Throwback Travel di musim PKP
Semasa PKP ni, dalam kepala banyak merancang. Tapi, entah terpakai ke tak hal yang dirancang di tahun covid-19 ini. Bila nak tamat tak tau la. Aku berdoa agar rangkaian jangkitan terputus.
Nak keluar rumah pun tak boleh, inikan pula nak travel. Apa yang mampu, throwback. Walaupun tak banyak negara, tapi panjang jugak ni. Save kenangan di sini.
Dis 2015 – Travel habis kedekut menggunakan laluan keretapi bermula dari KL Sentral jam 12.35 pagi. Akibat nak berjimat dan tak tau nak bajet perbelanjaan lagi, terbeli tiket train kelas II yang akhirnya mendapat pengalaman tak ternilai harganya. 19 jam di atas keretapi dari Stesen Junction Hatyai – Stesen Hua Lampong Bangkok. Sebelum tu dah 12 jam dari KL. Maka, terhasillah 31 jam berada di atas keretapi. Pahit? Kah!
Dis 2016 – Noor Mellisa Azlan mesej aku secara personal, taknak ke Jepun ke? Diracun teruk olehnnya, aku beli tiket pada hari yang sama dia beli tiket. Maka, sampai jua kami sekeluarga ke negara yang dah diidamkan sejak kanak-kanak lagi. Sampaikan hari nak balik Malaysia pun hampir lupa. Terleka dengan cuaca dan budaya di sana. Percaya la. Memang betul kami terlupa.
Mac 2017 – Umi nak ke Acheh? Jom. Perjalanan terlalu santai dan sangat berhemah jadual dibuat. Tapi, umi banyak terlena. Rasanya dah perlahankan aktiviti dalam itinerari. Jadi, umi kata, ini pertama dan terakhir. Ampun.
Dis 2017 – Tiket beli awal. Pregnant 3 bulan pun on. Impian ramai orang nak ke Tembok Besar China. Bonus buat kami, dapat berkenalan ramai dengan rakyat sana. Mengubah persepsi kami terhadap rakyatnya. Jauh apa diperkatakan oleh pihak media. Dari Beijing ke Hohhot Mongolia Dalam telah menemukan kami dengan ramai insan yang baik.
Mac 2018 – 7 bulan bawa perut ke Koh Samui dengan melalui jalan darat menggunakan kereta Citra. Ni namanya road trip. Dari Kemaman – KL – Perak – Penang – Kedah – Hatyai – Koh Samui – Songkhla – Kota Bharu – Kemaman. Fuh, mencabar sebab lama sangat atas jalan! Banyak juga berhenti sebab nak makan.
Dis 2018 – Baby 5 bulan dah ke Manila dan Cebu! Apa kisah orang cakap apa. Anak 10 pun akan tetap ku bawa! Disebabkan negara yang sama panas dengan negara kita, tak boleh nak extreme explore. Sayang anak lebih, banyak jalan dalam bandar je. Insya Allah, akan kembali semula. Hanya 10% je mampu lalu di celah bangunan. Di situlah realiti kehidupan jika ingin mengenali lebih dekat rakyat di sesebuah negara.
Mac 2019 – Niat nak tengok gunung berapi di Bromo, Indonesia. Malangnya ada letusan aktif di corong gunung. Pagi kami juga hujan. Cantik perancangan Allah. Tiada habuk berterbangan semasa kami di sana. Plan B kami sebenarnya tidak mahu keluar kereta jika cuaca baik. Itu untungnya travel. Banyak pengalaman tidak dijangka.
Ogos 2019 – Bersama keluarga abang follow jalan-jalan cari makan. Dia sangat expert memandangkan sentiasa keluar masuk mencari barangan perniagaannya. Kami cuma playing a tourist. Kihkih
Dis 2019 – Ke China sekali lagi dan berada di wilayah Sichuan iaitu Chengdu. Bawa anak tengok Panda, nak naik tren ke Urumqi, tapi mahal gila tiket, pastu menyesal sebab tak boleh pun main salji di Xiling Mountain akibat tanah runtuh. Mujur pengubatnya di Dujiangyang. Daerah paling diingati. Kemudian menetap di Tianfu Square berdekatan masjid. Berada di kawasan masyarakat Islam selama 5 hari membuka mata kami seronok bila menjadi minoriti di negara orang.
2020? Nombor tahun kemain cantik cun melecun. Siap tunggu lagi. Akhirnya mereput sebab coronavirus. Setiap pengalaman, ada pahit dan manisnya. Tak semua perjalanan kami sempurna. Setiap kesilapan, pasti memberikan pengajaran buat kami untuk menjadi yang lebih baik.
