china
Daerah Dayi Xiling – Siri 3

Daerah Dayi Xiling – Siri 3

Dari pekan Qing Cheng kami menuju ke Dayi County dengan menaiki bas sebanyak tiga kali. Hampir setengah hari baru kami tiba di Vohill Garden Hotel. Biarpun tempahan di website nama rumah penginapan ini adalah Hotel Huashuiwanzhen. Kami mencari hotel sama tapi berbeza nama alam maya dengan realiti pun telah memakan masa lebih 20 minit. Punya la banyak kekangan yang menyebabkan kami terlewat tiba.

Sebenarnya tak sukar pun kalau nak ke sini. Kalau dari Chengdu City boleh menempah pengangkutan peribadi yang hanya 2 jam masa perjalanan. Tapi, kami sengaja memilih jalan yang sukar untuk ke sini semata-mata nak cipta pengalaman. Destinasi bila dah ada depan mata rasa biasa je. Yang best adalah kejadian semasa perjalanan. Ini kata-kata umi aku. Pinjam buh sini.


Aku dah masuk episod ketiga pasal Dayi County ni. Yang pertama adalah kisah perjalanan aku ke sini menggunakan bas. Boleh baca dengan klik tajuk Daerah Dayi Xiling – Siri 1. Di episod kedua pula berkisar tentang makan kami di sana. Kemain susah nak mencari makanan halal. Last sekali makan b*b**. Apa tu??? Sila klik dan baca tajuk entri Daerah Dayi Xiling – Siri 2.

Selesai makan (Tak habis pun. Mana mungkin ada selera…) kami terus menuju ke van yang disediakan oleh pihak hotel. Ada pemandu lelaki sedang menunggu. Tiada bayaran dikenakan kepada kami. Katanya, kami adalah tetamu jauh mereka. Dia hanya nak bantu kami capai hajat tengok salji. Wow! 

Sambungan….

Excited betul dapat naik pengangkutan milik hotel dan kami sahaja penumpangnya dan tidak bercampur dengan penginap yang lain. Ada perasaan special di situ. Suami aku berada di sebelah pemandu. Manakala aku di tengah bersama Niqrisa dan Naura. Si Nufail berada di tempat duduk belakang. Maka, dengan bacaan doa kenderaan di dalam hati, van ini mula bergerak.

Sepanjang perjalanan, aku hanya melontarkan pandangan di luar tingkap. Tergamam dengan keindahan ciptaan-Nya. Hutannya tidak sama sekali sebagaimana aku biasa lihat di Malaysia. Keadaan gunung yang berlapis-lapis seolah saling bertanding ketinggian.

Tak lama kemudian, pemandangan yang tadi cantik bertukar makin lama makin seram. Keadaan bawah cerun kosong tiada air dan berlumpur. Batu-batu yang besar berkeadaan telah dilanda badai. Benar bagai dikata oleh petugas hotel. Kawasan sini berlaku banjir besar bulan 8 baru-baru ini. Masih dalam proses membaik pulih.

Jalan dah dalam pembaikan.
Tak nampak pun kereta berpusu-pusu ke Xiling Snow.
Pasang pengadang supaya pemandu tidak terjerumus ke dalam cerun.

Tiba kami di satu check point dan kami diperiksa serta ditanya oleh penjaga jalan. Aku tak faham perbualan mereka. Dan kami dilepaskan dengan mudah. Aku tengok banyak kereta tidak dibenarkan naik. Kenapa?

Dengan cepatnya aku mendapat jawapan. Kami dihalang sekali lagi oleh pengadang jalan yang ditutup tanpa penjaga. Memang dihalang terus dan tak boleh buka. Tiada siapa boleh lalu kecuali pekerja pembaikan kawasan.

Pemandu kami parking di hadapan pengadang dan minta kami turun untuk cuba nasib berjalan kaki ke tempat kereta kabil menuju ke tempat ski. Aku tak pergi dan menunggu di dalam kereta je. Lagipun, Niqrisa baru je tidur.

Sementara menunggu mereka kembali, aku pandang sekeliling kereta melalui tingkap. Tak ada pun pelancong datang ke sini kecuali pekerja. Sibuk betul pekerja menyiapkan jalan. Terdapat kereta ranap di bawah sungai yang tiada air.

“Teruk betul banjir baru ni…”

Aku hanya mampu membayangkan keadaan banjir yang telah berlaku. Dahsyat. Ini yang dah banyak dibersihkan. Kesan yang tinggal pun boleh buatkan aku rasa seram sejuk. Maka, keadaan sebelum ni mungkin lebih teruk. Kesian betul penduduk sini tak boleh menjalankan perniagaan. Di hadapan terdapat bangunan-bangunan yang tersusun sebagaimana tempat penginapan kami di bawah kaki gunung. Dari jauh juga boleh nampak poster tawaran penginapan untuk bermalam di hadapan kedai. Jelas nampak sini adalah tempat spot tourist.

“La, tokleh masuk. Kereta kabel tutup. Nok naik atas guano?”

Huhu… Atas tula wujudnya salji. Dah kereta kabel tutup, maka balik awal la jawabnya…

Van kami berpusing balik. Jalan kami lalu tadi pun dah tutup. Terkial-kial pemandu kami cari jalan nak balik. Tapi, alhamdulillah, kami selamat sampai ke hotel. Penjaga kaunter turut sama bersedih bila tengok kami. Aku yakin, muka kekecewaan jelas terserlah.

Daripada tempoh pusing balik sehingga tiba ke hotel tu, lagu-lagu sedih berkumdang di dalam hati. Nak nangis, air mata tak keluar. Anak-anak pun asyik tanya kenapa tak boleh main salji. Nak jawab pun tak kuasa dah. Sehinggalah kami tiba-tiba ditanya oleh seorang lelaki tua yang lalu di tepi kami,

“Where are you from?”

“We’re from Malaysia.”

“Kami pun.”

Lah… Cakap Melayu dah… Dia sekeluarga terbang dari Sabah datang ke Chengdu semata-mata nak main salji. Kita senasib uncle. Tak tau khabar tempat ni ditutup dan hanya berhuhu sahaja di hotel menunggu hari nak balik. Bukan boleh buat apa pun di Dayi County ni!!!!

Uncle ni bantu terjemahkan kepada kami.Petugas ni baru faham apa itu makanan halal. Haha

“Dah tu, you semua cari makanan halal macam mana? Sini susah woo nak cari makan.”

Kejadian pagi tadi aku tak ceritakan pada uncle. Tapi aku dah ceritakan kepada korang semua di entri kedua sebelum ni. Buat uncle, sila cari balik. Buat korang, tunggu episod tiga. Aku nak ceritakan apa aktiviti yang aku buat setelah salji yang dijanji tapi punah untuk ditangisi. Waaa! Waa!!

1 thought on “Daerah Dayi Xiling – Siri 3

Leave a Reply