china
Daerah Dayi Xiling – Siri 1

Daerah Dayi Xiling – Siri 1

Entri ni aku tulis disebabkan kami tiba-tiba ter sembang pasal Hotel Huashuiwanzhen di dapur sambil minum kopi. Ini la sebab kenapa kami nak sangat mengembara ketika masih sihat dan masih ada kemampuan. Esok-esok boleh sembang bersama macam ni lagi dengan partner. Sembang pun hal travel je. Seronok.

Berbalik cerita di daerah Dayi (Dayi County) Satu ayat je boleh aku gambarkan, ‘Perit diharungi, manis dikecapi.’

Macam ni. Peritnya bermula pada awal perjalanan lagi. Kami ke daerah Dayi dari Qingcheng. Perjalanan dengan menaiki bas selama 1 jam 30 minit tak silap aku. Kami dihantar oleh host Airbnb dengan kereta dipandu olehnya. Orangnya sangat baik. Lemah-lembut dan sangat mementingkan kebajikan. Memandangkan kami tidak boleh berbahasa Mandarin, dia yang pergi berurusan di kaunter tiket. Kami hanya hulurkan duit je. Dah tiga hari bersama dengannya di Qingcheng. Host kami memang boleh dipercayai dan sangatlah baik. Banyak kebaikan yang diberi tak mampu dibalas ketika itu.

Dia tak bagi tunjuk muka. Jadi, aku tunjuk gambar belakang jela. Ini stesen di Qingcheng

Teringat kata-kata cikgu aku waktu bersekolah dulu. Manusia ni, tak kisah la apa pun latar belakang agamanya, kalau dia beramal dengan baik, dia juga akan jadi penganut yang baik.


PEKAN DAYI, 8 DISEMBER 2019 Sampai di stesen bas Dayi, kami kena naik satu pengangkutan lain untuk ke Dayi Xiling. Beg seberat batu ni dipikul setelah bas menurunkan kami di tepi jalan. Blur… Bangunan tinggi melangit memang tak nampak. Mungkin pekan yang kurang kepadatan penduduk. Yang nampak hanya kereta dipandu sibuk dari semua arah.

Beli tiket untuk ke stesen pekan Dayi. Semua dalam tulisan cina. Aku tak pasti nama tempat beli tiket ni.

Sementara kaki menghala ke satu bangunan yang kami agak stesen bas, tiba-tiba ada lelaki menghalang dan berkomunikasi bahasa Mandarin. Tobat tak paham.

Dia keluarkan telefon dan terjemahkan. Ouh.. Dia merupakan pemandu yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa ke Dayi Xiling rupanya. Harga yang ditawarkan sehala sebanyak 100 yuan bagi kami berlima. Mahal. Aku dah set bajet seminima mungkin. Suami aku menolak baik dan masuk ke dalam stesen untuk membeli tiket bas. Harga tiket baru 45 yuan untuk kami sekeluarga. Lagi 55 yuan boleh beli makanan buat isi perut.

Stesen ketiga. Nufail setia menjaga beg-beg sementara abah membeli tiket. Aku sibuk jaga Niqrisa Naura ada main keliling aku.

Tak perlu nak tunggu bas sebagaimana stesen kedua kami tadi. Terus je angkut beg jalan ke belakang stesen. Teka apa? Bukan bas yang menunggu. Tapi van. Penumpangnya hanya kami berlima. Boleh sesuka hati nak duduk di kerusi mana. Dengan syarat, wajib pakai seat belt.

Macam personal driver pulak rasanya sebab naik van dan bukan bas. Kebetulan penumpang takde lagi ni.

Ingatkan kosong sampai ke destinasi. Rupanya angkut penumpang di sepanjang perjalanan. Tak ramai pun. Tambah lagi empat penumpang je. Lagipun bukan jauh. Aku ralit melayan Niqrisa. Sesekali sempat tengok luar menikmati budaya mereka. Dua lagi anak aku pun sibuk melayan perasaan.

Makin jauh perjalanan, jalan makin meninggi. Tempat kami nak pergi berada di kaki pergunungan. Jadi, tak heran la dipandu secara mendaki.

Lebih kurang 30-40 minit perjalanan, van berhenti dan turunkan kami tepi jalan macam tu je. Takde stesen atau pondok menunggu. Van dah berlalu pergi. Waktu tu kami krik… krik… Kau tengok aku, aku tengok kau. Nak ke mana ni?

