TALK
Percayalah, Allah is the best planner

Percayalah, Allah is the best planner

Assalamualaikum. Lama tak menulis tentang isi hati. Asyik up pasal travel je. Aku tak sure la blog aku ni ada orang baca ke tak. Because no one response or drop comments.

Jadi aku anggap, blog aku ni adalah tempat aku menggali balik informasi lepas dan juga sebagai persinggahan mengenang balik kenangan lama.

Aku pernah meluahkan rasa hati yang sangat mendalam selepas kepulangan dari Turki. Waktu tu rasa sakit jiwa dan raga. Tiada siapa yang boleh berkongsi perasaan kecuali dengan suami.

Boleh baca semula Dari Turki pulang ke MALAYSIA >>> Catatan dan video

Link aku berikan di atas adalah sambungan entri aku yang kali ini. Apa yang berlaku di Turki itu, masih hangat sehingga kini dan selama ni aku cuma ignore.

Let’s begin….

Target kami ke Istanbul adalah untuk merasai perasaan tinggal di luar negara. Target selama setahun. Tapi, sebab, percayalah, Allah is the best planner, makanya kami hanya sempat 6 bulan sahaja.

Bila dah touch down di Malaysia, kami takde apa-apa. Rumah, kereta, perabot dan segalanya, dah jual. Hanya ada 6 buah beg yang baru bawa balik dan kami berlima sekeluarga yang saling menyokong satu sama lain.

We start from scratch, again. Macam orang baru nak mulakan hidup. Beli balik rumah, beli perabot, kereta, kelengkapan sekolah anak, baju kerja kami, dan terlalu banyak untuk disenaraikan.

Bagi yang taktahu cerita aku, aku pendekkan. Aku dan suami ingin tinggal di luar negara. Nak masuk secara sah dan lama, sambung belajar. Untuk ada modal, kami jual harta.

Maka, terjawablah macam mana aku boleh mulakan balik hidup di Malaysia. Duit hasil jualan harta kami tu masih berbaki dan kami boleh sediakan semula keperluan sebagaimana dulu.

Pun begitu, perkara tu tidak menggembirakan kami. Kami rasa jiwa kosong. Yelah. Niat nak duk setahun, kena cut jadi setengah tahun je. Umpama janji kat budak-budak nak main kat taman teman seharian, tapi tengahari dah balik. Memang monyok panjang la….

Kami berjanji. Kehidupan kedua kami di Malaysia ni temporary. Sebab kami nak plan balik untuk cuba keluar sekali lagi. Plan, action, fail, plan, action, fail. Gitu la pusing-pusing, dah masuk tahun keempat kami masih di sini.

Selagi mana kami berdua bekerja dalam kerajaan, selagi tu kami terikat dengan gov law. Yang kami kena panggil balik tu sebab rumitnya prosedur kerajaan la.

Jadi, kami buat keputusan untuk keluar daripada sistem kerja kami ini. Mohon pencen tak dapat-dapat. Walaupun orang nampak kami muda, sebenarnya kami dah cukup syarat untuk memohon.

Untuk kali kedua mendapat jawapan tidak berjaya. Di bulan Mei ni, adalah permohonan yang kali ketiga. Bukan mudah nak diluluskan dan prosesnya sangat lama. Dah la ada tarikh sekian, sekian untuk memohon.

Sebelum ni ramai cakap, “Pencen jela mudah.”

Cakap orang takde pengalaman memang lancar je keluar apa di mulut. Dan mudah juga jajakan cerita si polan si polan yang dia sendiri tak kenal sangat.

Well, itu jela aku boleh bercerita setakat ni. Aku dan suami dah sepakat, nak pencen.

Quit is a bad option. Kau hilang segala. Padahal aku dan suami dah bekerja 20 tahun.

Pencen adalah hak kami.

Doakan kami berjaya. Doakan kami dipermudahkan urusan dan Allah makbulkan doakan kami.

I don’t know someone read or not. But, writing about it make me feel better.

Assalamualaikum.

2 thoughts on “Percayalah, Allah is the best planner

Leave a Reply