
Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN
Masih terngiang-ngiang ayat kawan yang rapat bagitau kat aku, “Nhazla ni orangnya gigih. Kalau dia dah nak benda tu, dia akan usahakan sampai dapat.”
Ni kata-kata umi aku pulak, “Dalam lima orang anak, yang ni paling senyap. Tapi dalam senyap, dia paling berani.”
Dan suami aku, “Kalau dah dia kata A, A la jawabnya. Takde dah B atau C”
Bila direnung semula, aku tak la segigih dan setegas itu…
Semua orang ada impian nak capai. Bezanya aku bercerita dengan membuat coretan. Orang lain tak. Senyap-senyap dapat. Aku ni pung pang kemain pada penulisan. Hasilnya tak sehebat mereka.
Apa yang aku kongsi sekadar nak bagi motivasi buat orang lain. Sebagaimana kata umi aku, aku ni pendiam, tetapi berani dalam tindakan. Tidak pada bersuara lantang.
Disebabkan aku ni banyak diam, aku jadi lebih fokus. Target aku jelas. Takde menyimpang dan kona-kona. Itu yang laki aku cakap bila aku nampak tu je, itu jela aku kejar. Payah betul aku nak derhaka dengan target lama.
Itu ke namanya kegigihan?
So, apa aku tetapkan daripada dulu sehingga sekarang, ialah nak tinggal di luar negara. Tak kira apa cara sekalipun.

Di tahun 2006, last year diploma. Lecturer ajak aku dan suami ke rumah dia (waktu ni kami tak kahwin lagi) dan bagi jalan buat kami untuk sambung belajar ke luar negara.
Aku bukan main semangat lagi bila dengar lecturer bercerita. Namun, sehingga kini belum berupaya. Mampu travel ke luar negara je dan sempat 6 bulan menetap di Istanbul sebelum dipaksa balik ke Malaysia.
Sekarang ni, masih terkial-kial macam mana nak lepaskan diri daripada cengkaman kerja sekarang ini. Mustahil la aku nak berhenti macam tu je sedangkan dah bekerja hampir 20 tahun.
Pencen dan gratuity tu adalah hak aku. Jadi, terpaksa la layan sampai kini di tahun 2024. Entah bila nak berakhir, aku pun tak pasti…
Mulut orang sentiasa meratib aku tak bersyukur. Sedangkan yang bercakap tu taktau apa yang sedang berkecamuk dalam hati ni. Tanya khabar pun tidak. Sibuk stalk sosial media aku.
I’m not okay until aku berjaya keluar dari kemelut sekarang.
Aku dah nampak jalan. Cuma belum diberi peluang. Ya, Allah… Berikanlah aku kesempatan untuk meneruskan hajat ini. Permudahkanlah…
ALHAMDULILLAH
Aku bersyukur yang amat dapat pasangan yang sehaluan. Paling tak gemar berkongsi cerita dengan orang tak sekapal. Dia suka memberi pendapat dan nasihat yang entah mana-mana dia kutip.
Cerita orang tu, kisah orang ni, pastu nak relate dengan situasi aku.
Makanya, tiada siapa tahu kecuali suami dan orang-orang yang pernah aku hubungi. Termasuk keluarga. Ya, termasuklah juga ibu bapa kami. Tak pernah sekalipun kami ceritakan.
Menipu tak pernah cerita. Pernah la. Tahun dulu-dulu. Aku sendiri pun dah tak ingat. Percayalah, mereka ingat kami seperti budak-budak yang menyimpan angan-angan yang mustahil untuk dicapai.
Sedih.
Jadi, entri ini bukan untuk mengadu-domba. Aku just nak coretkan sebuah cerita perjalanan seorang yang memasang impian dan ingin jadikan kenyataan suatu hari nanti. Kot anak-anak aku buka website ni kan.
Barulah diorang tahu betapa kental dan gigihnya ibu bapa mereka nak capai sesuatu.

Kepada pembaca yang sedang struggle sekarang ni, anda tidak keseorangan. Jom kita sama-sama fokus dengan apa yang sedang dilakukan. Aku tak menyesal walaupun;
- Dah jual dua biji rumah
- Hilang pekerjaan tetap dan terjamin
- Tak bergaji
- Tiada lagi hidup mewah
- Ketiadaan kereta sekali lagi
- Tempat tinggal makin mengecil
- Usia makin menua
Bila aku dah target, apapun sanggup lakukan. Tak guna dah menyesal. Jalan terus tanpa toleh lagi kebelakang. Cerita belakang dah jadi sejarah. Hiduplah sekadar hari ini. Masa depan tiada siapa yang tahu.
Adreline aku sedang meningkat ketika menaip ni. Sebelum aku makin merapu, baik aku chow dulu. I know no one like to read nowadays. They prefer short creative videos. Aku boleh buat video, tapi makan masa.
Bagi yang gemar video travel, boleh check out our Ralitpacker channel. Ada jugak video pindah Turki tahun 2020. Tak banyak, tapi boleh la buat rujukan. Takde satu pun hal personal kat situ.
Hal hati ke hati, kat sini. InsyaAllah, ada masa aku update balik.
Pstt, doakan aku tau agar diberi kekuatan dan bijak dalam menguruskan masalah. Amin
1 thought on “Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] Penulisan ni update selepas sehari aku up entri Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN. […]