TRAVEL
Pantai Kuala Kemasik ada GUA

Pantai Kuala Kemasik ada GUA

Sebelum ni aktiviti kami banyak daki bukit je. Nak cuba buat yang lasak sangat macam tak berapa sesuai. Contoh aktiviti lasak tu seperti berkhemah dalam hutan atau panjat gunung. Setakat ni hanya berani tengok orang jela. Nak cuba sendiri belum sempat dari segi persediaan mental dan fizikal.

Tapi kan. Aku yang bekerja sebagai pendidik di kolej vokasional ni dapat cuti lain sikit dengan sekolah harian biasa. Cuti kami diawalkan seminggu.. Anak-anak pulak sekolah. Maka, apa lagi, jom buat program yang bersesuaian dengan orang dewasa je.

Jadi, terhasillah rancangan nak masuk gua. Aku pergi dengan rakan sekerja. Ada la yang bawak keluarga. Yang berani boleh pergi ni sebab ada guide daripada Tok Bak yang dah banyak pengalaman bawak orang masuk gua sebelum ni.

Dah. Cukup di pengenalan macam mana boleh masuk gua ni. 

18 OGOS 2020 – Selasa

Kami berjanji berkumpul di Pantai Kuala Kemasik jam 9 pagi. Sebelum tu aku laki bini dan adik sempat naik Bukit Harimau Menangis selama 30 minit. Tak masuk gua pun lagi dah berpeluh sakan!

Kami lengkap seramai 11 orang bersedia masuk gua pagi tu. Kemain semangat terpancar di muka setiap orang. Mula-mula gelak la kan. Sekali bila dah masuk merangkak dalam gua gelap terus lain macam rasanya.

Dalam gua tu ada air pantai. Ingatkan kami tak perlu basah-basah. Patut la kami dipesan oleh Tok Bak untuk sediakan sepasang baju lengkap bersama. Rupanya baju tu bukan untuk standby je. Tapi kena sarung jugak bila dah setel aktiviti. Kah!

Paras air laut dalam gua tu lebih kurang ketinggian pinggang aku. Aku ni tinggi 165 cm. Korang bayangkan pinggang sendiri la ya. Ikut tinggi masing-masing.

Gua pertama kami perlu harungi

Kami keluar gua, mengharungi air laut, kemudian panjat batu, masuk gua balik, keluar gua semula, berenang, panjat dan ulang la benda sama sampai la kami tiba di Gua Kelawar. Gua ni berbau busuk dengan najis kelawar yang sangat banyak. Cantik jela. Nak shoot gambar boleh. Tapi kena tahan bau.

Berdua je ya. Seronok!

Aktiviti ni diakhiri dengan gua terakhir yang perlu ditembusi saiz lubang keluar yang sangat la kecil diameternya. Sempit, gelap dan perlu merangkak. Beg pun kena tolak ke depan. Tak boleh kendong. Inilah klimaks paling menyeronokkan. Biarpun sakit lutut dan kepala terhantuk di siling gua.

Kami semua selesai beraktiviti selepas 3 jam. Bagi pendapat aku, program ini sangat seronok dilakukan beramai-ramai. Sangat meriah. Lagipun, aktiviti ini tidak menghadkan umur. Sesuai kepada yang berumur 12 tahun ke atas. Yang bawah umur ni perlu guide.

Aku dan suami sama ketinggian. So, ni lah paras air laut paling dalam kami cecah

Program ini memberikan pengalaman yang sangat berbeza. Dapat merasai 3 aktiviti dalam satu masa iaitu hiking, mandi laut dan masuk gua serentak.

Sesiapa yang teringin masuk gua seperti kami di kawasan Pantai Kuala Kemasik ini, bolehlah menghubungi Tok Bak di Facebook miliknya. Atau personal message di nombor 019-2724975. Sangat berpuas hati.

Aku simpan kenangan masuk gua ni di Youtube Channel RALIT. Bolehlah tonton gelagat kami semua. Sayang kalau disimpan je dalam phone. Lagipun, aku boleh kongsi keseronakan ini dengan orang lain. Jangan lupa untuk SUBSCRIBE ya!

Leave a Reply