
Boleh travel ke semasa wabak Covid-19?
Bukan soalan tu je duk bermain-main di fikiran setiap orang yang suka travel ni. Soalan-soalan seperti bila border nak bukak? Bila waktu sebenar dibolehkan travel? Kena vaksin ke kalau nak travel nanti? Kalau geng anti vaksin memang soalan terakhir tu takde dalam kepala. Ops!
Aku ada terbaca maklum siaran di Berita Harian bertarikh 9 Jun 2020 bertajuk Kebenaran ke luar negara bagi kes tertentu. Aku petik beberapa perenggan dan copy kat bawah.
Kerajaan membenarkan pergerakan rakyat Malaysia untuk ke luar negara ketika ini, namun ia hanya dikhususkan untuk kes tertentu yang mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Menteri Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kes itu termasuk pelajar yang perlu pulang kembali ke universiti mereka untuk menjalani peperiksaan.
Beliau berkata, setakat ini kebenaran ke luar negara bagi urusan tidak perlu termasuk melancong masih tidak dibenarkan termasuk kebenaran masuk warga asing ke Malaysia masih disekat.
Itu makluman bagi yang nak keluar negara. Bagi yang dah gian nak melancong. Fuh, maaf perkataan gian aku bagi. Haha Anda dibenarkan melancong di dalam negara Malaysia sahaja. Aku bukak dan baca dalam blog Astro Awani mengenai membenarkan orang ramai melakukan aktiviti pelancongan yang bertarikh 7 Jun 2020.
PKPP: Sudah boleh melancong dalam negara – Perdana Menteri
Perdana Menteri bagaimanapun berkata pintu sempadan negara masih ditutup untuk pelancongan ke luar negara. Gambar failPUTRAJAYA: Kerajaan hari ini membenarkan orang ramai melakukan aktiviti pelancongan domestik negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat-kuasa.
Kemudian, baca jugak beberapa blog yang keluarkan artikel tentang kajian tarikh sesuai untuk melancong ke luar negara. Beberapa artikel mengatakan tahun 2021 baru boleh melancong. Ada juga yang bagitau tempoh wabak terkawal adalah selama 2 tahun. Jadi, berkemungkinan boleh melancong semula tahun 2023.
Ada pulak artikel yang beritahu, tunggu masa vaksin terhasil je. Kita semua akan bebas bergerak semula sebagaimana sebelum wabak Covid-19 ni tersebar menjadi Pandemik.
Kesimpulannya, tak ada tarikh atau tahun sebenar bila boleh melancong ke luar negara buat masa ini. Biarpun ada beberapa syarikat agensi pelancongan mahupun persendirian dah mula mempromosikan tempat bakal dikunjungi.
Tapi kan, kenapa masih ada flight luar negara yang keluar masuk di lapangan terbang Malaysia? Ya. Urusan penerbangan keluar negara masih berjalan seperti biasa. Cuma untuk kes tertentu sahaja.
- Urusan bekerja
- Menetap di negara berkenaan
- Pelajar di negara tersebut
- Pulang ke pangkuan pasangan/keluarga
Pelajar yang menerima tawaran belajar berkenaan dibenarkan tanpa soal siasat yang panjang. Memadai dengan surat tawaran. Manakala yang berurusan bekerja pun telah mempunyai permit. Jika yang menetap lagilah boleh sebab yang ada alamat dan id tempat tinggal. Yang nak keluar mengikut pasangan dan pulang ke pangkuan keluarga tu perlu meminta kebenaran daripada Ketua Pengarah Imigresen terlebih dahulu.
Namun, ada negara-negara sudah mula membuka pintu sempadan bagi bertujuan pelancongan. Negara Turki antaranya telah menerima 80 pesawat pelancongan dari Rusia dalam masa satu hari. Tiada kuarantin sebagaimana Malaysia di sini.
Apa yang anda perolehi daripada entri ini, anda boleh melancong hanya di dalam negara sahaja. Sempadan negara masih belum dibuka untuk untuk tujuan pelancongan. Jika nak juga keluar negara, ada perlu berada di senarai kes di atas.
إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.”
(Hadis riwayat Imam Muslim). [8]
Oleh itu, sokonglah industri pelancongan dalam negara kita. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Selama ni kita pejam mata dengan destinasi dalam negara sendiri. Kini, apa kata anda buka balik peta Malaysia, buat itinerari dan pergilah melancong!
- Ladang Bunga Matahari di Lopburi
- Beli tiket di Station Hua Lamphong Bangkok
- Trip Indochina – Sleeper bus dari Phnom Penh ke Bangkok // Day 6
- Trip Indochina – Killing Fields merupakan padang pembunuhan yang kejam di Kemboja! // Day 5
- Trip Indochina – Makan KFC di Phnom Penh, Kemboja // Day 4