TALK
Jadual 30 menu di Bulan Ramadhan -Download je

Jadual 30 menu di Bulan Ramadhan -Download je

Alhamdulillah. Aku sekeluarga diberi kesempatan beribadah di bulan yang mulia ini di tahun 202. Walaupun ada sedikit rasa sedih sebab berpuasa semasa berada tempoh PKP akibat wabak Pandemic Covid-19 yang melanda negara kita.

Seperti yang kita sedia jangka, memang tak dapat la nak berasa la pergi membeli di bazarseperti tahun-tahun lepas. Berbuka kat luar jauh sekali. Paling sadis tak boleh nak balik kampung berbuka sama-sama. Waa… Waa…

Jadi, untuk elakkan diri ni kemurungan berpanjangan di bulan Ramadhan, baik kita sediakan menu yang best je. PM kita iaitu Tan Sri Muhyiddin juga berpesan, masaklah kat rumah. Kalau tak jadi boleh post kat FB Page Masak Apa Tak Jadi Hari ini. Wakakaka! Tau jugak ya.

Berbalik kepada perkara di atas, aku tak reti nak share resepi. Aku hanya tau senaraikan menu nak makan apa je dalam tempoh sebulan. Memang rutin setiap tahun memang kena sedia jadual. Kalau tak, boleh gaduh kami laki bini sebab masing-masing akan asyik tanya, “Nak makan apa?” “Tak tau.” “Tolong la pikir.” “La… Susah soalan ni nak jawab….”

Ni anak aku buat sebelum PKP. Pakai column yang dah sedia wujud bertahun lamanya. Aku copy masuk dalam jadual baru. Topup dan tukar mana boleh.

Kan dah panjang cerita dan at the end akan bermasam muka. Ini namanya gaduh-gaduh sweet gitu… Ok. Untuk pembaca yang ada situasi sama macam aku, boleh muat turun senarai menu 30 hari ni. Fail PDF untuk yang malas tukar. Fail Word untuk yang nak selitkan resepi sendiri. Link ada di bawah :

Pertama kali aku kongsikan kepada umum. Semoga dapat membantu kepada sesiapa yang sedang serabut fikir menu apa untuk esok. Ingat, resepi takde. Yang ada cuma senarai menu 30 hari je. Lengkap sahur, berbuka dan kuih + air. Bertuah tau.

“Tiada bulan seagung ini. Tiada bulan semulia ini. Tiada bulan seberkah ini. Ramadhan penuh berkah dan maghfirah. Marhaban ya Ramadhan. Mohon maaf lahir dan batin. Selamat menunaikan ibadah puasa.”

12 thoughts on “Jadual 30 menu di Bulan Ramadhan -Download je

Leave a Reply