
Jalan terus. Tak payah nak toleh!
Assalamualaikum. Entri ini merujuk kepada entri sebelum ini, Percayalah, Allah is the best planner.

Aku crop petikan daripada entri sebelum ni. Baru aku ingat yang aku ada bercerita pasal pencen. Dan alhamdulillah, kali ketiga permohonan akhirnya suami berjaya pencen pada 1.12.2024. Tapi, masalah lain pula timbul. Bukan satu, tapi bertimpa-timpa.
Tarikh pencen suami dah ditukarkan ke tarikh baru iaitu 1.1.2025. Ikutkan, nak kena extend sehingga bulan Mac. Setelah fight, tarikh dilanjutkan sebulan je. Beginilah kami jika kerja dalam kerajaan…
Banyak prosedur dan perlu melalui beberapa jabatan.
Kemudian pasal rumah. Aku ingatkan kali ni nak jual rumah di kalangan rakan sekerja je. Rupanya lagi menyusahkan. Ada cikgu yang pesan jangan jual kat orang lain. Cop setahun lamanya. Alih-alih tak jadi.
Ada yang nak. Asyik tangguh tarikh nak tengok rumah. Sama jugak, tak jadi. Alasan abang nasihat jangan, mak tak bagi, saudara banyak bunyik. Peel betul.
Kemudian ada cikgu pencen sama kolej ni nak. 2 minggu masa diperlukan semata-mata dia nak confirm beli. 3 kali paksa nak tengok biarpun schedule kerja kami ni penuh.
Kawan dia nak tengok, jiran nak bagi pendapat, anak-anak nak datang nilai. Pastu nak kami cabut auto-gate. Merapu…
Dia jadi beli. Bayar cash.
Then start masalah baru. Dia nak anak masuk duduk. Padahal deal aku bayar sewa sehingga bulan 12. Dia nak suruh kami keluar jugak. Kalau nak jugak, aku kena sewa mahal dengan alasan sekali dengan perabot. Masalahnya itu perabot aku!
Bincang dengan peguam, peguam cakap dia pun kena serang jugak. Bengang dengan alasan dia dah bayar cash. Cash atau tidak, kena ikut prosedur. Dia tuduh kami duduk free. Padahal duit kami masih dipotong oleh LPPSA.
Letih. Letih lagi bila dapat tahu permohonan tukar aku ke Kolej Vokasional Kuala Krai tak berjaya.
Suami aku cakap kita kena keluar sebelum buyer datang kunci pagar. Ya Allah… Sampai sajauh tu suami aku risau…
Kami mohon duduk kuarters guru. Penuh pulak…
“Ada 8 orang senarai menunggu. Puan nak isi borang jugak ke?”
Ini kali keempat aku mohon duduk kuarters. So, aku tahu cara nak masuk cepat dan pintas orang lain.
“Puan, saya ke kuarters dan check sendiri rumah kosong. Yang mana kerosakan minor, kami baiki dengan kos sendiri.”
Pegawai tu pun bersetuju.
Gigih betul kami berdua naik turun kuarters guru yang tingginya 4 tingkat kesemua empat buah bangunan berlainan. Dipendekkan cerita, adalah beberapa buah rumah yang masih kosong.
Pegawai tu janji akan berikan surat kelulusan masuk dalam tempoh seminggu. Tapi, dia pulak cuti selama 2 hari. Dah tu, bilanya kami boleh masuk cuci dan baiki rumah???

Semasa aku tulis entri ni, aku masih belum menerima sebarang khabar berita kelulusan masuk rumah. Dengan gangguan buyer lagi. Peguam pun mengadu rimas dengan buyer…
Dengan kes GISBH, Da'ie merogol, PU meliwat, dan buyer yang bertelekung solat dengan profil background kaabah, membuatkan aku rasa menyampah dengan golongan penunggang agama ni. Lihatlah pada agama, bukan penganutnya.
Sebelum beli penuh dengan ucapan agama. Lepas dah bayar tunai, habis kata nista yang tak terjangkau.
Sungguh. Orang begini memalukan agama Islam. Lebih-lebih lagi seagama…
Aku dan suami tak fikir jauh, cukup la untuk tempoh nak berteduh untuk 2 bulan ni je. Sekadar menunggu suami pencen dengan rasmi.
Nak menyewa rumah tak padan. Dengan pelbagai jenis deposit yang perlu dikeluarkan.
Apa nak jadi, jadilah. Aku taknak fikir life target setahun kedepan. Mustahil nak capai. Aku perasan lama dah. Pelan la cantik macam mana pun, takkan terjadi selagi Allah tak izinkan.
Aku dan suami cuma follow the flow. Apa halangan, jalan terus. Takmau dah toleh kebelakang. Aku dah dapat rasa jalan yang kami pilih ni adalah jalan yang diimpikan.
“Nhazla Fikri”
Perlu tenang, bertindak dan berdoa. Sebabnya, masalah di masa depan lagi berat. Apa yang kami alami kini apa la sangat. Masih boleh diatasi dan Allah takkan uji hambaNya lebih daripada kemampuan. Percayalah!
Alhamdulillah bersama partner yang susah senang bersama. Siapa lagi kalau bukan suami aku. Dalam keadaan macam ni, kami masih lagi bergurau.
Bagi yang follow akaun aku yang lain, macam IG, Fb atau youtube, korang takkan sangka-sangka yang sebenarnya kehidupan kami ketika ini sangat la kelam-kabut.
Pemikiran kami bercabang. Hari esok tak boleh nak dijangka. Perasaan teruja dan takut dalam masa yang sama.
Apa yang kami update di social media tu bukan la nak kata tipu. Nak je bercerita, tapi agak sukar nak fahamkan orang yang tidak sehaluan.

Kami tak kosong. Dah buat banyak pembacaan dan perbincangan. Redah pun mesti dengan ilmu.
Bagi yang sedang dalam kemelutan, aku doakan korang diberikan kemudahan. Tolonglah jangan stress sehingga depress.
Yang ada suami, buat la sama-sama. Yang ada anak, buatlah sehabis baik untuk mereka. Yang lone ranger, tidak selamanya anda keseorangan. Mungkin usaha yang dilakukan sekarang ke arah bersamanya?
Apa yang anda buat tu, selagi di jalan dirahmatiNya, pasti ada ganjaran. Apa yang penting, jangan sesekali salah cara.
Tenang, pasti akan menang.
Terima kasih kerana membaca panjang lebar sehingga ke habis. Aku rasa nak sentiasa update je journey aku kat sini. Nanti bila orang tanya, aku bagi link je.
So, agak-agak la, berjaya tak aku masuk kuarters ni? Apa kesudahan aku dengan buyer tu? Suami aku betul ke pencen tarikh 1.1.2025?
Tunggu la ya.
1 thought on “Jalan terus. Tak payah nak toleh!”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] Apa tujuan aku cerita ni? Sebab sekarang ni aku di fasa berpindah kali kesembilan. Aku ada ceritakan pasal buyer di entri Jalan terus. Tak payah nak toleh! […]