana. Samada aku akan bergilir dengan suami menjaga anak, atau biarkan anak-anak tumpukan kepada perkara lain semasa kita sedang workout.
ZUMBA // Fuh, feberet ni. Aku akan pasang tv dan ikut je koreografi yang ditayangkan. Ruang bilik tak perlu besar pun. Cukup keluasan lantai bersaiz 5×6 kaki. Cuma pastikan tiada lego atau halangan di kawasan tersebut. Tak payah ada cermin pun takpe. Apatah studio zumba. Fasiliti ringkas yang perlu ada cumalah TV, pengudaraan yang baik, cerah dan ruang takde sepahan mainan.
Aku ada wifi Unifi di rumah. TV aku pun dah direct dengan YouTube. Masalah gangguan semasa streaming tu tak ada. Bagi korang yang takde talian internet macam aku, download siap-siap. TV takde? Buh dalam laptop atau telefon pun boleh.
TABATA // Lagu Tabata ni terngiang-ngiang dalam telinga. Boleh search dalam YouTube. Tempoh workout adalah 4 minit. 20 saat latihan pergerakan dan rehat 10 saat. Bergilir-gilir sehingga tamat 4 minit tempoh masa diberi. Sedang elok satu lagu.
Jenis pergerakan ni boleh diambil di internet. Lebih kurang macam cikgu PJ kita ajar je. Cuma kena buat dalam tempoh masa ditetapkan (dengan lagu) dan sentiasa bertukar. Aku cadangkan, korang taip TABATA WORKOUT untuk lebih faham dan jelas.
TRAINING GEAR// Bertuah siapa ada mesin treadmill, basikal dan segala jenis alat gym. Aku dah jual basikal berlari sebelum ni. Semak rumah kecil aku ni. Yang ada cuma Yoga Mat je. Lebih kemas. Gulung dan sembunyi belakang sofa.
Semua alat/mesin yang korang ada tu membantu anda workout dalam rumah. Ada barang sampai ribu riban, takkan nak buat sangkut tudung je kan. Manfaatkan sekarang. Kesian alatan tu duk berabuk sepi je di satu sudut.
Tali skipping, dumbbell, ankle/ wrist weights, bands dan etc. Sesiapa yang ada ni pun bagus. Bila ada equipments ni, kita akan rasa seronok seperti sedang bermain dengan alat permainan.
JALAN KAKI // Ni tahap paling malas. Jalan jela pusing rumah. Kecik ke rumah tu? Berjalan jalan setempat sambil menonton TV. Boleh dalam 20 minit tu berhentilah. Kalau ada tangga, boleh naik turun sampai mengah.
Ada lagi tak? Boleh la tambah. Aku cuma kongsi apa yang aku buat di rumah selama ini. Pastikan anda berpakaian lengkap semasa melakukan workout. Lengkap maksudnya baju sukan serap peluh, seluar fleksibel/track, dan berkasut stokin. Kalau ada jam Fitness lagi la bagus. Boleh dijadikan rujukan.
Jadi, mana satu pilihan korang? Jangan baca je. Buat tau. Sekiranya tidak bersetuju, dipersilakan komen di bahagian bawah dan kongsikan workout anda. Kita belajar dan menambah ilmu sama-sama.
‘Ke Arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu’
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
17 thoughts on “Rutin WORKOUT semasa wabak Covid-19”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Tu la.. Nak sihat nak cantik ni memang perlukan usaha. Tak akan datang bergolek kalau tak usaha. Yang penting disiplin dan konsisten.
uwargh betul!!! lenguh badan dah beberapa hari kat rumah. Thank you share info workout ni. Mudah nak follow 🙂
Bagi mereka yg sering nelakukan work out memang rasastress jika tak dapat nelakukannnya tetapi bagi yg jarang buat workout ada cara lain nak lakukan senaman ringan ya tak… jaga bayi pun satu senaman apabila bayi berjaga huhu.
saya ada baby. workout dan jaga baby tak sama. senaman perlu walaupun kita ada anak kecil
This is a good post. Yesssssssssss……. you can always workout at home. X perlu gie gym or Taman.
Memang cara ni je lah kita boleh workout skrg. Follow utube. Kadang2 happening juga buat dengan anak2. Hihihi
Nasib k mid duduk landed house, bolehlah belek-belek bunga, sapu sampah keliling rumah.atleast dapatlah jugak keluarkan peluh..kalau rajin basuh semua kereta :))
Akak ingat nak cuba TABATA tu. Esok akak cuba. Sebab dah tepu duduk rumah ni. Bersenam tak start lg. Hahaha
Idea yang bagus ni untuk digunakan sepanjang tempoh PKP. Ya Allah, betul dapur tu memang hotspot. Bahaya, haha.
Bagus! Sempat cari masa workout. Sis cuma workout 1 jam kemas umah, jalan kaki turun tangga kat tempat kerja je. Nasib baikla maintain je ni ha. Hehe
insyaAllah boleh buat n. penting untuk get fit while staying at home
Menarik bila tgk video tabata workout tue.. AM nak cuba gak la.. nmpk menarik n langkah mudah diikuti
huwaaa… setakat ni tak workout pun kat rumah sepanjang PKP ni. Tapi kalau berjalan tu byk la, dari ruang tamu ke dapur, dapur ke bilik.. hehe
Semua dah keras dah ni..otak pun dah tepu dah, idea jadik kosong. Umm bagus jugak dok buat workout bagi longgar2kan urat2 ni kan
aida now buat plank & squat aje.
berat2 x larat ha ha ha ha…
suka tabata, tapi tu la, anak2 conquer tv, x dpt nak ber utube.
tq for sharing ekk. aida da bookmark da. nanti masa depan boleh refer back.
semoga senaman ini menjadi amalan hidup sihat
Thanks for the info, yeah i m doing simple workout at home during MCO