
Cara naik feri ke Tak Bai dari Pengkalan Kubor
Ada option lain ke masuk ke Thailand selain melalui jalan darat dan jalan udara. Naik feri dengan menggunakan jalan air.
Aku dah cuba banyak kali nak masuk ikut jalan air ni melalui sempadan Pengkalan Kubor dan Tak Bai. Namun tidak berhasil disebabkan masalah feri. Ada ketika rosak, ada ketika tidak mahu berfungsi sebagaimana dijadualkan.
Rezeki kami, buat pertama kali berjaya cuba cara naik feri ni. Terus aku buat entri. Kah!
Sebagaimana aku maklumkan kat atas, bukannya feri akan sentiasa ada. Cuba nasib jela. Ada rezeki, boleh kesana dengan feri, kalau tutup, terpaksa la ke Imigresen Rantau Panjang yang jauhnya 30 minit dari Pengkalan Kubor. Itu masa paling minimum bergantung pada keadaan trafik.
JADUAL FERI KE TAK BAI
Hanya waktu bekerja, 7 hari seminggu. Ketika tu kami dan beberapa geng konvoi yang lain berada lebih kurang jam 9 pagi. Dah ada kenderaan lain yang dah berlepas ke seberang.
Pun begitu, adalah digalakkan tanya dulu orang tempatan untuk mengetahui feri rosak atau tidak. Sebab tempoh masa feri tu tak lama. 5 minit je dah sampai. Sebab tu feri tu takde jadual masa tetap.
Kenderaan cukup 9-10 buah (bergantung cara susunan) maka feri akan jalan. Tak kira kereta, lori, motosikal, basikal ataupun pejalan kaki, boleh naik feri ni.
HARGA TIKET
Kereta kami MPV Serena, bersama 4 penumpang berjumlah RM7.40 tak silap aku. Kereta RM5 + (60 sen x 4). Pemandu termasuk dalam RM5.
Aku tak sure la harga tiket bagi kenderaan lain. Sorry.
TEMPOH PERJALANAN
5 minit sahaja. Tak sempat nak layan view.
CARA NAK NAIK FERI DARI PENGKALAN KUBOR KE TAK BAI
So easy. Masuk sahaja pintu pagar imigresen Pengkalan Kubor, terus je. Jangan parking mana-mana. Akan jumpa satu barisan kereta macam nak masuk McD drive thru. Tak perlu turun selagi mana tiada arahan daripada pegawai imi.
Nampak je pegawai buat isyarat turun, pemandu serta semua penumpang perlu turun bersama dengan pasport dan beratur di satu pondok kecil sebelah kiri. Situlah cop pasport. Kejap sangat. 5 minit pun tak sampai.
Masuk semula ke dalam kereta dan tunggu arahan sekali lagi untuk pandu ke feri. Berhenti di satu pondok kecil bersebelahan pemandu untuk bayaran. Kemudian, barulah boleh pandu masuk.
Jangan risau akan terbabas ke dalam sungai. Akan ada petugas pandu arah untuk parking.
Selesai parking, bolehlah nak keluar duduk ke, nak tangkap gambar ke, nak duduk je dalam kereta, terpulang. Aku ni jakun, keluar jugak la nak amik angin. Panas lit lit.
5 minit macam tu, sampailah kita ke imigresen Tak Bai. Keluar feri dan terus cari parking di hadapan satu bangunan besar. Masuk ke dalam bangunan untuk urusan isi borang masuk, cop pasport dan insurans.
Tak sampai 30 minit dah selesai, bergantung pada pengunjung ketika itu.
Aku harap pembaca faham la. Tak jelas lagi ke? Meh aku tepek video daripada youtube channel sendiri, Ralit. Lebih mudah faham perjalanannya macam mana.
Rancang la elok-elok percutian anda ke Thailand. Semak dulu feri ada ke tidak. Karang tambah masa pulak nak kena belok ke Rantau Panjang. Rugi masa sebab kita nak habiskan masa di sana lebih lama. Ok, bye!
- 3 WEEKS POST-TRANSFERED
- Pindah sekali lagi
- Kembara keluar mengembara
- Translate dokumen sebelum ke luar negara
- Naik feri ke Tak Bai – Thailand