Tepi jalan macam ni je kami diturunkan. Kawasan tak sibuk. Sejuk sangat waktu ni.

Dari jauh ada seorang perempuan duk melambai. Bukan sorang. Ramai je. Cuma yang sorang ni melambai sambil jalan menghampiri kami. Biasa la. Bercakap dengan bahasa Mandarin sambil terjemah di telefon. Dia ajak menginap di hotel miliknya. Kami menolak baik. Hotel dah booking lama di website sebelum ni.

Lebih kurang 600 meter berjalan sambil dipandang pelik oleh orang sekeliling, kami akhirnya berdiri di hadapan bangunan yang sepatutnya milik Hotel Huashuiwanzhen. Tapi, di papan tanda terpampang nama hotel lain. Frust dan penat sebab kena cari sekali lagi menggunakan aplikasi Google Maps. Beg kami berat… Campur depan belakang lebih 15 kg. Walaupun beg anak-anak tak seberat kami, mereka dah mula goyangkan beg kiri dan kanan, tanda taknak beban bertumpu je. Sian diorang.

Kami ni asyik berpusing tempat yang sama je. Berhenti pun di titik yang sama. Tak ubah macam drama yang sesat dalam hutan. Keluar lorong tu, jumpa pun tempat mula-mula tadi. Lebih kurang macam tu la. Google Maps menipu ke???

Pusing la jauh mana pun, sini jugak kami kembali Letih!

Suami aku beranikan diri masuk dan bertanya. Hok aloh… Hotel dah betul. Cuma nama di website dan papan tanda tak sama! Argghhh! Boleh pulak macam ni. Sampai khiamat tak jumpa kalau nama dah ubah!!! Daripada nama Hotel Huashuiwanzhen kepada Vohill Garden Hotel. Jauh betul kan…

Takpe la. Penat ni aku anggap bagaikan sakit gigitan semut je. Sebab aku tau, nanti akan diganti dengan pengalaman baling-baling salji, guling-guling sampai basah baju, gelak sampai kering tekak. Kemain gembira bila ingat hari esok. Sabar la hati. Bertahun menunggu nak merasai salji. Sebab sebelum ni asyik tak bernasib baik je.

Selesai urusan kaunter dan simpan beg, kami turun semula untuk misi cari makanan. Tapi, semuanya meleset. Tak jumpa satu pun makanan halal. Azabnya. Kemain lapar. Kali pertama dan terakhir makan semasa sarapan pukul 10 pagi. Ni dah menghampiri pukul 4 petang. Satu persatu aku pandang muka anak-anak. Takde muka sedang kelaparan. Haha

Macam pandang akuarium pun ada. Tapi, itulah mangkuk tandas yang dilihat tembus. Wakaka!
Orang hotel sangat peramah. Bantu naikkan beg dan bukakan heater buat kami. Yang paling tak tahan, tandas adalah transparent bersebelahan katil. Free show buat anak-anak. Kah!

Tipu. Ada la makan coklat dan roti semasa dalam bilik hotel tadi. Setakat ni Sneakers la penyelamat. Tapi, tak memadai. Perut budak boleh la. Perut kami penat meminta. Kami cuba nasib masuk kedai dan mencari megi halal. Masuk satu kedai, keluar dengan hampa. Cubaan mencari di beberapa kedai akhirnya menemui megi yang mempunyai logo halal China. Alhamdulillah. Apa lagi, beli 5 bekas dan telur buat lauk. Telur timbang kilo guys. Kelakar pulak. Haha

Pekan ni sunyi betul Yang ramai adalah penjual je.

Simpan sebahagian makanan yang dibeli di dalam bagpack bertujuan nak sorok daripada pekerja hotel. Ada satu plastik je kat tangan. Masuk dengan muka takde pape. Sekali, kami dipanggil semasa melalui kaunter. Ingatkan nak pesan tak boleh bawa makanan daripada luar. Rupanya nak bagitau tempat main ski ditutup sebab runtuhan bukit.

Haaahhh!!!!! Biar betul. Kemungkinan sekali lagi ke tak jumpa salji???!!

Nanti aku sambung cerita ni. Nama pun Siri I kan. Mestilah kena potong separuh untuk dijadikan Siri II. Nanti panjang sangat dalam satu entri. Daa!

‘COME AND YOU’LL NEVER BE ABLE TO LEAVE’

3 thoughts on “Daerah Dayi Xiling – Siri 1

Leave a Reply