china
Apps perlu download sebelum travel ke China

Apps perlu download sebelum travel ke China

Sebagaimana yang kita sedia maklum, negara China mempunyai apps sendiri yang dibangunkan untuk kegunaan rakyatnya.

Kerajaan China akan block segala aplikasi luar seperti Google, Facebook, WhatsApp, Youtube, TikTok, dll. Nak taknak, kita kena prepare awal dengan download apps yang diperlukan sebelum travel ke China.

Disclaimer :

Ini hanyalah berdasarkan pengalaman aplikasi yang aku sendiri guna semasa melancong ke China. Jadi, setiap orang, mungkin tidak sama. Jom teruskan pembacaan.

SENARAI APLIKASI YANG DIGUNAKAN DI CHINA

Aku ceritakan apps pembayaran dulu la ya. Oleh sebab itu, ini paling penting bila nak berurusan jual beli tak kira hotel, teksi dan makan.

1. WeChat

WeChat ini merupakan salah satu pilihan nombor satu untuk pembayaran di China. Selain daripada itu, kita juga boleh berhubung dengan rakyat tempatan untuk mendapatkan maklumat tentang perjalanan. Boleh juga untuk membuat pembayaran dengan link kan dengan kad kredit atau debit.

2. Alipay

Kami banyak buat pembayaran menggunakan ‘Alipay’ disebabkan ‘WeChat’ kami tak link dengan kad. Anda boleh link kan bayaran menggunakan kad debit maupun kad kredit.

Ini youtube kami

Apa pun, aktifkan dulu kad bank sebelum ke luar negara supaya anda boleh membuat bayaran antarabangsa.

3. Touch ‘n Go

Macam tak percayakan Touch ‘n Go (TNG) kita boleh guna di sana. Kami dah cuba, memang boleh.

Seterusnya aku masukkan senarai aplikasi lain-lain untuk membantu anda memudahkan urusan perjalanan sepanjang berada di sana.

4. DiDi – Greater China

Semasa pemilihan memuat turun apps, pastikan pilih DiDi Greater China. Bukan yang international. Tempah teksi melalui apps ini. Harganya sangat berbeza berbanding tahan di tepi jalan.

Pun begitu, bayaran teksi bukanlah tepat memandangkan meter tetap dipasang semasa dalam perjalanan. Paparan pada phone hanyalah estimate sahaja.

Maksudnya, bayaran sebenar apabila dah tiba ke destinasi. Takde tipu pun. Diorang ambil kira masa, jem, dan jarak sebenar.

Yang tahan tepi jalan tulah baru berkemungkinan tipu.

5. Google translate

Aku guna yang offline. Download siap-siap kat Malaysia. Diorang tak pandai speaking. Untuk memudahkan komunikasi, muat turun bahasa Mandarin dan saved.

Setakat ni, terjemahan memang accurate. Takde la macam, ditanya lain, dijawab lain. Hehe

6. VPN – Bitfender

Kita nak jugak kan pakai google, youtube sebagai pencarian maklumat dan update gambar di socmed (wajib untuk orang alert kita di mana. Hehe) Makanya, kena ada VPN. Aku guna VPN Bitfender.

Maksimum 7 hari sahaja. Lebih hari kena block. Bila dah jadi macam tu, log out dan daftar pakai email yang lain. Setakat ni, laju je.

7. Trip.com

Kedudukan lokasi hotel menggunakan map dari app Trip.com ni lebih tepat berbanding Booking.com. Ini pengalaman kami. Apps seperti Airbnb dah kena block di China. Agak sedih la buat kami.

8. Download aplikasi.

Jika menggunakan simkad yang dibeli di China. Tanpa menggunakan VPN, dah boleh download aplikasi apa-apa kat China, jangan guna Playstore sebab China dan block aplikasi dari Gooogle. Download pakai apps yang dah built-in dalam jenis phone masing-masing.

Vlog hari pertama di Guangzhou

Contohnya kalau korang pakai Oppo, boleh guna App Market dari 3rd party yang sedia ada dalam phone. Biasanya phone yang dari China akan ada app market sendiri.

Yang pakai Huawei? Aku taktau. Cuba check di phone sendiri.


Ini senarai apps kami gunakan semasa travel ke China. Yang aplikasi lain aku taktau dan tak pernah cuba guna. Setakat ni, inilah paling berguna dan memudahkan perjalanan kami semasa di sana.

Semoga bermanfaat kepada mereka yang berhajat nak pergi. Diharap juga membantu traveller yang sedang membuat persediaan terakhir. Kot entri aku ni post yang dicari-cari selama ini.

Happy traveling semua!

1 thought on “Apps perlu download sebelum travel ke China

Leave a Reply