TRAVEL
LATA JARUM, RAUB PAHANG

LATA JARUM, RAUB PAHANG

Assalamualaikum. Kami telah mengadakan percutian singkat pada cuti pertengahan penggal 2 persekolahan baru-baru ini di Lata Jarum yang terletak di Raub, Pahang.

Kami memilih untuk ke sana kerana inginkan suasana hutan dan ada sungai untuk anak-anak kami mandi-manda.

Niat taknak keluar makan kat luar dan nak seperti ala-ala camping, kami membawa sendiri perkakas memasak dan bekalan makanan.

Bertolak dari Kemaman seawal 9 pagi dan sempat berhenti seketika di deretan gerai jualan Geliga untuk membeli keropok.

Perjalanan lebih kurang 300 km diteruskan. Banyak kali jugak berhenti disebabkan pemanduan jauh boleh menyebabkan mengantuk. Yang paling penting, kena singgah jugak di Pump Station Shell di RnR Temerloh untuk ke tandas dan mau hirup kopi Latte Costa. Hilang mengantuk beb.

Anak-anak ni dah macam ragam dalam kereta. Tempoh 4 jam ni bukan sekejap. Ada drama bersuka ria, bertepuk-tampar, bergaduh masam muka, menjerit dan mencubit. Si kecik tu ada satu situasi je iaitu menjerit. Tak kira sedih atau gembira, dia akan menjerit dengan kuat. Faham sendiri la bila suara high pitch budak dilaungkan dalam kereta yang tertutup. Agak-agak bingit tak? Bergema dalam telinga boleh cecah ke otak tau.

Semua drama ini kami telan je. Dah macam tu la bila ada anak-anak. Soalan bila nak sampai tu dah macam irama lagu “Are we there yet?” yang acap didengar dalam lagu Kanak-kanak di youtube. Letih mental…

Jalan raya boleh dikatakan agak sesak. Mana ntah datangnya orang ramai-ramai ni. Padahal kami pun sama. Haha Yang paling teruk jammed adalah di Lemang Tok Ki. Apa yang glemer sangat memang menjadi persoalan besar dalam kepala waktu tu.

Hari dah melepasi tengahari. Kami makan untuk mengisi perut di Bentong. Kiranya ini hentian yang dah tak jauh dari Raub. Kami tak tau la nama kedai makan ni. Terletak di tepi sungai. Sedap la nasi lauk ayam goreng yang dihidangkan dalam kertas. Takde pinggan. Nak take away boleh, nak dine in pun ngak ada masalah.

Selesai makan, terus bangun ke kereta dan pandu terus ke tepi jalan yang jual Duriang Musang King. Eh? Hahaha Makan lagi. Ini adalah cubaan pertama kami makan. Biasa makan durian kampung je. Paling mahal adalah D24. Di umur pertengahan 30-an baru berpeluang. Alahai…

Apa rasa? Sedap gila! Tak manis, rasanya sedang-sedang, tak terlalu lembik, isi tebal macam kamus dan bijinya lagi nipis daripada handphone. Pergh! Patut menjadi buruan orang. RM40 sekilo durian ni. Mahal dan berbaloi untuk sekadar nak cuba. Kami beli sebijik je cukup untuk kami bertiga. Makan 3 ulas dah kenyang sebab ciri-ciri seperti ditulis di atas. Takde yang rosak pun. Jadi, terpulang kepada masing-masing nak ke taknak.

Sudah je basuh tangan, dalam kereta masih lagi bercerita pasal durian Musang King. Sedap…. Memang boleh buat orang teringat-ingat. Nasib baik bau masih ada di tangan. Haha

Sedap gila. Serius weii!!!

Ok. Cepat-cepat potong semua cerita di tengah jalan dan terus cerita ketibaan kami di Lata Jarum. Sebenarnya, tempat penginapan ni di Chekas. Lata Jarum jauh lagi beberapa kilometer di dalam. Kami tiba pukul 4 lebih di Chemerkau Chekas Challet yang dah booking seminggu sebelum. Nampak kereta dah banyak. Yang buatkan kami terperanjat adalah keadaan tempat penginapan kami.

