Naik teksi di China guna Aplikasi Didi
Ini kali ketiga kami menjejakkan kaki di bumi China. Kalau nak kira jumlah wilayah dan bandar, hampir 10 kot. Aku taknak senaraikan kemana hala tuju kami dah pergi semasa berada di sana. Kali ni, aku cuma fokuskan tentang teksi.
Disclaimer : Apa yang aku sampaikan ini hanyalah berdasarkan pengalaman aku dan suami sahaja. Orang lain mungkin berlainan pengalaman Boleh kongsikan di ruangan komen.
TRANSPORTATION AWAM CHINA
Aku suka ke China sebab pengangkutan awam banyak pilihan dan memang ada di ceruk kampung sekalipun. Jadual tiba dan sampai pun sistematik. Antara pengangkutan yang pernah aku guna:
- Metro train – Mudah dan efisen. Kalau tak faham, boleh rujuk pegawai di kaunter.
- Bas – Semua bas dalam bandar berharga 2 yuan. Takde spesifik umur. Untuk bas bandar ke bandar sahaja yang berharga lain.
- Van – Aku tak sure van atau bas mini. Harganya mahal sikit daripada bas dan penumpangnya sedikit.
- Keretapi – Ada keretapi laju dan keretapi rapid. Yang laju ni boleh mencapai kelajuan 600 km/j. Cepat la sampai dari wilayah ke wilayah. Untuk yang slow travel, naik jela yang rapid. Harga lebih murah tapi makan masa sehingga 10 jam. Keretapi rapid ni ada macam-macam pilihan seat.
- Teksi / uber – Nanti aku ceritakan kat bawah.
- Kapal terbang – Domestic flight semestinya ada. Cuma, renyah la kena duk airport lama-lama.
TEKSI / UBER
Kebiasaan kami naik teksi kat China, kami tahan je tepi jalan atau pekerja hotel akan telefon panggilkan driver buat kami.
Kali ni, kami download sendiri Aplikasi Didi / DiDi Application / Didi Apps di google store. Install siap-siap di Malaysia untuk kita link dengan WeChat atau Alipay. Bukan international punya. Yang China Greater.
Pastikan anda aktifkan kad debit dan kad kredit semasa berada di Malaysia.
Kami memilih untuk booked menggunakan apps disebabkan tahan di tepi jalan lebih mahal. Diorang main sebut je. Jika melalui app, diorang kena follow sebagaimana persetujuan dalam aplikasi.
Ada pilihan nak teksi atau didi.
Teksi boleh naik 4 orang, manakala didi pulak 3 orang sahaja. Jika bernasib baik, teksi benarkan naik 5 orang. Disebabkan Niqrisa masih kecil, diorang bagi je.
Pun begitu, elok elakkan. Jika diorang tertangkap melanggar undang-undang, buruk padahnya kepada mereka. Kita takde la sampai kena block. Habih tak pun, kena turun kereta jela.
BAGAIMANA DIDI APPS BERFUNGSI?
Sama macam Uber Malaysia. On location dan request order. Sekiranya driver accept, mereka akan hadir ke tempat anda.
Bayaran yang tertera di apps bukanlah harga sebenar. Hanya estimate sahaja. Contohnya, di apps tunjuk 15 yuan. Kita kena topup 20 yuan dulu. Dan akan approved number telefon kita di telefon driver.
Sebelum bergerak, driver akan on meter untuk tau harga sebenar. Setelah tiba, bayaran yang tertera di meter 16 yuan. Makanya, duit kita dalam WeChat / Alipay (mana-mana anda guna) dipotong 16 yuan.
Ada tak bayaran kurang daripada anggaran? Kami pernah dapat. Jadi, diorang akan bagi balik baki.
CARA BERKOMUNIKASI
Semestinya sukar nak bercakap disebabkan kekangan bahasa. Guna jela Google Translate. Diorang kalau tak faham, malas nak layan. Eloknya, anda jangan susahkan mereka. Bukak la google translate. Sembang la pakai apps tu.
Ok. Itu sahaja. Harap anda faham. Bagi kami, mudah, cepat dan efisen. Tak perlu pakai duit kat tangan. Semuanya dipotong melalui Alipay. Kami tak pakai WeChat.
Kami tukar-tukar guna antara kad debit dan kad kredit.
Nak mudah faham, dengar Cikgu Azizi (a.k.a suami aku. hehe) ada terangkan dalam video. Penat aku edit tau. Tengok la ketiga-tiga video tu.
Selamat berlayar ke negara China!
1 thought on “Naik teksi di China guna Aplikasi Didi”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] pemilihan memuat turun apps, pastikan pilih DiDi Greater China. Bukan yang international. Tempah teksi melalui apps ini. Harganya sangat berbeza berbanding tahan […]