china
Daerah Dayi Xiling – Siri 2

Daerah Dayi Xiling – Siri 2

Di Siri 1 sebelum ni aku ada ceritakan pengalaman perjalanan bermula dari Qingcheng seterusnya ke daerah Dayi. Naik bas sebanyak tiga kali. Ketiga-tiga bas tu semuanya berlainan saiz. Yang last tu kami naik van. Tiba selepas 4 jam perjalanan. Lama tempohnya disebabkan banyak urusan. Beratur, beli tiket, scan di setiap keluar masuk pintu, angkut beg, turun naik bas, drop orang, menunggu dan terus menunggu. Itu yang jadi lama. Kalau ada kereta persendirian boleh cut 2 jam.

Kami semua tak kisah pun. Bukan nak cepat. Dalam perjalanan la seronok. Macam-macam kita akan jumpa. Di situlah kita akan kutip pengalaman dan akan dikenang. Dah macam wayang di dalam kepala duk teringatkan perjalanan kami. Bila kita upah pemandu dari titik mula sehingga ke destinasi, kita dah rugi separuh pengalaman. Orang macam aku dan suami ni jenis travel slow and steady. Lebih suka layan dan nikmati secara perlahan-lahan.

Kalau nak baca dulu entri sebelum ni, boleh klik Daerah Dayi Xiling – Siri 1. Barulah dapat gambaran sambungan untuk entri kali ini.


Usai membuat pembelian makan malam di luar, kami dipanggil semasa melalui kaunter. Cuak jugak la perasaan masa tu sebab takut kena marah. Hotel tak macam Airbnb. Kalau ikutkan, mana boleh bawa masuk makanan dari luar. Rupanya nak bagitau tempat main ski ditutup sebab runtuhan bukit.

Muka aku macam blur. Tutup macam mana? Tempat ski je kan? Not all area yang coverd by snow?

Petugas wanita di kaunter tu cakap, tak pasti lagi. Kalau ikutkan makluman daripada berita negaranya, bermula dari Xiling Town tu dah ditutup. Aku heran lagi. Kat mana tu? Dah tak boleh nampak atau pegang salji langsung ke? Takkan la tepi-tepi jalan ke atas sana pun langsung tak turun salji. I’m soooo confuse.

Dayi dan Xiling ni adalah tempat yang susah nak dapat maklumat. Bukan main payah nak dapat info terkini semasa di Malaysia. Kiranya kami gamble je ni.

We only want to go up to play snow. Not entrance ski resort. Can we found snow at other place near there?”

Dia tak pandai balas dalam English. Sis pun cuba je speaking ni. Dia terjemahkan di telefon dengan memaklumkan akan cuba membawa sejauh yang mungkin kami esok pagi. Siap bagitau, jangan risau. Akan jumpa salji.

Mendapat perkhabaran tanah runtuh dan tempat ski ditutup.

Kemain happy la. Naik tangga pun macam sedang terbang. Dah terbayang hari esok. Anak-anak senyum sampai ke telinga bila berita itu disampaikan.

Untuk petang dan malam, takde aktiviti. Kaki gunung Dayi ini hanyalah tempat rekreasi untuk pelancong datang bermandi-manda di kolam air panas. Semasa ronda kawasan mencari makanan halal petang tadi, terlihat banyak pakaian mandi dan pelampung dijual. Aku ingatkan orang tak ramai sebab musim sejuk. Orang tak mungkin datang mandi. Tapi, bukan sebab cuaca, tapi sebab tanah runtuh yang berlaku bulan 8 baru-baru ini. Aku dah tahu. Masalahnya, berita pembukaan semula tempat ni dah diwar-warkan juga.

Berita tentang banjir dan tanah runtuh ni banyak diberitahu di daerah Sichuan lain. Aku dah pastikan betul-betul tempat ni takde masalah. Terkejut juga bila tahu tutup lagi. Berita di internet sangat terhad. 
Aku tak pasti mereka ni pelanggan atau penjual jiran kiri kanan. Tengok dalam takde pelanggan pun.

Sementara menunggu makanan malam yang disediakan suami aku siap, aku bersama Niqrisa perhatikan di bawah bangunan. Melihatkan peniaga restoren dan peniaga dari kedai lain berkumpul menghadap bara api untuk menghangatkan badan. Di tangan masing-masing memegang mangkuk makanan. Seronok melihat mereka bersembang bergelak sama-sama. Yang aku perasan, tidak banyak pelanggan memenuhi meja makan. Mungkin sebab tanah runtuh.

