
Ladang Bunga Matahari di Lopburi
Terima kasih kerana masih mengikuti entri perjalanan Trip Indochina kami sekeluarga. Ini catatan hari kelapan. Meh aku buat ringkasan travel kami ke tiga buah negara.
Ringkasan catatan pengembaraan Trip Indochina kami sekeluarga
Kami lima sekeluarga memulakan Trip Indochina dari KLIA 2 – Ho Chi Minh pada Disember 2022. Trip kami ini tidak melalui agen pelancongan dan kami travel secara diy. Telah berada di HCM (Ho Chi Minh) selama 3 hari 2 malam.
Dari HCM, kami melalui jalan darat ke Phnom Penh Kemboja dengan menggunakan bas. Banyak masalah yang timbul semasa hari keempat kami merentasi sempadan. Anda boleh baca Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh yang merupakan pengalaman kami sendiri.
Walaupun azab nak sampai, tapi Kemboja ni di luar jangkaan. Menarik untuk dikunjungi. Tidak cukup buat kami berada 3 hari sahaja di sini.
Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Poipet dengan menaiki sleeper bus. Ini pengalaman pertama kami dan anak-anak amat teruja.
Dari Poipet ke Aran, dan bertukar bas lagi sehinggalah tiba ke Khaosan Road Bangkok. Ingatkan boleh meneruskan lagi perjalanan ke Vientiane Laos, malangnya tiket kereta api tiada.
Kami tukar plan dengan membeli tix flight ke Hatyai. Kos yang sepatutnya beberapa ratus je menjadi RM1300 sehala.
HARI KELAPAN
Hari ini merupakan hari yang dinantikan oleh anak-anak iaitu menaiki rapid train ke Ladang Bunga Matahari di Lopburi.
Kami membeli tiket kereta api di Railway Station Hua Lamphong Bangkok. Kena datang awal ya sebab tiket adalah walk-in. Takde pembelian online.
Tiket yang kami beli ini adalah kelas ketiga dan tidak berhawa dingin. Terang dan jelas di tiket tertera tulis kipas. Mulanya kami ingatkan angin sepoi-sepoi je. Rupanya, macam kena bakar dalam oven je bila berada dalam perut kereta api.
Pukul 11 bertolak. 2 jam lebih sampai. Lebih kurang pukul 2 macam tu tiba di stesen Lopburi.
Sekali lagi aku ulang, cuaca sangat panas. Berpeluh tak berhenti. Bahangnya negara Thailand ketika tu tak boleh bawa bincang.

Aku ni, sampai sakit kepala. Tapi aku tahan jela sebab nak bagi pengalaman kepada anak-anak. Kalau aku tahu panas macam ni, memang aku naik van je lebih berbaloi.
SETIBANYA DI LOPBURI RAILWAY STATION
Suami aku terus cari driver untuk bawakan kami sekeluarga ke Sunflower Field. Dapatlah satu kereta sedan. Maaf la. Aku tak catat harganya. Nak recall balik pun blur jugak.
Dari stesen ke ladang bunga matahari mengambil masa lebih kurang 30 minit. Aku pernah tengok orang buat trip ke sana dengan jalan kaki.
Aku ingatkan dekat. Video pulak sekerat-kerat. Janganlah bulat-bulat percaya pada media. Aku punya tak tipu ok. Haha
LADANG MATAHARI LOPBURI
Kiri dan kanan jalan masuk dipenuhi dengan ladang bunga matahari. Ianya milik persendirian dan menjadi daya tarikan pelancong. Ladang ni tersangatlah luas. Sejauh mata memandang.
Baca di sini tentang Ladang Matahari di Lopburi
Ketinggian bunga mencapai searas kepala aku. Ada yang lebih tinggi oi. Semua bunga menghadap satu arah iaitu ke matahari terbenam. Sebab ketika itu hari dah petang.
Macam tengah solat jemaah pun ada. Nak kata ada perhimpunan pun ya jugak. Comelnya semuanya pandang satu arah.
Kebetulan kami kesana tiada orang lain. Hanya kami berlima sahaja. Taktau la nak kata bertuah ke malang. Bertuah tak bersesak. Malang sebab panas sangat.
Kami singgah kejap je. Tak tahan nak berlama-lamaan kat sini. Kepala aku dah berdenyut. Makan tengahari pun tak sempat lagi. Anak-anak makan bekal je.
PULANG KE BANGKOK
Kali ni kami tak balik dengan tren. Tak sanggup la nak kena hayun 2 jam sekali lagi. Kami pilih naik van. Harga berpatutan dan berhawa dingin.
Sesampai kami di Bangkok, kami ditinggalkan di satu kawasan parking dan kami terus book grab untuk kami ke hotel.
Kami dah tak tahan dengan rasa panas membahang. Rasanya, selama lapan hari perjalanan kami, inilah paling azab. Lebih-lebih lagi aku. Aku tak boleh cuaca yang panas. Seolah mudah terhidrat dan kepala aku akan migrain.
Bila dah sakit kepala, satu perjalanan akan jem.
PENDAPAT AKU TENTANG SUNFLOWER FARM LOPBURI
Aku nak kata menyesal tu tak la. Ok je dengan hidangan pemandangan yang memukau. Tapi, macam tak berbaloi buat aku sekeluarga. Bukan tempat sesuai buat kami yang sekadar pergi ambil gambar dan buat vlog.
Lagipun, kami ni tak sporting ambil gambar. Masing-masing melarikan diri daripada cahaya matahari. “Panas la,” kata mereka.
Jadi, jika anda orang yang suka OOTD dan posing bersama bunga, ladang bunga matahari ini termpat terbaik anda. Suka aku tengok mereka yang pandai bergambar.
Impak gambar diorang sangat awesome. Kami ni hampeh. Ada berapa keping je pun.
Sampai je terus nak balik. Bukan main payah nak sampai. Jauh lagi. Makan entah kemana.
Ni review aku. Not all places are suitable for everyone. Jika anda spesen macam aku, jangan paksa diri. Carilah tempat bersesuaian dengan minat anda untuk dikunjungi.
- Ladang Bunga Matahari di Lopburi
- Beli tiket di Station Hua Lamphong Bangkok
- Trip Indochina – Sleeper bus dari Phnom Penh ke Bangkok // Day 6
- Trip Indochina – Killing Fields merupakan padang pembunuhan yang kejam di Kemboja! // Day 5
- Trip Indochina – Makan KFC di Phnom Penh, Kemboja // Day 4