Air Terjun Pelangi – Trip bersama anak-anak
Dah bertahun plan nak ke Air Terjun Pelangi. Kami di boleh dikatakan acap kali pergi hiking di Bukit Panorama. Dan setiap kali hiking tu la jugak duk sebut nak pergi tengok pelangi. Air Terjun Pelangi dan Bukit Panorama di satu pekan yang sama iaitu di Sungai Lembing. Tak jauh pun dari bandar Kuantan yang merupakan ibu negeri Pahang.
Eh, tak boleh jadi ni. Kena jugak pergi tengok pelangi. Sekali pun jadilah. Sebab orang cakap memang cantik sangat. Sampaikan teringat-ingat hinggakan orang nak pergi berkali-kali.
So, kami pun plan last minute untuk ke sana. Booking nak menginap di hostel. Cari punya cari, jumpa satu hostel ni yang dinamakan The Backpacker’s Village. Bila dah namanya hostel, maka bilik airnya berkongsi. Tidur pun dalam dorm.
Kami tak kisah. Yang penting, dapat ke tengok pelangi. Tempat tidur ni sekadar tempat persinggahan je. Lagipun, bila lagi nak rasa menginap berkongsi dengan penginap yang lain.
6.15 am – Kereta 4 wheel dah hon kepada kami di hadapan hostel. Kemain kami bergegas dengan anak-anak dan memohon maaf. Aduiii… Dengan ramai anak ni macam ni la.
6.30 am – Setelah mengambil peserta lain, kami diberhentikan pula di medan selera untuk makan pagi. Kami dah selesai makan pukul 5 pagi lagi. Jadi, perut dah kenyang. Kalau makan jugak maunya nak terkeluar balik.
Di sini juga kami dikehendaki membuat bayaran dan permohonan permit masuk ke kawasan air terjun. Tak boleh masuk tanpa kebenaran. Bayarannya sebanyak RM70 termasuk pengangkutan, makan megi + air milo dan permit.
6.45 am – Mula gerak. Jalan pada awalnya bertar. Tak sampai 5 minit kami mengharungi off road.
7.00 am – Tiba di puncak bukit yang melihatkan pemandangan matahari terbit. Tapi sayangnya, rezeki kami tak berapa bernasib baik untuk melihatnya. Awan penuh menutupi matahari. Dapat tengok awan selimut jela.
7.30 am – 4 wheel dah mula bergerak menuju ke Lubuk Beruk. Keadaan jalan yang tidak bertar ni boleh tahan bergegar satu badan. Anak-anak dalam keadaan teruja sebab pertama kali dapat merasai pengalaman menaiki kenderaan di off road. Bukan budak je, aku pun sama.
Tapi kan, bersiap sedia la dengan rasa keadaan tidak selesa sepanjang perjalanana. Memang akan kematu bontot oi. Bila jumpa batu berbonggol pasti badan melompat-lompat. Cuma, takde la rasa lama sangat sebab ralit tengok keadaan sekeliling yang menghijau. Paling teruja bila kereta mengharungi sungai. Perasaan kagum tu terpancar jelas kat muka anak-anak.
Akhirnya perjalanan yang mengambil masa selama 40 minit telah tiba di Lubuk Beruk. Sampai serentak dengan peserta daripada guide lain. Nak ke tandas ke, nak beli air atau sewa kasut kena kat sini. Agak-agak kasut tu macam tak sesuai, baik sewa jela. RM3 je pun. Air 100 pun ada.
Lebih kurang 10 minit je kat Lubuk Beruk tu, kami dikehendaki menyeberangi Jambatan Pelangi. Kata peserta sebelum ni yang pernah datang ke sini, jambatan tu belum dibina. Di awal perjalanan dah kena lalui sungai. Seronok katanya. Ni macam dah kurang sebab kena lalu jambatan. Ok je bagi aku. Sebab takmau basah kasut lagi. Haha
Perjalanan ni mengambil masa 30 minit berjalan kaki. Tak perlu tergopoh gapah. Tapi perlu cepat. Pelik. Sebab kami semua berkejar nak tengok pelangi pada pukul 9 pagi.
Hari kami pergi ni merupakan hari Jumaat. Orang yang datang kebanyakannya dari Terengganu dan Kelantan sebab belah sana dah mual bercuti hujung minggu. Jadi, orang tak berapa ramai lagi. Takde la kami bersesak nak ke atas.
Bila dah tiba di kawasan berbatu jeram ni, kasut dah mula tak grid. Perlu lebih berhati-hati agar tidak terjatuh. Batu tu berlumut teruk. Memang boleh gelungsur ke bawah. Aku punya kasut memang tak cengkam. Sedap tergolek weh…. Orang belakang aku pun sama. Sakit tu tak rasa. Malu tu yang menguasai segalanya. Haha…
Kami tiba jam 8.55 pagi. Pelangi dah mula menonjol di hadapan air terjun. Teruja weh. Biasa tengok pelangi tu dari jauh. Ni depan mata. Tepat jam 9, pelangi kemain jelas dan terang. Lawa!
Posing la macam mana pun, latar belakang pelangi ni memang menampakkan kelainan dalam gambar. Cantik macam lukisan. Lawa macam skrin saver laptop. Yang bezanya ini adalah realiti!
Sejam je pelangi ni ada. Jam 10 dah hilang sebab matahari dah ke belakang air terjun. Tak puas. Tapi takpelah. Lama-lama buat apa jugak. Nak mandi lama-lama pun tak tahan sejuk. Sebelum pulang, kami dihidangkan dengan mi megi segera dan minuman bertenaga. Aku pilih nescafe. Baru umphh nak bergerak balik.
10.00 am – Kami dah bergerak balik semula ke Lubuk Beruk. Sedih pulak. Kelihatan pelangi tu lama-lama makin mengecil dan menghilang. Selamat tinggal pengalaman. Semoga menjadi kenangan buat kami sekeluarga.
Jangan lupa untuk SUBSCRIBE! Share jika video ini boleh dijadikan panduan buat orang lain. Tq