Aku kutip semua pengalaman ini dan dijadikan persediaan aku di masa lain. Apa pun, aku dan suami tidak akan berhenti. Malah menjadikan kami lebih bersemangat. Dah ada plan. Tapi, tak jadi lagi. Plan Dia adalah yang terbaik. Semua ini hanya dengan izin-Nya. Insya Allah.
Stay at home. Stay safe. Stay with family.
#stopcovid19
- Feeling emotional
- Rumah pertama keluarga kecil kami
- Aku umpama nomad, berpindah-randah
- Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN
- Jalan terus. Tak payah nak toleh!
19 thoughts on “Throwback Travel di musim PKP”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
siapa kaki travel..time macam ni memang rindu saat trip dlu. takpelah mereput dlm rumah,,utk keselamatan kita jugak. Takpe..mana tahu akan datang akan tripnya mesti akan gempak.insyaallah
Seronok dapat travel luar negara nie kan..jauh perjalanan luas pemandangan.. Nad dalam negeri pn xabih round..
Betul betul. Memang rindu nak travel lagi. Lepas tu update dekat blog. Semoga kita semua selamat dan cepatlah habis covid-19 ni.
aida memang simpan plan utk start travel luar Malaysia 2020 ni. sebelum ni, xde ke mana pun, kecuali hatyai dgn anak2. kami berjalan merata dlm negara je. diorang da besar, baru syok bwk berjalan, kan. so tak brape terasa sgt dgn impak covid 19 ni.
nampaknya, kena tangguh la tahun 2023 nanti. bila covid 19 ni dah bebetul reda dari alam semesta. tawaf Malaysia skit lagi, sabah, sarawak. tak semestinya nak kena travel luar negara, kan baru nak happy 🙂
paling rindu nak masuk hutan dan travel. sampai hujung tahun ni pun belum tentu boleh travel. bertabah je la
Bila dah ok nanti mesti ramai yg dah plan nak cuti kat mana kan…
Bestnya setiap tahun travel luar negara ye. Banyak lengalaman diambil. Tahun ni takdpt, mungkin ade lain yang lagi baik. Mesti yang suka travel memang paling terkesan.
itulah kan, bila lama berada di rumah ni rindu pulak nak travel. in shaa Allah bila dah habis betul2 covid nim bolehlah travel balik.
Time PKP ni memang rindu nak travel kan..harap rantaian covid-19 ni dapat di putuskan segera. Boleh lah sambung travel balik nanti 🙂
Seronok baca pengalaman travel ke tempat orang. Saya tak berpeluang lagi nak ke luar negara. Luar negara yang saya pernah jejak pun Singapura sajalah sebab menetap di sana suatu masa dulu ikut ayah yang bertugas sebagai navy. Itu semua pengalaman. Sekarang ni ke luar negara kena tunggu suami pencen baru boleh. Nak pergi dengan anak2 sahaja dia tak izinkan kalau dia tak ada. Apa pun itu semua pengalaman manis kan.
Alaaa rindunya nak travel…ni bulan 9 Sis dah beli tiket ke Jepun dengan memeber, tengah berfikir lagi, akan teruskan atau tidak dalam keadaan macam ni…nak refund tak dapat…kalau masih lagi membimbangkan terpaksa laaa burn aje tiketnya huhuhu…
Dapat throwback pun jadilah. Dapatlah hargai apa yang pernah di lalui. PKP adalah perjuangan kita untuk banteras Covid-19 habis-habisan. Salam Ramadan. Stay safe.
Waktu PKP ni banyak masa kemas folder dalam komputer dan henfon. Kenangan semua banyak. Rindu kan. Tapi lepas ni dah kena plan travel yang lebih selamat. Penjarakkan sosial. Pakai face mask. Gambar semua ngan face mask. hahahaa. adehhh perubahan drastik.
Seronoknya kan kalau dapat bercuti waktu yang kita dah plan. Tapi betul lah. Sebaik-baik perancang adalah Dia. InsyaAllah lepasni kita travel dah boleh siap siap kan diri. Semoga cepat berakhir semua ni amin
Yang selalu travel mesti rindu giler nak travel. Katanya lambat lagi boleh buat aktivit travel kan? Mungkin start dgn travel dlm negara dulu
Bestnya travel luar negara macam ni kan. Saya pun sama rindu dan travel dan jalan-jalan dengan keluarga macam ni. Tak payah fikir apa-apa just enjoy nature
Seronok tgk u bawak anak2 travel lagi ada baby kecik. Hebat sgt. I pun rindu travel tapi xde pegi jauh2 sbb xlarat nak bwk anak2 kecik lg. Smoga za kuat mcm u.. Kena planning btul2
Saya pun mampu throwback je gambar lama-lama kat Instagram. Tu je cara nak lepas rindu untuk travel.
Bestnya dapat travel sekeluarga setiap tahun. Kami rancang umrah tahun ni terpaksa batal. Now uruskan refund. Semoga Allah beri kita peluang ke sana lagi