Persediaan buat pasport Malaysia bagi bayi
Saiz badan cenonet ni pun nak kena buat pasport ke? Haah, mesti la. Kalau tak buat, macam mana nak ikut pergi jalan-jalan. Tak kira la umur berapa pun. Wajib buat kalau nak merentasi ke negara lain. Selangkah ke negara jiran pun kena cop pasport tau. Jadi, bagaimanakah cara nak buat pasport ni untuk si bayi anda? Senang ke? Atau sangat mencabar? Meh baca lagi.
Kami dan dua orang anak sebelum ni dah pun buat pasport bersama-sama pada tahun 2015. Setiap tahun memang dah menjadi acara kemestian untuk ke luar negara. Seronok sangat tengok tempat orang. Tup-tup, lahir Niqrisa pada Jun 2018. Takkan nak tinggalkan dia pulakkan. Wajib ikut! Sebelum bercadang nak ke mana-mana, rasanya lebih baik buat dulu pasport. Kalau dilengahkan, takut last minute baru rasa kalut nak buat. Membuat persediaan itu lebih baik.
TEMPAT MEMBUAT PASPORT
- Pejabat Imigresen.
- Pusat Transformasi Bandar (UTC)
PERKARA PERLU DIBAWA
- No. Kad Pengenalan Ibu/Bapa
- No. Surat beranak
- MyKid (Tapi tak minta pun)
- Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak (Buku merah)
- Kalau pasangan warga asing, perlu bawa surat nikah.
- Susukan dahulu sehingga kenyang.
- Hadir bukan waktu tidurnya.
- Pakaikan baju hitam.
- Bawa mainan yang boleh menarik perhatiannya.
- Semasa mengambil gambar, pastikan muka dan suara yang dicam berada di hadapan untuk menarik perhatiannya.
Kami susukan Niqrisa sampai kenyang. Sian tengok mata basah dengan air mata. Lap-lap dulu sebelum nak cuba tangkap gambar sekali lagi. Kali ni tukar orang. Tadi abah yang pegang, sekarang abah pula kena cuba tarik perhatiannya pandang kamera. Abah tak perlu berusaha kuat pun. Sekadar lambai-lambai jari je depan lensa terus dapat gambar cun. Eleh, dah kenyang susu boleh la kan. Takyah berlagak. Hihi
Untuk seterusnya dah menjadi mudah. Buat pembayaran sejumlah RM100 (kanak-kanak bawah 12 tahun) di kaunter 4 dan terima resit. Tak sampai 5 minit menunggu, kami dipanggil sekali lagi untuk pengesahan maklumat di dalam pasport. Semak ejaan nama, ic dan no. surat beranak. Semak betul-betul tau. Kes Nufail hari tu dah terkena. Diejanya Naufal. Salah kami. Jadi, kena pergi balik ke imigresen untuk betulkan semula. Berbalik ke cerita asal. Resit tadi diserahkan dan dicop telah diserahkan. Maka, siaplah pasport Niqrisa dalam tempoh 30 minit je. Bolehlah beli tiket flight untuk ahli kami yang kelima ni. Haha.
PILIHAN SELAIN BERGAMBAR DI PEJABAT IMIGRESEN
Kalau risau susah dan akan mengambil masa yang lama bergambar untuk bayi anda, anda boleh ke kedai gambar. Sediakan 2 keping gambar berlatar belakang warna putih tanpa bayang. Ukuran gambar pasport 35mm x 50mm. Maklumat ini diperoleh daripada website Pasport Malaysia Antarabangsa. Tak tipu ok.
Perkongsian ini dapat membantu ibu bapa lebih bersedia ketika berurusan di Pejabat Imigresen nanti. Semoga ibu bapa tenang dan dipermudahkan segala urusan. Buat cepat. Baru tak kalut. Jom travel!
1 thought on “Persediaan buat pasport Malaysia bagi bayi”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] Hahahaa Buat la. Kejap je. Sejam lepas tu dah boleh amik. Susah ke buat pasport bayi? Klik link ni. Persediaan buat pasport Malaysia bagi bayi. Enjoy moment sementara mereka masih kecil. Sebenarnya, makin besar, makin banyak ragamnya. […]