Cara mudah membina itinerari
Ramai yang berkeinginan ke luar negara tetapi tersangkut dek tak tahu nak buat itinerari sendiri. Kalau ikut agensi pelancongan tu belakang kira ok. Senang je. Bayar dan ikut jela bendera tour guide duk kibar-kibar tu. Hihi. Tapi, itu bukan cara kami. Kami memilih untuk susah. Susah akan bertukar manis di akhir perjalanan. Tips ini sesuai untuk golongan yang inginkan cabaran. Tidak kisah untuk meluangkan masa dan tenaga menyelidik setiap perkara. Malah, makin banyak menggali pengetahuan, makin teruja. Coretan ini berdasarkan pengalaman kami sendiri. Lain orang, lain caranya. Dan ini adalah cara kami. Baca seterusnya.
Ramai betul youtuber yang baik hati memberi info melalui video dengan membuka channel di youtube. Ini memberi gambaran sebenar keadaan di sana. Video lebih jelas berbanding gambar. Jangan lupa untuk baca sekali komen-komen di video berkenaan. Mungkin ada info yang berguna.
Kalau anda berada di group travel, apa salahnya bertanya. Bukan tanya soalan yang terlalu umum. Soalan haruslah diperhalusi supaya orang yang ditanya tak menjawab panjang. Kalau sekadar soalan, sana apa best? Mana saya nak pergi? Sila buat research dulu ok. Dan lagi satu, jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa menjawab soalan anda.
Yang ni mungkin ramai tak tahu dan jarang mencuba. Kalau kami, kami lebih suka menggunakan couchsurfing. Orang tempatan akan cuba menghubungi. Bukan kami. Hebat kan.
Bila dah tahu tempat yang menarik, perkecilkan matlamat mengikut kesukaan sendiri. Bukan tengok orang lain pergi, anda pun wajib pergi. Fikir apa minat anda. Jika suka shopping, masukkan tempat membeli-belah banyak-banyak. Kalau nakkan aktiviti outdoor, carilah tempat berbukit atau pantai. Terpulang.
Hotel perlu berdekatan dengan senarai tempat yang bakal dikunjungi. Sebaiknya di tengah-tengah bandar bagi memudahkan kita mendapatkan makanan dan transport. Percayalah, anda akan jimat dengan banyak.
Dah selesai buat jadual mengikut hari dan tarikh, apa lagi, cetak la. Jangan lupa simpan sekali di google drive. Hilang pun tak kisah sebab dah ada back up. Jangan internet pulak yang takde. Walaupun dah dicetak, sila hafal beberapa nama tempat agar anda tidak tidak dihantar balik ke Malaysia selepas di soal siasat di imigresen ?
Sebenarnya, sama je anda membuat kertas kerja lawatan sambil belajar sewaktu di sekolah dulu. Kalau anda seorang guru lagilah kan. Pejam mata je buat. Risau tak jadi? Belum cuba belum tahu. Kot boleh cari makan pulak dengan merangka itinerari dan dijual kepada orang lain. Hihi. Selain itu, ini akan membuatkan anda lebih bersedia. Beza la ikut orang dan buat perjalanan sendiri. Kepuasan tu dirasakan umpph yang lain macam. Yakin akan diri dan cuba sedaya upaya mengikut plan yang telah dirangka. Selamat mencuba! Semoga perjalanan anda diberkati.
Never Stop Travel