TRAVEL
Pantai Teluk Mak Nik ada Bukit Bendera

Pantai Teluk Mak Nik ada Bukit Bendera

Macam tak percaya yang nama Bukit Bendera pun ada di Kemaman. Kebiasan orang akan membayangkan Bukit Bendera yang ada di Pulau Pinang. Nama je sama.

Aku tak pasti nama bukit ni dinamakan sempena apa. Kalau tengok daripada sudut pandangan aku la, bukit ni dihiasi dengan banyak bendera Malaysia. Daripada awal hiking, sehinggalah ke puncak akan dipacakkan dengan bendera. Cantik je tengok gah bendera Malaysia berselang seli jarang-jarnag dengan bendera Terengganu berkibar menghiasi tempat. Entah betul ke tak pandangan aku ni tentang nama ni. Sila nyatakan di bahagian komen. Aku pun nak tahu jugak.

Aku sekeluarga tiba seawall 7.30 pagi lagi. Untuk kali ni ada kelainan sikit. Aku dah janji dengan kawan kaki hiking jugak yang tinggal kat Kerteh. Dah 7 tahun tak jumpa. Excited tu lain macam.

Kebetulan hari berkenaan adalah cuti umum Hari Kemerdekaan kali ke-62. Memang ramai umat manusia nak tawan puncak bukit. MAcam tinggi je bila tulis tawan puncak. Hahaha

Masing-masing aku bertemakan Malaysia. Baju, tudung, warna pakaian dan masing-masing membawa bendera jalur gemilang. Meriah weh.

Kami menggunakan trek ke kanan. Aku nampak satu kumpulan ni ke kiri. Ada satu kumpulan lagi blur di tengah-tengah. Sebenarnya, trek mana-mana pun takpe. Sebab anda cuma perlu aim puncak yang dipacak bendera banyak je. Nak kata tak mungkin sesat pun tak berani jugak. Tapi, jangan risau. Hutan takde pun. Boleh nampak jelas nak tuju ke mana.

Keadaan trek untuk permulaan menaik. Boleh cecah heart beat 145. Bila dah sampai puncak laluan pertama, kami dah mula turun semula. Tapi, hanya separuh ketinggian jela. Kemudian kami akan berjalan menghala ke kanan bersebelahan sipi tebing.

Jalan mendatar selepas menuruni bukit pertama

Port cun wei nak amik gambar. Menampakkan keseluruhan Taman Seroja dan berlatar belakangkan laut. Matahari memancar terus ke muka pun sanggup ambil masa yang lama bergambar. Sayang la nak jalan cepat-cepat.

Posing dengan berlatar belakangkan perumahan dan laut

Selesai bergambar, kami teruskan berjalan lagi menuju ke Bukit Bendera. Hah, ni paling orang suka. Ada tali dipasang untuk kita panjat sehingga ke puncak. Anak-anak semua tak sabar. Bagi yang takde keberanian nak bergantung kepada tali, ada laluan lain ke puncak iaitu perlu ke kiri bukit. Situ ada jalan hutan. Masih boleh bertemu di atas.

Kami semua sepakat nak naik guna tali. Rugi la kan. Kat rumah takde tali-tali macam ni. Hihi Bukit lain yang pernah aku daki sebelum ni takde jumpa lagi tali di sepanjang bukit. Cuma, ada ralat di sini. Takde body harness ya. Keselamatan sepanjang panjat ni tanggung sendiri. Seriau pulak bila aku fikirkan tentang Niqrisa sepanjang abahnya panjat. Naik pakai baby carrier je. Patut pakai child carrier. Alhamdulillah takde pape.

Lebih kurang 5-10 minit je dah sampai ke atas. Masa ni bergantung pada individu. Macam anak aku, memang ada rasa takut. Nak angkat kaki pijak ke atas pun amik masa lebih seminit. Tapi takpe. Bina keyakinan kat sini.

Boleh nampak jelas kan bukit naik pakai tali

Di puncak ada disajikan dengan makanan. Kebetulan je ni. Sebab hari kami pergi tu adalah Hari Kemerdekaan. Jadi, mereka buat sambutan kat atas. Siap ada ucapan dan nyanyian lagu Negaraku lagi. Niqrisa merupakan peserta termuda. Eh, tiba-tiba. Hehe

Yang ada kat puncak ni sebenarnya adalah meja, hiasan yang ditulis dengan Alhamdulillah. Penunjuk arah Terengganu dan Pahang. Cantik la nak amik gambar. Kami tak lama pun. Kami terus turun daripada bukit dan menuju ke hutan.

Takde orang lain dah selain kami. Trek pun macam tak berapa jelas. Ada pokok yang tumbang di lantai bumi. Tapi dah nampak macam kesan orang potong. Baiknya la orang tu. Terima kasih sebab berikan laluan yang mudah kepada kami.

Ni baru perasaan masuk hutan

Di penamat hiking kami adalah di tebing pantai. Waktu ni dah panas terik. Nak amik gambar kemain lawa. Cahaya cukup. Aku suka bergambar dengan matahari terik macam ni. Cuma, aku tak suka bila kena kulit. Membakar beb.

Tebing pantai. Comey view dengan panas terik

Ok, itu jelah yang dapat dikongsikan. Kalau nak stay lama lagi pun boleh. Dah penghujungnya jumpa pantai, layan la dulu air tu kan. Bina istana pasir ke. Layan eh aku. Kami dah lapar. Yang sempat makan pagi ni Cuma Sneakers je. Lain la adik. Sambil hiking makan macam-macam. Banyak rehat dalam baby carrier. Haha

Pantai Teluk Mak Nik ni cantik. Jadi, tak rugi kalau sekadar niat nak picnic petang-petang

Nak lebih jelas, tonton video kami ni. Boleh nampak trek mana yang patut ambil, boleh bayang ketinggian puncak dan suasana sambutan Hari Kemerdekaan di atas bukit. Jangan lupa SUBSCRIBE!

Jangan lupa SUBSCRIBE!

Leave a Reply