Selamat Hari Lahir sayangku Naura

Lahirnya seorang insan seberat 2.95 kg di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada pukul 9.49 pagi bertarikh 26 September 2010 (Ahad). Pertama kali mendengar tangisanmu di dalam bilik bersalin merupakan satu perkara yang sangat indah buat ibu dan abah. Saat itu jugalah, kami namakan kamu, NAURA AUNI BINTI NORAZIZI. Kamu diiqamatkan oleh abahmu sendiri. Moga di hari akad nikahmu nanti, […]

Naura tetap Juara

Buat pertama kali Kelab Rukun Tetangga (KRT) di taman kami mengadakan Pertandingan Sukaneka. Anak-anak sangat gembira dan memaklumkan hal ini kepada kami seminggu awal. Setiap hari diingatkan oleh anak-anak kepada kami tentang waktu mula sukaneka adalah pukul 8 pagi. Anak-anak kan. Mereka sangat teruja kalau bab bermain ni. Maka, pada pagi Sabtu lagi anak-anak telah bangun awal 2 jam daripada […]

Hijrah kami

1 Muharam 1439 (22 September 2017)“… Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” Di 1 Muharam ini, aku membaca sebuah buku travelog Ulu Yam di Liverpool 2. Seolah menggambarkan diri kami sekeluarga satu hari nanti. Walaupun tidak sehebat penulis berhijrah ke England, tapi terasa penceritaan mereka […]

Aku tahu kerja aku.

Macam ni. Sewaktu menunggu di lapangan terbang, ada seorang lelaki yang sangat bergaya, dalam perbualan telefon dia berdatuk-datuk, berambut hitam dan bersikat rapi (macam pakai pomade) serta berkot, tiba-tiba menegur aku. Kelik Klate ko? Aku angguk jela. Senyum tanda ramah menyambut soalannya. Walaupun jelas dia dan aku satu kapal ke Kota Bharu  Klate beloh mano?Kito duk Pasir Hor.Ohoo… Dale banda nah […]

Medical Check up di Farmasi

Sekeping resit kesihatan. Lengkap segala maklumat selepas check darah dapat diketahui. Yang kanan adalah bacaan normal. Yang kiri itulah bacaan bagi tuan badan sendiri. Umur dah tua… Eloklah pergi cek keputusan kesihatan sekali-sekala. Nak ke hospital tu memang tak ada masa. Singgah farmasi pun kira dah memadai. Biarpun tak detail data yang diperoleh. Sesetengah orang tu cakap tak accurate. Sekurang-kurangnya […]

Memasang rak Ikea

Kalau dah ke Kuala Lumpur, tidak sah rasanya singgah ke Ikea. Niat cuma hendak mencuci mata. Tapi, terbang jugalah sekeping dua not kertas berwarna ungu. Nak buat macam mana, hati ini tidak kuat. Kebetulan juga mempunyai perancangan untuk menghias bilik anak teruna. Nak upah pasang kabinet memang tidak mampu. Beli rak sahaja di Ikea dan pasang sendiri lebih menjimatkan. Sebelum […]