
Trip Indochina – Sleeper bus dari Phnom Penh ke Bangkok // Day 6
Assalamualaikum! Ya. Kami di hari keenam. Plan 2 minggu. Tapi tak sebagaimana yang dirancang. Kenapa? Sila ikuti entri aku ni sampai habis.
Ringkasan catatan pengembaraan Trip Indochina kami sekeluarga
Kami lima sekeluarga memulakan Trip Indochina dari KLIA 2 – Ho Chi Minh pada Disember 2022. Trip kami ini tidak melalui agen pelancongan dan kami travel secara diy. Berada di HCM (Ho Chi Minh) selama 3 hari 2 malam. Sempat melawat ke Chu Chi Tunnels semasa berada di Kota Saigon.
Dari HCM, kami melalui jalan darat ke Phnom Penh Kemboja dengan menggunakan kenderaan bas. Banyak masalah yang timbul semasa hari keempat kami merentasi sempadan. Anda boleh baca Trip Indochina – Menaiki bas ke Phnom Penh yang merupakan pengalaman kami sendiri.
Walaupun azab nak sampai, tapi kemboja ni di luar jangkaan. Menarik untuk dikunjungi. Menggunakan dua matawang rasmi iaitu Dolar Amerika dan Riel Cambodia.
Di Phnom Penh, kami sempat melawat Muzium National, dan Killing Fields. Sebelum mengadakan lawatan, kami singgah membeli tiket bas berkatil (sleeper bus) menuju ke Poipet.
Perjalanan malam tidak memenatkan memandangkan bas sediakan katil dan keadaan bas yang sangat selesa. Kami pun tidur dengan lena. Sedar pun ketika dah tiba di border.
TIBANYA KAMI DI SEMPADAN POIPET, KEMBOJA
Kami sampai di hentian lebih kurang pukul 5 pagi. Di tepi jalan sempadan Kemboja – Thailand ya. Tiada stesen besar. Turun dari bas, ramai pemandu menawarkan khidmat. Naik rimas rasanya.
Tak perasan, salah seorang pemandu menarik Nufail ke tepi bas. Nufail tengah mamai. Memang ikut jela. Sekali abah dia jerit kepada driver tu untuk lepaskan Nufail.
Nasib baik la sempat perasan. Nufail dan kami semua berjalan menuju ke meja kaunter yang menjual tiket bas ke Bangkok.
Sementara suami selesaikan urusan membeli tiket, aku dan Naura pergi tandas dan berwuduk. Kejap lagi dah masuk Subuh. Kami solat di tempat tersorok sikit untuk elakkan orang nampak.
Aku tak suka expose solat kepada orang bukan Islam. Persepsi mereka tu sukar diperbetulkan. Biarlah dakwah aku tanpa sengaja. Maksunya, mereka ternampak dan perasaan ingin mendekati Islam secara sendiri.
BELI TIKET BAS KE BANGKOK
Tiket bas sehala dari Aran ke Bangkok adalah 35 baht seorang. Boleh beli seawal puku 6 pagi di sempadan Poipet. Naik dari Aran (Thailand), selepas selesai urusan di kedua-dua imigresen Kemboja dan Thailand.
Tempoh selesai urusan pasport lebih kurang sejam setengah. Kami paling lambat sampai ke bas. Bas takkan tinggalkan kita selagi tak cukup penumpang.
Mereka dapat cam penumpang jika kita menggantung tag tiket di leher. Jadi, jangan simpan dalam poket pulak. Susah mereka nak buat pengecaman dari jauh.
TEMPOH PERJALANAN ARAN – BANGKOK
Lebih kurang 4 jam perjalanan kami menggunakan transportation bas. Takde berhenti makan kecuali untuk ke tandas atau membeli jajan je. Kami pun, penat di sepanjang malam kelmarin. Sambung tidur pula ke Bangkok.
Takde berasa lapar sangat sebab dah topup makan pisang dan biskut yang dibeli di 7E. Banyak makanan yang boleh dimakan dengan berlogo halal Thailand. Makan la tanpa was-was.