“Jom makan.” Suami aku panggil.

Cepat aje kami semua berkumpul. Masing-masing ada semangkuk megi yang dibeli petang tadi. Niqrisa dengan mi kosong dan dihidangkan dalam mangkuk yang kami bawa bersama dari Malaysia. Dengan nafsu yang lapar, kami makan bersungguh megi berlaukkan telur rebus. Dan rasanya, tak sedap! Rasa apa ni yang membuatkan lidah jadi menggeletar???

Megi ni pedassss. Boleh membuatkan lidah tak tahan.

DAYI-Xiling, 9 DISEMBER 2019, Pagi ini sungguh ceria. Biarpun tau di luar sana teramat sejuk nak dibandingkan dengan daerah-daerah yang kami dah pergi sebelum ini. Cepat betul anak-anak bersiap. Nak main salji la katakan. Pakaian mereka hari ni tak sama seperti sebelum ni. Mereka memakai 4 layers. Long john, tshirt, fleece dan jaket sejuk. Mittens pun dah siap pakai. Huh, kemain korang ya!

Setibanya kami di perkarangan reception, telah menunggu petugas wanita kelmarin untuk menjamukan kami sarapan. Aku dan suami saling berpandangan. Makan apa? Sini takde kedai halal… Semalam dah terangkan padanya apa yang orang Islam makan.

Dibawanya kami ke kedai depan. Kedai yang aku pandang dari atas bilik kelmarin. “Huh, takkan nak hidang babi jugak…” Bisik aku dalam hati. Sebab sebelum ni pun kami ada pengalaman dengan host di Qingcheng. Dia tak faham apa tu makanan halal. Nak jugak bawak kami makan di restoren yang hidangkan daging. Haha… Dia ingat babi je tak boleh makan. Semua daging tak boleh kalau tak semelih.

Petugas wanita mempersilakan kami masuk dan diminta kami duduk di dalam kedai berkenaan. Kami minta nak berada di meja luar sahaja memandangkan kami tak sanggup nak tengok pelanggan lain makan. Kembang tekak sebab tak biasa…

Dihidangkan kami bubur nasi kosong. Katanya periuk ni takde campuran dengan bahan lain. Hanya beras dan air je. Suami aku tak boleh telan. Tawar! Aku minta keluarkan garam. Kemain susah nak keluarkan garam dari dapur sebab kami miscommunication.

Garam dan bawang jeruk diberikan. Boleh la buat membantu penambah rasa. Aku makan je sebab memang lapar. Makan megi semalam tak sedap langsung. Niqrisa ok. Yang lain-lain buat muka mencebik. Tak boleh makan kata mereka. Boleh la bagi aku. Aku siap campur dengan air soya panas lagi. Air soya tu pun soya kosong. Aku tak tau kenapa makanan mereka tawar. Tengok tv macam menyelerakan makanan mereka. Bila rasa, alah… Sedap aku masak lagi. Aku terpaksa makan sebab aku full breastfeed anak.

Air soya. Titik

Tentang isu periuk belanga di dapur bercampur aduk daging tak halal ni memang boleh buat rakyat Malaysia trigger. Aku amik kisah Nabi kita, Rasullah saw. Nabi menerima jemputan makan daripada orang bukan Islam. Baginda makan tanpa menyoal apa yang ada di dapur. Yakinlah makan bila hati ini rasa makanan tu bukan sumber haram. Tapi, bila kau berasa was-was, haram makanan itu untuk dimakan.

Nanti ada la ni orang cakap tak kebulur la kalau tak makan. Kenapa tak bawa makanan dari Malaysia. Buat apa travel negara kapir. Haish… Mengamalkan Islam tidak susah. Tapi bukan bererti mengambil mudah tentang Islam. Faham tak?

Selesai makan (Tak habis pun. Mana mungkin ada selera…) kami terus menuju ke van yang disediakan oleh pihak hotel. Ada pemandu lelaki sedang menunggu. Tiada bayaran dikenakan kepada kami. Katanya, kami adalah tetamu jauh mereka. Dia hanya nak bantu kami capai hajat tengok salji. Wow!

Bersambung nanti di Siri 3!!!!!!

‘COME AND YOU’LL NEVER BE ABLE TO LEAVE’

2 thoughts on “Daerah Dayi Xiling – Siri 2

Leave a Reply