TALK
Diari 6 – Proses tak ada penamat

Diari 6 – Proses tak ada penamat

Dah lama tak update diari. Mungkin terlalu fokus kepada channel Ralit di Youtube sehinggakan aku lupa yang ada perkara yang perlu dicatatkan agar tidak lupa di masa hadapan. Huhu

Sementara aku ada masa ni, aku nak ceritakan pasal sesuatu yang aku dan suami sedang usahakan tapi tak habis-habis. Apa benda yang dibuat tu aku perlu hold dulu. Macam belum sampai masa nak kongsikan.

Cuma nak bagitau kat sini yang aku dan suami melalui proses berurusan dengan orang yang tak pernah sudah. Bila contact si A contohnya, kena sembang makan masa. Kadang tu sampai berhari-hari. Selesai dengan A, barulah beralih kepada B. Ini pun dah bertambah berhari-hari lagi. Kemudian selesai, jumpa si C pulak. Si C ni bukan ada selalu. Kena buat appointment dan pergi pandu kereta sejauh 200 km. Sampai sana nak kena tunggu berjam-jam baru boleh jumpa.

Tak habis kat situ, pergi berurusan rentas negeri pulak. Ini lagi leceh bila mana kena berurusan dengan pejabat yang sangat besar. Memang SOP kemain lagi. Nak kena formal. Merayu…

Semua proses ni dah masuk 3 bulan tapi taktau bila noktahnya. Letihnya menunggu Allah je tahu. Nak desak memang tak boleh. Umi aku cakap, bila membabitkan dengan orang ni memang kena banyak sabar.

Entah bila la satu-satu proses ni boleh dipercepatkan. Nak terus jump pun tak boleh sebab itu sahaja jalan yang ada. Lebih-lebih lagi kalau dah termaktub sebagai kakitangan awam.

Untuk sesiapa yang sedang dalam situasi berurusan dengan orang ni, bawak-bawak la bertenang. Hati kena cool agar mimik muka dan nada suara sewaktu berkomunikasi dengan orang yang berurusan tu dalam keadaan terkawal. Takde la perbualan penuh dengan sandiwara kan.

Kalau tengah beremosi sangat, jangan sesekali cuba nak berkomunikasi dengan orang yang berjawatan. Lagi-lagi yang tidak dikenali. Biar otak tu dah waras barulah berjumpa. Kalau dah stress tu, carilah orang yang boleh mendengar. Contohnya suami atau mak.

Memang mereka tak boleh bantu dalam mempercepatkan proses urusan, tapi mereka boleh membantu dalam meleraikan rasa kusut dalam minda.

Apa masalah pun, kita tak boleh lari. Berhadapanlah dengan masalah dengan cara menyelesaikan. Itu yang lebih baik berbanding lari dan meninggalkan masalah tu terperuk di lubuk hati. Sakit woo….

Ok la. Sembang kosong je ni. Semoga semua kita dalam keadaan baik-baik aje dan sentiasalah menjaga emosi dan fizikal agar memperoleh kesihatan yang cemerlang. Assalamualaikum

:: This is our Ohsem Journey ::

Diary no. #06

Tags :

Leave a Reply