Kata owner sebelum pergi, bilik kami luas dan boleh masuk toto. Tapi, realitinya sekadar berlaga lutut. Kipas pulak adalah kipas berdiri. Ingatkan yang siling. Katanya kena sewa tempat kalau nak masak. Masalahnya tempat masak dah pulun semua oleh satu keluarga. Waktu tu dah timbul bibit-bibit kecewa. Keputusan drastic terus dibuat. Kami terus angkut balik barang dan ke kaunter pendaftaran balik untuk cancel. Alhamdulillah. Kami dapat full refund untuk 2 hari booking.

Chalet pertama kami. Muat untuk katil sahaja

Tanpa melengahkan masa, kami mencari chalet lain yang berdekatan untuk mencari yang lebih bersesuaian dengan kehendak. River View Challet ada lagi kekosongan. Jarak beza 400 meter je. Harganya adalah RM150. Ada aircond, 3 katil – queen bed + 2 single bed. Boleh masak tanpa bayaran. Guna jela dapur owner tanpa segan silu. Nak pakai perkakas dapur pun boleh. Sungai ada belakang bilik je. Jalan kaki tak sampai 100 meter pun.

Tapi, adakah kami suka? Tak

Ini disebabkan masih bukan memenuhi kehendak kami. Kalau anda pernah baca entri sebelum ni tentang percutian kami di Sekayu, anda boleh tau kriteria suka bagi kami macam mana.

Maaf la. Tempat ini mungkin seronok bagi orang lain. Tapi tidak bagi kami. Serba kekurangan. Biar la orang nak cakap kami ni golongan kayangan pun. RM150 pun bagi kami agak mahal. Cuba ringan mulut mintak kurangkan. Tak sangka dapat dikurangkan sebanyak RM30. Haha…

Disebabkan terlalu kecewa, kami hanya menginap satu malam sahaja. Esok sebelum tengahari kami dah check out. Lata Jarum adalah tempat bagi jiwa orang lain.

Kenapa kami tak suka?

  1. Bilik sempit bagi kami berlima.
  2. Harga tidak berpatutan.
  3. Keperluan masak di luar bilik.
  4. Bilik air hanyalah ada pili dan tandas.
  5. Air sungai terlalu deras.
  6. Dasar sungai berlumpur.
  7. Kalau nak mandi yang best kena pergi Lata Jarum sejauh 2.1 km. Tak pasti betul-betul best ke tak sebab tak pergi.
  8. Orang ramai. Mungkin cuti sekolah serentak seluruh negara.

Bila dah spoil mood, dah tak kuasa nak teruskan percutian. Baik keluar dan tukar destinasi. Tapi kan, destinasi kedua pun sama tak best. Apa nasib tak tau la… Malas nak cerita kami ke mana. Cukup la cerita di Chekas ni. Tak sampai pun lagi Lata Jarum. Sedih wei….

Pandangan dari sungai

Bukan semua percutian itu pengalaman manis. Ini adalah satu peristiwa yang merugikan. Baik segi duit, masa dan cuti!

Sungai belakang chalet

Sebaiknya, banyakkan research. Masalahnya, kami memang dah buat research awal pun. Banyak sumber pulak tu. Baca blog, tonton youtube dan bertanya kawan-kawan yang dah pergi. Siap contact owner lagi. Tu pun mengecewakan. Tiba-tiba jadi bengang bila masuk part selidik dulu. Kami ni orang yang memang suka plan. Tak suka main terjah. Inilah Namanya perancangan manusia tidak setanding dengan perancangan Dia. Dia adalah sebaik-baik planner.

Apa yang berlaku ada hikmahnya. Kami anggap ini adalah satu pengajaran di masa hadapan. Pengalaman merupakan guru terbaik kepada kami. Jadi, jangan sekadar baca. Pergilah sendiri dan rasai untuk diceritakan balik kepada orang lain. Tak rugi. Ini adalah perkongsian yang boleh memberi manfaat kepada ramai orang.

Pengalaman pahit bukan titik untuk perit membuat tindakan. Tapi peluang menjadi orang yang lebih berpengalaman. Aderr… Ini ayat ciptaan sendiri tau!

Selamat cuti-cuti dalam Malaysia.

// Aku update entri ini dengan menyediakan satu Vlog Kami ke sana. Tengok video rasa lebih jelas kot. Jadi, boleh klik dan tengok. Maafkan kami kalau ada tersalah cakap. Kami ni telus… Jangan lupa SUBCRIBE tau!

Tengok sendiri!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

3 thoughts on “LATA JARUM, RAUB PAHANG

Leave a Reply