Sebagaimana kita ketahui, pola jangkitan wabak Coronavirus semakin meningkat di Malaysia iaitu 190 kes pada 15 Mac 2020 yang lalu yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah 428 disahkan positif. Pada 16hb pula, berlaku sekali lagi peningkatan sebanyak 125 orang. Oleh itu, satu sidang khas dilakukan oleh YB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin secara ad hoc pada hari yang sama iaitu jam 10 malam. Maka, tercongok la aku dan suami mendengar di live Facebook.

Waktu pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, aku telah berada di kampung sejak empat hari yang lalu. Niat nak tinggal sehingga Jumaat. Tetapi, memandangkan perintah ini akan berkuat kuasa selama tempoh 18 – 31 Mac, kami membuat keputusan ingin merentas negeri antara Kelantan-Terengganu semata-mata untuk berada di Kemaman.

KENAPA KEPUTUSAN KAMI BERTENTANGAN DENGAN ORANG LAIN?

Sebenarnya, semasa berada di kampung selama beberapa hari, kami telah banyak kali berfikir. Jika kerajaan tiba-tiba buat lock down macam mana? Bercabang sekali soalan di dalam kepala. Aku cuba membuat penilaian terbaik bagi semua pihak. Tidak mahu digelar sebagai selfish. Setelah perbincangan dibuat, kata sepakat kami adalah pulanglah di mana tempat kami mencari rezeki selama ini. Sedih, serba-salah, lega, penat, takut, risau dan segala macam perasaan bercampur untuk satu hari.

Malam dapat arahan perintah kawalan, esok pagi decide, terus bungkus baju, jumpa kedua ibu bapa sendiri dan mentua, selesaikan urusan bank dan membuat pembelian runcit. Sangat penat. Orang lain sibuk panic buying, kitorang dah bersiap sedia nak mulakan perjalanan jauh beratus kilometer. Kami tak panic buying sebab kami dah beli awal-awal di kedai runcit dan membeli secara bersederhana. Itupun, sekadar bekal kudapan di dalam kereta. Waktu tu, takde nak berbaris panjang dengan troli.

SEBAB KAMI MELAWAN ARUS

PERTAMA. Aku nak elakkan berada di kampung yang bakal dibanjiri dengan ramai perantau luar. Terutama sekali perantau yang datangnya dari kawasan teruk dengan kes Covid-19. Bagi aku, semua orang boleh dikatakan pembawa wabak. Risiko menerima virus amat tinggi.

KEDUA. Sebaiknya, tidak berkumpul ramai dalam satu rumah. Rasanya agak sukar nak kawal keluar masuk ahli keluarga. Seorang nak ke pasar, seorang lagi hilang entah ke mana, anak sedara keluar berbasikal kejap. Takkan la nak tanya sorang-sorang pergi ke mana. Boleh jadi gaduh sesama ahli keluarga. Adakah yakin mereka yang balik ni dah cuci bersih tangan? Betul ke balik dari kedaia tu tak bawa balik bersama virus? Kalau la betul +ve Covid-19, tak ke semua dalam rumah tu kemungkinan dijangkiti. Tolong tinggal berasingan.

KETIGA. Ini bukan cuti raya. Masing-masing sibuk nak balik ke kampung sebab boleh masak-masak pelbagai menu di dapur mak. Eh, helo… Ni cuti wabak. Berjimat-cermat la. Ni dah macam nak adakan kenduri. Percayalah. Pasti perlukan penyediaan makanan yang banyak bila dah ramai. Membazir tu satu hal. Bukan semua orang tekak sama. Bersederhana itu lebih baik. Bila kita berada di rumah sendiri, kita mudah nak catu dan disiplinkan bekalan di dapur.

KEEMPAT. Cuti lama ni. Walaupun rumah ibu bapa sendiri, takkan sama dengan rumah yang kita tinggal sehari-hari. Perbuatan pasti akan terbatas. Nak baring, fikirkan abang ipar. Nak masuk bilik, bilik penuh. Aurat lagi nak dijaga. Cuti ni selama 14 hari tau. Duk rumah sendiri boleh buat macam-macam. Bukan tak sayang ibu bapa, tapi mereka pun ada life sendiri. Eh, orang tua pun serabut tau. Cuma dia tak gamak bagitau jela. Macam la cucu-cucu diorang ni berjenis sangat. Tolong la jangan ragut ketenangan orang tua. 2 minggu tu lama tau.

KELIMA. Aku nakkan privasi. Terus-terang aku cakap, aku dan suami jenis tak boleh berkumpul ramai. Jangan cakap kami tak sabar. NO. Kami dah tua bangka. Memang nakkan ruang. Lagipun, kami hidup tanpa saudara mara di negeri orang selama 14 tahun berkhidmat. Susah senang sendiri bersama suami. Otak jadi serabut bila ramai. Aku laki bini sama-sama introvert. Boleh jadi stress. 2 minggu macam ni boleh up setingkat lagi ke depress. Demi kesihatan mental, balik la. Boleh layan Netflix, main tenet, joget zumba tanpa fikirkan apa orang kampung kata.

KEENAM. Dan yang terakhir. Ibu bapa aku dah tua. Kalau aku ke disahkan +ve covid-19, yang akan disaring adalah orang close contact dengan aku. Sah-sah la orang tu ibu bapa aku. Kesian la mereka. Mereka dah berumur lebih 60 tahun. Berpenyakit kronik pulak tu. Dah ada 2 kematian di Malaysia akibat coronavirus ni. Salah seorang nya adalah orang tua yang berpenyakit kronik. Sumpah aku sayang mereka. Sebenarnya inilah perasaan bereblah bahagi aku sebelum balik hari tu. Tapi, aku terpaksa. Kecilkan jumlah ahli keluarga dalam satu rumah.


Maka, aku dah selamat kembali ke rumah sendiri jam 11 malam pada 17hb. Semasa pulang, aku lihat banyak kereta melawan arus. Mungkin destinasi mereka adalah Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Meriah macam malam raya. Makin lewat malam, makin bersesak kereta. Arus yang kami lalui ini boleh dikatakan lengang. Semoga mereka pulang tidak bersama wabak. Tak boleh bayang jika dijangkiti oleh orang kampung.


UPDATE : SEORANG penumpang yang menaiki bas ekspres Plusliner dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan, Pahang pada 16 Mac lalu, disahkan positif Covid-19, sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang mengesahkan perkara tersebut berkata, penumpang itu menaiki bas berkenaan 16 Mac lalu, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan mula dikuatkuasakan pada Rabu.

Okey. Berita macam ni la tak seronok. Pulang membawa balik bersama coronavirus. Ngeri kan! Maka, apa pun keputusan anda, sila fikirkan juga orang sekeliling! Stay at home. DUDUK RUMAH!!!!!!!!!!!!!!

A Movement to Stop the Covid-19 Pandemic

global