TALK
Aku umpama nomad, berpindah-randah

Aku umpama nomad, berpindah-randah

Penulisan ni update selepas sehari aku up entri Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN.

Aku dah stop tulis panjang-panjang dalam socmed sendiri sebab banyak kecaman aku terima. Lagi satu, ramai yang baca dan tak bagi feedback di laman tu jugak.

Bila jumpa, dia muntahkan apa yang dia stalked selama ni.

Hal ni buat aku geram. Apa yang naikkan di socmed, cukuplah di situ. Kenapa tak boleh terus komen? Kenapa perlu bising di luar alam maya?

Jadi, aku pilih blog tempat terbaik aku mengarang catatan. Itupun, makan masa jugak nak pulihkan semangat semula. Sekali dah mula menulis, eh, taknak berhenti pulak…

BERAPA JUMLAH RUMAH AKU DAH DUDUKI SELAMA 19 TAHUN BEKERJA?

Officially 9 buah semuanya. Entah la banyak ke tak. Cuba lihat berapa lama tempoh.

  1. Awal posting, lapan bulan bersama di Felda B5 Kerteh
  2. Lepas kahwin, masuk kuarters guru di berhampiran selama sebulan. Itupun dengan pembaikan kos sendiri. Tak sure berapa tahun rumah tidak diduduki.
  3. Enam bulan di kuarters guru Kuala Nerus. Tingkat 3, alone dan pregnant anak sulung.
  4. Sekali lagi di kuarters guru di Kerteh selama 6 tahun.
  5. Pindah ke pembelian rumah pertama di Binjai, Kemaman selama enam tahun juga.
  6. Then, pindah Istanbul 6 bulan. Dalam proses mencari rumah tu sempat nomad dengan berpindah-randah hotel selama seminggu.
  7. Back to Malaysia dan menyewa airbnb seminggu dan barulah dapat rumah sewa. Sempat setahun.
  8. Alhamdulillah, rezeki masuk rumah subsale yang terbaik setakat ini selama empat tahun.
  9. Tarikh 1 Oktober 2024, kami sewa rumah lain. Di Kemaman jugak disebabkan rumah terbaik kami tu dah jual.
  10. For the future, aku letak target dua rumah nak pindah. Masa depan ni susah nak jangka. Mana tahu lagi empat buah ke. Haha

Pelbagai karenah owner rumah aku jumpa. Yang ambil kesempatan, ada yang bagi rumah rosak, yang terlalu perihatin, yang tau sedang ditipu, yang malas nak ambil tahu, semua ada.

Yang kuarters ni macam biasa, politik dalam kerajaan.

Beli dan jual rumah pun sama. Ejen tak ejen, urus sendiri, macam-macam perangai.

Korang pernah rasa berapa kali pindah rumah? Ada yang sama banyak macam aku tak? Kalau tak pernah, ada tak rasa nak macam kami ni? 

Ini baru rumah. Belum kereta. Kereta entah berapa buah asyik tukar. Bukan sebab kaya. Tapi sebab terpaksa. Lain kali la aku bukak cerita kenapa boleh tak tetap pendirian macam ni.

Pernah kawan aku cakap, “Kau ni jenis tak sayangkan harta”

Eh, bukan ke bagus macam tu?? Dalam agama Islam, kita tak kumpul harta tau. Kita pakai ikut keperluan.

Macam baju dalam almari. Kalau aku dah tetapkan baju kurung tu kena 30 pasang, bila dah beli baru sepasang, sepasang yang lama dalam almari tu kena keluarkan.

Tambah kawan aku lagi, “La, kenapa tak beli almari baru untuk masukkan baju kurung baru tu? Sayang la buang baju yang sedia ada.”

Pulak…

Apa tujuan aku cerita ni? Sebab sekarang ni aku di fasa berpindah kali kesembilan. Aku ada ceritakan pasal buyer di entri Jalan terus. Tak payah nak toleh!

Just for temporary
Dengan pengalaman aku yang banyak pindah rumah ni, aku sebenarnya ok. Kepada yang mengetahui kisah aku yang sedang dalam kerumitan ni, janganlah menunjukkan simpati. Berikanlah sokongan. Terutamanya rakan di alam nyata. 

Mereka tak ungkapkan dengan kata-kata. Tapi seolah-olah aku boleh dengar… Ada cakap-cakap terhadap aku. Sebagai manusia, kita ada instinct melalui pandangan mata. Lebih-lebih lagi raut wajah semasa menerima cerita aku. Sebab kisah aku, ordinary bagi mereka.

Aku anggap ini adalah kisah hidup perjalanan seorang yang bernama Nhazla Mohamed Fikri. Walaupun berbeza dan ada antara menganggap, “Haih, tak pernah dibuat orang…”

Bukan tak pernah. Cuma jarang didengari dan didendangkan oleh seseorang. Bagi yang ingin keluar daripada comfort zone, inilah kesusahan yang terpaksa dihadapi.

Ianya lebih baik daripada menghadapi penyesalan kerana langsung tidak mencipta peluang.

Akhir kata, vibe positive akan hadir jika kita yang membenarkannya.

Leave a Reply