TALK
Rumah pertama keluarga kecil kami

Rumah pertama keluarga kecil kami

Tajuk tu bukan merujuk rumah baru yang pertama dibeli. Ini rumah dua tingkat pertama kami. Agak besar berbanding rumah kami sebelum ni semuanya satu lantai sahaja.

Kami masuk pada 01.01.2024. Kata jiran Cina kami, “Manyak ong masuk ini tarikh.” Ikut kalender Cina, minggu pertama Oktober ni diorang akan berdoa.

Jiran tambah lagi, “You’ll masuk dengan buka semua lampu. Manyak luck. Bawak tuah dalam rumah. Maksudnya jugak, kamu ni jiran yang bagus.”

Hari Raya Kathina

Aku musykil dah ni… Mula google. Kami ni ikut istiadat Cina ke? Haha

Hari Raya Kathina merupakan salah satu hari raya agama Buddha yang biasanya dirayakan pada akhir masa Vassa (biasanya jatuh pada bulan Oktober). 

Sumber : Sutter Health

Taknak faham pun. Biarlah dengan amalan mereka. Kami Muslim. Beriman kepada Allah. Islam adalah satu-satunya agama kami. Titik.

Dalam masa yang sama, kereta kena masuk bengkel. Ujian…

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Surah al Baqarah 2:286

Alhamdulillah. Aku sekeluarga dah masuk ke rumah sewa baru. Nak kata sedih dan kecewa, tak la sangat. Sebab aku anggap ini ujianNya.

Aku membayangkan keadaan sama seperti masuk rumah sebelum2 ini

Nanti nak keluar negara lagi maha dahsyat bakal dihadapi. Ujian sebegini dapat dilalui bersama dengan pasangan aku. Tanpanya, aku mungkin tersungkur.

Disebabkan aku anggap rumah baru masuk ni adalah transit sahaja, aku ikat kontrak dengan tuan rumah selama 4 bulan sahaja. Ini duration target untuk berada di Kemaman.

Harap sangat dapat pindah ke KV Kuala Krai. Jika tak diluluskan, kena follow plan B.

Begitulah kehidupan.

“Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.”

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 54

Perancangan hidup tetap perlu dirangka agar kita tak tersasar daripada target. Menyimpang tu biasa. Bukan sebab aku tak mampu, tapi keadaan memaksa kami tidak ikut pelan.

Contoh rumah kami yang dijual tu.

Niat nak sewakan. Pastu, tak jadi. Nak tukar nama suami kepada aku. Cancel. Konon nak sewakan. Malas nak ada urusan dengan penyewa.

Sedihnya tengok rumah ni…
Pemandangan baru semasa menonton Netflix

Akhirnya, jual jela. Ingatkan bila jual, boleh buying time sebelum keluar. Biasa urusan selesai maksimum 6-8 bulan. Eh, dia beli cash pulak. Sebulan je dah setel.

Terpaksa la keluar disebabkan buyer yang langgar janji.


Dipendekkan cerita, di rumah sewa la jawabnya. Takpe la. Janji semua barang aku deal dengan buyer untuk diberikan, aku tarik balik. Entah dia mengamuk macam mana lepas ni. Tunggu jela.

Jika rajin, aku sambung lagi entri seterusnya.

Leave a Reply