china
Naik teksi di China dengan Didi Apps – Greater China

Naik teksi di China dengan Didi Apps – Greater China

Bila travel ni kena banyak naik pengangkutan awam. Ada pelbagai jenis pengangkutan awam ; bas, trem, tren, metro, kapal atau teksi.

Selain menaiki teksi, pengangkutan awam lain ada jadual masa. Jadi, boleh rujuk di maps atau tanya pada petugas kaunter. Nak booking online di website pun boleh.

Teksi di China sama macam public transportation lain, boleh booked by online atau melalui aplikasi. Yang peningnya, pakai apps apa?

DiDi Application

Aplikasi App ni diguna pakai di China untuk menempah kereta dengan jumlah penumpang 3-4 orang. Bergantung kepada kemana nak dituju dan saiz beg.

Ada 3 short untuk ditonton. Ini salah satu. Pastikan tengok kesemuannya

Didi apps ni kena pakai yang DiDi Greater China. Bukan yang DiDi International. Sampai kesudah la korang booking dan takkan pernah dapat.

Download siap-siap sebelum fly ke China.

Pembayaran di Didi Greater China

Bayar pun melalui online. Melainkan anda tahan teksi tepi jalan. Barulah boleh buat pembayaran cash. Sebenarnya, lebih senang bayar secara online tau.

Boleh bayar dengan menggunakan WeChat pay / Touch ‘n Go / Alipay. Boleh link dengan kad kredit atau kad debit.

Kad debit ada had. Jadi, agak sukar nak buat pembayaran seterusnya. Lebih mudah dengan kad kredit yang tanpa had dan lebih lancar.

PERINGATAN

  1. Pastikan anda download aplikasi Didi sebelum ke China
  2. Jangan tertukar Didi International dengan Didi Greater China
  3. Aktifkan kad debit
  4. Link kan kad kredit dengan aplikasi pembayaran
  5. Tengok youtube kami dulu sebelum fly sebagai langkah persediaan
Jangan lupa subscribe

Leave a Reply