KHAO SAN ROAD
Kami tiba lebih kurang pukul 12 tengahari macam tu. Blur sebab ditinggalkan di tepi jalan. Internet pulak tak ada. Macam mana nak google maps. Lupa jugak nak download offline. Maka, kami pun tahan teksi.
Bila dah naik, baru tau teksi tu pandu pusing U je. Dah sampai ke Khao San Road. Haha Buat rugi duit je bayar pada driver tu. Jalan sikit je pun dah sampai.
Kami pilih Khao San Road ni kerana di tahun 2015 ni tak sempat nak pergi. Lagipun, situ highly suggest traveller dari seluruh dunia. Rugi la dah sampai tapi tak pergi kan.
Waktu ni, takde booking hotel, internet sah tiada la sebab belum beli simcard, duit pulak seciput, tambahan penat letih, tak mandi, belum makan berat. Rasa burn out!
Maka, kami tibai je beli simcard di salah satu kedai phone. Mahal tau 400 baht. Lantak la. Asal boleh surf internet. Mulanya tak beli. Tumpang pakai internet di hotel. Masuk konon nak tanya bilik kosong. Tapi tula, hanya menumpang wifi. Huhu
Simcard tu kami beli biarpun mahal. Nak tukar duit Kemboja kat kedai pengurup wang. Tak laku. Ada lebih kurang $100 dengan kami. Simpan la untuk target repeat lain kali. Kah! Macam ya je.
Sengaja tak booking hotel sebab walk-in lebih murah. Tapi, don’t expect akan terus dapat bilik. Hotel kebanyakan penuh. Lagipun, kami takde exactly tarikh nak tiba di Bangkok. Jadi, walk-in lebih sesuai ketika itu.
Cari punya cari, akhirnya dapat bilik di Yes Kaosan. Kami amik 2 bilik dan tidur asing dengan anak-anak yang besar. Bilik pun murah je. RM50 macam tu. Sekadar nak tidur dan anak-anak boleh guna wifi.
OUR YOUTUBE CHANNEL
Sedap boleh mandi, rehat dan makan. Sepanjang petang tu kami betul-betul rest. Hilang penat yang semalam menempuh perjalanan dari Phnom Penh ke Khaosan Road. Perit tu dah lupa. Haha
Malam tu baru kami mula merayap. Kami tinggalkan anak-anak teruskan berehat di bilik dan kami berdua mencari makanan. Aku tak highly suggest untuk tinggal di area Khaosan. Sebab bising dengan pub dan bar yang meninggikan volum muzik sehingga boleh dengar ke dalam bilik.
Kepada yang suka dengan kawasan happening macam tu, situlah tempatnya. Bagi kami yang berkeluarga ni, macam dah salah tempat pulak. Mujur tak bawa anak-anak keluar sama.
Bising dan bingit.
Macam manalah pak arab boleh bawak wife dan anak dalam stroller meronda kawasan bersesak dan bising macam ni.
Makanan halal ada banyak. Cuma, kami hanya ikut maps ke Sarah Restaurant sahaja. Jauh lebih kurang 4-5 km macam tu. Sarah Restaurant ni berada dalam hotel. Memang takkan nampak restoren daripada luar.
Itu sahaja hari kami di Khaosan Road. Sekadar mencari hotel dan merehatkan diri. Semasa dalam tempoh bermusafir, menjaga kesihatan adalah perkara paling utama. Tak perlu nak rush.
Ini bukan perlumbaan pun. Bagi kami, bukan destinasi yang menjadi target, tapi perjalanan itulah yang menjadikan pengembaraan ini menarik.
VBog aku ni slow. Tapi, aku tetap akan habiskan. Next entry!
- Kembara keluar mengembara
- Translate dokumen sebelum ke luar negara
- Naik feri ke Tak Bai – Thailand
- Feeling emotional
- Rumah pertama keluarga kecil kami