Boleh ke keluar waktu wabak ni? Itu soalan yang biasa kita dengar kan bila mana kita dengar orang bagitau nak berurusan ke luar negara.

Seperti yang semua orang sedia maklum, sempadan telah ditutup akibat corona ni sejak 18 Mac 2020 lagi. Tapi kan, kalau betul la tutup, kenapa masih ada penerbangan keluar masuk di sempadan negara? Mengapa masih ada rakyat kita yang dibawa pulang? Yang bising makcik gelang pink slumber makan di restoran bukan ke geng kayangan yang baru balik obersi? Kluster Srivagangga tu pulak pakcik yang balik dari negara India.

Ini bermaksud, sempadan bukanlah dikatup rapat sepenuhnya. Kalau nak tahu, sempadan negara mula dibuka semula sejak Jun yang lalu. Hanya kepada beberapa golongan yang diberi kebenaran keluar. Itupun perlu memenuhi syarat-syarat.

La… Rugi la kan tak fly bercuti selama ni sedangkan sempadan dah lama buka. Nanti dulu. Kena baca syarat yang dirangkakan oleh Imigresen Negara Malaysia.

  1. Diplomat dan tanggungan (anak isteri)
  2. Pelajar yang menyambung pengajian dan yang baru mendapat tawaran pengajian
  3. Pelajar yang mengambil peperiksaan di luar negara
  4. Pemegang jangka pas panjang di luar negara
  5. Pemaustatin tetap, pas kerja dan pas residensi

Bagi tujuan MELANCONG DAN BERCUTI AMATLAH TIDAK DIBENARKAN.

Bagi rakyat Malaysia selain daripada dinyatakan tadi, hendaklah membuat permohonan di My Travel Pass.

  • Tujuan lawatan rasmi (mesyuarat dan persidangan)
  • Tujuan perniagaan, rawatan, perubatan dan kecemasan
  • Lain-lain

Lain-lain ni contohnya bagi bagi ahli keluarga mengikuti pasangan yang mendapat tawaran pengajian/berkursus di luar negara.

Semua permohonan ini perlu dihantar sebelum ke luar negara. Sila pastikan dokumen-dokumen seperti :

  • Salinan pasport
  • Surat jemputan untuk tujuan rasmi
  • Surat doktor / sijil kematian
  • Dan lain-lain dokumen sokongan

Contoh untuk lain-lain dokumen sokongan ni adalah daripada kedutaan negara berkenaan supaya dapat meyakinkan kepada pihak imigresen bahawasanya negara tersebut bersedia menerima kehadiran kita.

Kalau dah keluar kemudian rasa nak balik semula, kena apply balik di website Imigresen Malaysia

Semua proses ini hanyalah perjalanan satu hala sahaja. Ini bermaksud, anda tiada tiket kapal terbang untuk balik. Sekiranya anda berniat untuk kembali semula ke tanah air, anda dikehendaki membuat permohonan semula dari negara berkenaan.

Berjaya atau tidak akan diketahui setelah permohonan telah melalui mesyuarat di bahagian Imigresen Negara Malaysia. Ada yang secepat 3 hari, ada yang seminggu, dan ada yang menunggu selama sebulan. Bergantung kepada keperluan serta dokumen yang disertakan. Nasib la.


Kepada anda yang tergolong dalam senarai yang boleh ke luar negara, sila buat tindakan mengikut saluran yang betul. Jangan pula nak keluar, tapi lolos mengikut jalan tikus. Itu namanya mencari nahas. Tak baik.

Bagi bertujuan melancong, adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jadi, kena la tunggu arahan seterusnya daripada pihak imigresen yang menyatakan pintu sempadan bagi tujuan pelancongan telah dibuka. Bila? Wallahualam.

Diharap dapat membantu kepada yang berkenaan. All the best! Insya Allah. Kalau buntu jugak, boleh masuk berbincang dalam group Facebook Air Travel Support.

Video ini merupakan penerangan mudah tentang Tatacara Bagaimana Proses yang perlu dilalui semasa PKP Malaysia