Beli tiket di Station Hua Lamphong Bangkok
Assalamualaikum! Ya. Kami di hari keenam. Plan 2 minggu. Tapi tak sebagaimana yang dirancang. Kenapa? Sila ikuti entri aku ni sampai habis.
Ringkasan catatan pengembaraan Trip Indochina kami sekeluarga
Kami lima sekeluarga memulakan Trip Indochina dari KLIA 2 – Ho Chi Minh pada Disember 2022. Trip kami ini tidak melalui agen pelancongan dan kami travel secara diy. Berada di HCM (Ho Chi Minh) selama 3 hari 2 malam. Sempat melawat ke Chu Chi Tunnels semasa berada di Kota Saigon.
Dari HCM, kami melalui jalan darat ke Phnom Penh Kemboja dengan menggunakan kenderaan bas. Banyak masalah yang timbul semasa hari keempat kami merentasi sempadan. Anda boleh baca Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh yang merupakan pengalaman kami sendiri.
Walaupun azab nak sampai, tapi kemboja ni di luar jangkaan. Menarik untuk dikunjungi. Menggunakan dua matawang rasmi iaitu Dolar Amerika dan Riel Cambodia.
Di Phnom Penh, kami sempat melawat Muzium National, dan Killing Fields. Sebelum mengadakan lawatan, kami singgah membeli tiket bas berkatil (sleeper bus) menuju ke Poipet.
Dari Poipet pula kami ke Khaosan Road Bangkok bagi merehatkan diri.
HARI KETUJUH
Pejam celik, kejap je dah hari ketujuh. Masih jauh lagi perjalanan kami nak pulang ke Malaysia. Hari ni, kami buat keputusan untuk ke Station Hua Lamphong Bangkok untuk beli tiket train ke Vientiane Laos.
Jadi, kami check-out hotel Yes yang kami menginap di Khaosan Road untuk menginap pula di airbnb yang berdekatan dengan train station.
Macam biasa, kami akan panggil grab untuk pick-up kami. Malangnya, pemandu grab semuanya cancel request kami. Mungkin, Khaosan Road ni tempat tumpuan pelancong. Rugi la pakai app grab. Mereka untuk sikit. Kalau deal mulut lebih berbaloi.
Tau dah tektik diorang. Jadi, kami keluar sikit daripada kawasan Khaosan Road tu dan cuba request sekali lagi. Akhirnya, dapat!
Nampak je kami, dia cakap dia muslim. Mungkin tengok aku dan Naura bertudung. Hantar kami betul-betul depan airbnb. Takde scam pun. Bayaran sama seperti paparan di aplikasi
MALANGNYA, TIKET KERETA API TAK ADA
Airbnb kami ni sebuah apartment yang mempunyai katil yang cukup buat kami berlima. Berada di tingkat 3 dan bertentangan dengan stesen keretapi Bangkok. Sangat dekat.
Jalan kaki je pergi ke sana. Dan, paling menyedihkan, tiket keretapi ke Vientiane habis. Kecewa sebab tak dapat nak ikut pelan. Kami pun, cuba untuk beli tiket awal pulang ke Sg. Golok. Malang sekali lagi, kereta api tak boleh lalu sebab banjir di selatan Thai.
Hatyai banjir 2-3 hari lepas tak silap aku. Teruk jugalah bandar diorang kena ditenggelami dengan air.
Kami pun takde plan lain. Frust menonggeng rasanya. Sorang pekup muka kat katil, sorang lagi pekup muka di sofa.
Untuk memastikan kami ada pengangkutan untuk balik ke Malaysia, malam tu jugak kami beli tix flight ke Hatyai. Harga RM1300 / 5 orang sehala. Mahal wei!
Apa kan daya, terpaksa. Kalau tak, kami kena balik dengan bas dengan 23 jam perjalanan. Mau penat mental dan fizikal. Kami dengan anak-anak. Diorang la paling kesian.
Takpe la rugi duit pun. Yang penting selamat sampai. Lagipun, cuti sekolah dah nak habis. Budak-budak ni pun nak rehat dulu kat Malaysia. Takkan nak kena tiba ngam esok sekolah pulak. Lagipun, belum buat apa-apa persediaan peralatan sekolah lagi. Huhu
The best decision that we need to take sekarang ini adalah, return home immediately.
Malam tu jugak kitorang pack barang dan berhajat sebelum balik nak jenjalan dulu. Anak-anak request nak tengok bunga matahari. Plan kami ke Kanchanburi. Kami tukar ke Lopburi kerana transportation lebih mudah.
Kami akan beli tiket keretapi walk-in di kaunter stesen Hua Lamphong pada keesokan hari. Jadi, malam ni kami rest secukupnya untuk perjalanan baru ke satu lagi tempat menarik bakal kami kunjungi iaitu Sunflower Field at Lopburi.