
Pengalaman buruk host Airbnb
Ini bukan la pertama kali kami mengalami pengalaman ditolak oleh host. Aku tak kisah pun kena reject diawal berurusan tanpa melibatkan pembayaran. Biasa la kan. Host pun ada demand jugak nak pilih tetamu yang nak menginap di rumah dia. Itu hak dia yang tak boleh kita nak melenting balik kepadanya. Traveller perlu mempunyai hati yang kental. Hal kecik je pun. Cari jela yang lain. Banyak lagi kan pilihan yang ada.
Yang membuatkan aku hot bila dah deal elok-elok dalam website, host / owner apartmen mintak duit lain di inbox lain. Alasannya nak kenakan cleaning fee. Padahal dalam website terang-terang boleh baca TIADA. Pembayaran pun dah dibuat. Aku dah rasa something wrong. Sesenang dia je nak duit lebih. Harga sewa bagi satu apartmen berjumlah RM81. Tapi disebabkan dia mintak 50**** (lebih kurang RM30 duit Malaysia), tak pasal-pasal harga meningkat jadi jadi RM111. Over budget la kan. Kami niat nak cari bawah RM100 je.
Kami boleh berminat dengan tawaran host ni sebab reviews semua okey. Boleh kata setiap tetamu bagi 5 bintang. Feedback pulak boleh dikatakan 90% daripada local people. Takde pulak yang komen pasal duit tepi. Sebelum ni pun kami ada kes hampir terkena sebab kami ter mesej dulu tanya amenities rumah host tu. Sekali bila dia tau kami ni tourist luar negara, terus amik kesempatan naikkan harga sewa. Mungkin yang ni tak sempat nak naikkan harga kot sebab kami dah booking direct through website.
Bila dah rasa hal ni macam tak patut, terus buat report ke Airbnb Support. Ya, memang betul. Apabila pembayaran dah dibuat, maka tak ada akan ada lagi tuntutan yuran lain diperlukan. Nampak sangat nak cekau duit kami. Boleh baca ya kes kami di bawah :









Kes penganiayaan ke atas kami mendapat pembelaan daripada Airbnb. Elok sangat buat report kalau ada sesuatu tak kena. Instinct kami kuat mengatakan hal ni tak patut. Kalau tak buat report, kami risau akan mengancam keselamatan kami di sana nanti. Naunzubillah! Negara orang tu. Bukan boleh mengadu sama macam polis Malaysia. Lagipun, hal ni boleh jadi pengajaran kepada host dan bakal tetamu lain menjadi lebih berhati-hati.
Usah takut. Berani kerana benar. Walaupun nampak kecil je usaha kita, besar bagi orang lain. Mungkin kes macam ni akan membuatkan host lain lebih berdisiplin dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pengalaman ini sebagai panduan buat sesiapa sahaja yang bakal berkunjung ke negara lain dan terutama sekali yang akan menggunakan Airbnb sebagai tempat penginapan.
Tak perlu nak selidik negara mana kami telah berurusan. Sama je mana-mana pun. Orang yang suka ambil kesempatan memang wujud. Tak kira bangsa, agama dan negara. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan pula kata kami bodoh. Kes ni boleh berlaku kepada sesiapa pun. Di laman web penginapan lain pun ada masalah jugak. Kami pernah terkena di Booking.com dua tahun lepas. Hotel dah booking online. Sampai sana hotel pulak tak wujud. Terkumat-kamit memandang bangunan kosong yang dah lama dibuat renovation.
Apapun, aku tetap suka guna Airbnb. Sebab dapat sewa satu rumah. Anak kami ramai… Nak kena luas dan mesra keluarga. Bukan tu je, lebih jimat dari segi nilaian wang. Murah, selesa dan kondusif. Siapa taknak kan.
“Sometimes You Will Never Know The Value Of A Moment Until It Becomes Memory.”
Dr. Seuss.
NEVER STOP TRAVEL – #familytravel #backpackwithchildren #malaysiantraveller
19 thoughts on “Pengalaman buruk host Airbnb”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Aduii mmg nervous kalau travel bab accommodation ada problem esp travel with family kan
Terima kasih share. Tak pernah lagi mengalami pengalaman macam ni. Mudah-mudahan boleh jadi panduan untuk semua yang nak travel.
Ouch!!!!!!! What a horrifying story. That’s why I prefer to choose hotel instead of AirBnB. X pé lah. Angap ia sbg pengalaman ok. Take care.
Sebenarnya saya agak kurang faham tentang airbnb dan sebagainya. Mungkin sebab kurang pendedahan dan juga saya kurang ambil tahu tentang airbnb ni. Terima kasih atas perkongsian.
Ah~ I am so sorry that this things happend to you.
But for me, if I see such reply~ I rather cancel the booking with them.
Dahlah ~ life is susah already why continue susah kan orang lain pulak~
Tak pernah stay lagi guna airbnb ni..bahaya juga bila jadi macm ni ye, lagi melibatkan ahli keluarga semua..nasib dapat detect awak..
wow, takutlah nak guna airbnb mcm nie. ramailah skrg cuba nak menipu nak charge macam2. walaupun ramai suggest guna airbnb utk jimat, tp bila kes mcm nie, jadi takut nak guna servis dorg
Ouch ! ada sesetengah host memang tak bertanggunjawab macam ni suka hati je nak kaut keuntungan. Macam ni tak adillah kan.
Thanks for sharing, the host seems fishy but I glad u got it settled, I will think twice to go for Airbnb heard many bad reviews about them.
Saya yang baca pun geram dan kesombongan host tu. Suka suka hati minta cleaning fee. Mentang mentanglah kita ni orang luar suka suka hati pijak kepala kan. Bagus tindakan awak buat aduan kepada Airbnb. Sekurang kurangnya dapat semula refund
Mujur dapat buat report. Berlagak lah owner dia. Tak takut langsung kan. Kita ni nak melancong memang la ikut bajet. Walaupun rm50 tetap dah lari dari bajet kan. Lepas ni kena hati-hati lah.
Tak pernah lagi ada pengalaman dengan airbnb, but nice story boleh dijadikan pengajaran dengan pengalaman yang dikongsikan, thank you 🙂
Tak pernah guna airbnb and how it work. Thank you share pengalaman ni. If ditakdirkan perlu guna airbnb ni dah tau dah nak handle problem
Setakat sis guna Airbnb tak ada masalah lagi..tapi tulah takut juga risiko2 yg tak diduga kan. Ada juga lah kwn sis guna airbnb ni dn ada prob..last2 terpaksa buat report
Bahaya juga macam ni sukahati je nak minta duit. Airah tak pernah lagiguna airbnb tapi selalu survey
Banyak cekadak btol kan. Tk suka yang jenis pm tepi ni. Tak telus. Elok dah report kat airbnb. Biar depa alert skit diaorang punya host tu cam mane. Kita pun memang mencari yg murah dan host yang telus and transparent and polylite juga. Kihkih.
tak pernah lagi guna airbnb ni. apapun anggap ia satu pengalaman.
Wow such an irresponsible host and greedy person should be penalised.
[…] tak best bersama Airbnb. Tapi dapat diselesaikan awal sebelum terbang ke sana. Boleh baca di link ini. Lain-lain pengalaman semuanya ok dan sangat memuaskan hati. Itu yang jadi tak pernah puas menempah […]