The Backpackers Village Sungai Lembing – Penginapan Bajet di Kuantan
Penginapan budget hostel bagi backpacker’s terletak di Sg. Lembing. Hostel ini agak tersembunyi sikit bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Tapi jangan risau. Jika anda menjumpai Muzium Sg. Lembing, maka anda hanya pandang ke seberang jalan sahaja. Backpaker’s Village ini berada betul-betul berhadapan muzium. Cuma, terlindung dek kedai makan jela. Kalau pening jugak tak jumpa di mana, call je host hostel. Laju je menjawab panggilan untuk membantu.
Kami sampai agak lewat. Host tidak berada di hostel melainkan ada penginap. Jadi, mengambil masa kami sekejap sementara menunggu ketibaan host. Kebetulan kami masih belum solat Asar. Agak berkejar jugak la.
Host sangat baik hati dengan membenarkan kami sekeluarga sahaja menggunakan keseluruhan tandas perempuan memandangkan penginap lain yang akan tiba adalah perempuan sahaja. Penginap perempuan tersebut diasingkan menggunakan tandas lelaki. Jadi, kami mendapat extra bonus sikit kali ini disebabkan kami datang sekeluarga. Nasib baik kan.
Baru pengenalan tentang bagaimana ke sana. Cukup la. Meh nak cerita apa yang ok sangat tentang hostel backpacker’s ini.
KEDUDUKAN
Terletak dalam pekan Sungai Lembing. Jika nak ke sini, search di mana letaknya Muzium Sungai Lembing atau Terowong Bijih Timah. Hostel ini berada di seberang jalan dengan salah satu bangunan yang dinyatakan.
Hostel ini agak tersembunyi akibat terlindung oleh kedai makan dan terletak agak ke bawah daripada jalan besar.
SAIZ BILIK
Ada banyak saiz keluasan bergantung jumlah penginap dalam satu-satu bilik. Macam kami, nak lima orang sekali dalam satu bilik. Maka diberinya 2 katil double decker dan 1 katil bersaiz queen.
Jika anda datang seorang, akan diberilah bilik 1 single bed. Melainkan dah penuh. Anda perlu berkongsi dalam satu hostel.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang disediakan kepada penginap memang banyak. Jadi, tak perlu risau.
1. DAPUR
Nak bancuh kopi ke, nak masak megi atau lauk sekalipun dibenarkan. Ada ruang memasak disediakan. Cuma, kena bawa dapur stove sendiri. Perkakas lain seperti pinggan mangkuk dan kutleri ada disediakan dalam almari. Kuala dan sudip pun bereh boh.
Kalau penginap ramai, perlu mencatat nama untuk giliran memasak.
Meja dan kerusi ada banyak. Dah macam kedai makan dah pun rupa dapur ni.
2. BILIK AIR
Tandas dan bilik mandi disediakan di luar. Takde yang sekali dengan bilik tidur. Perlu share bathroom outside.
Bilik air ni terbahagi kepada dua untuk berlainan jantina. Bilik mandi dua dan tandas dua untuk setiap bilik air lelaki dan perempuan.
3. RUANG MEMBACA
Banyak betul bahan bacaan. Meja kerusi pun ada disediakan sekiranya nak lepak terus dengan buku di situ. Boleh la nak sembang dengan traveller lain. Tukar-tukar pendapat atau cerita pun seronok.
Paling syok, banyak buku Mastika tersusun di rak. Boleh mengimbas kembali zaman kanak-kanak dengan cerita-cerita misteri lagi mistik. Kah!
4. PENGANGKUTAN
Sebenarnya aku tak pasti tentang ni. Sebab aku datang dengan kereta sendiri. Parking kemain luas.
Yang aku tau ada tempat sewa basikat untuk ronda kawasan pekan Sungai Lembing. Lebih daripada itu aku tak tau. Tak tau perkhidamatan grab atau uber ada di sana. Maaf.
5. TEMPAT MENARIK BERDEKATAN HOSTEL
Hostel ni ada disediakan bersama perkhidmatan ke Air Terjun Pelangi. Kalau dah datang menginap di sini, rugi la tak ke sana. Sana la paling syok sebab boleh tengok jelas pelangi di hadapan mata. Tapi, tak semudah itu pergi. Ada bayaran masuk. Di entri lain akan aku ceritakan.
Selain itu, kepada kaki hiking, ada Bukit Panorama berdekatan dengan hostel ni. Nak jalan kaki jauh sangat. Naik kereta parking penuh. Haha.. Bukit Panorama terkenal dengan awan selimut di waktu pagi. Eloknya panjat pukul 6.30 pagi lagi. Tempoh masa panjat hanyalah 30 minit.
Ada banyak muzium Antaranya Muzium Sungai Lembing, Terowong bijih timah dan Muzium 3D.
Bosan dengan pacuan 4 roda? Cubalah menyewa roda dua pulak. Seronok apa pusing kampung dengan basikal.
Oh, satu lagi. Ada jambatan gantung di sebuah sungai yang menghubungkan dua kampung. Teruja dapat jalan di sepanjang jambatan.
Jauh melalut di bahagian tempat menarik tu. Hihi Ok la. So far, Hostel Backpacker’s Village ni sangat ok. Walaupun kecil je, tapi owner sangat menjaga kebersihan dan ruang penginapan juga sangat kemas. Aku suka konsep yang dibawa oleh owner.
Hostel ini juga sesuai juga bermalam bersama keluarga. Takde hal la berkongsi bilik air. Melainkan anda penginap yang turun daripada kayangan yang banyak bunyinya. Hostel ini saaaangat tidak bersesuaian dengan taste anda.
Elok la ke Hostel Kapsul. Taip la di google ya apa menarik hotel tu. Berdekatan je. Pun merupakan satu tarikan di Sungai Lembing ini.
Ok la. Kalau nak lebih jelas, sila tonton video review kami tentang hostel ini. Mungkin anda akan nampak jelas kot ruang bilik dan kemudahan yang dinyatakan di atas.
JANGAN LUPA TEKAN BUTANG SUBSCRIBE!
- Pengembaraan satu family ke Guangzhou, China
- Percayalah, Allah is the best planner
- Naik teksi di China dengan Didi Apps – Greater China
- Apps perlu download sebelum travel ke China
- Naik teksi di China guna Aplikasi Didi