TURKIYE
Pertama kali bermain salji – di Istanbul, Turki

Pertama kali bermain salji – di Istanbul, Turki

Setakat yang aku duk bersembang la kan, ramai yang simpan angan-angan nak main salji. Termasuklah aku. Hehe Aku sekeluarga hunting salji ni sejak tahun 2016 lagi. Sejak anak dua, sehinggalah keluar anak tiga. Akhirnya Allah makbulkan juga impian kami.

Alhamdulillah. Allahuakhbar. Subhanallah.

Bayangkan selama ni kami hanya pandang je dari jauh gunung bersalji tanpa memegang. Untuk di bulan Januari 2021 ni, tiba-tiba salji turun di kawasan rumah kami. Kalau nak diikutkan kata orang tempatan, sudah 4 tahun salji tidak turun memenuhi bumi Istanbul. Kalau ada pun, di udara masih salji. Cecah je lantai bertukar menjadi air.

Setiap hari kami semak ramalan cuaca di Istanbul dan berharap salji turun dengan lebat. Kalau di negeri Turki yang lain Dan kali ini, terbukti ramalan tepat!

Jam 6 pagi lagi kami bangun semata-mata nak tengok salji pertama turun dari langit. Sengaja kami kuncikan masa supaya tidak terlepas.

Apa lagi, mana puas lihat di jendela je. Berlari kami mengambil jaket tebal untuk disarungkan supaya tidak sejuk apabila berada di luar rumah.

Bayangkan hanya kami berlima sahaja melompat kegirangan di jalanan. Kah! Orang yang lalu lalang ketika itu berjalan laju untuk lari daripada kesejukan. Dapat kat kami, tersengeh-sengeh teruja.

Eleh, jangan kata aku je. Korang yang pertama kali konpem sama macam kami ni. Kita lahir di negara dua musim je tau. Panas dan hujan. Salji ni memang tak mungkin di Malaysia.

Menjadi lumrah orang yang tidak pernah merasai akan jadi jakun. Hahahaha

Salji yang turun tu merupakan air hujan. Tapi disebabkan terlalu sejuk, air hujan itu membeku. Salji tu bila terkena baju dapat jelas kelihatan bentuk ais yang sangat menarik. Sama macam simbol cerita Frozen tu.

Kecik je tau. Tapi memang jelas terbentuk. Memang hebat ciptaan-Nya. Bila terkumpul di bawah, jadilah timbunan salji. Itu yang boleh amik dan gumpal main baling-baling.

Ouh lupa. Main salji ni macam main air. Anda akan basah. Eloknya, jangan biarkan kulit terdedah terlalu lama. Sakitnya seperti mencucuk-cucuk. Pastu hilang deria. Kebas tangan sampaikan scroll di skrin telefon pun tak rasa.

Kasut pun sama. Pakailah kasut kalis air. Kami punya semuanya sport shoes. Air masuk dalam kasut sehingga basahkan stokin. Di hujung jari kaki cepat menjadi kebas. Sakit nak berjalan.

Jadi, kesimpulannya, pakaian dari kepada sehingga ke hujung jari kaki mestilah sempurna dan bersesuaian dengan bermain salji. Kami takpelah sebab sejuk yang amat je boleh lari masuk rumah. Dua minit pun dah sampai dan tercongok depan heater.

Aku tak boleh bayang kalau kami bermain salji waktu travel. Pakaian tu langsung tak proper. Tahan ke nak main salji lama-lama?

Ni kira nasib salji turun di kawasan rumah. Kemudahan alat pemanas tu ada. Pastu, takde la nak merayap lama kat luar. Main kejap, lari masuk. Rasa nak main lagi, boleh je keluar bila-bila masa.

Nasihat daripada orang yang pertama kali main salji ni, kepada yang nak sangat main salji, bolehlah datang cuba. Tahan tak tahan sejuk tu, bergantung pada diri sendiri.

Bagi aku, tak sejuk sangat kalau pakaian yang sesuai. Siap berpeluh lagi sebenarnya. Sebab kita aktif di luar. Jadi badan sentiasa aktif. Main baling-baling salji penat tau ?

Patut ke cuba? Ya! Sangat berbaloi untuk merasai pengalaman sentuh salji ni. Pastu nak cuba lagi ke tak, terserah. Kalau tanya aku, rasa nak duduk di negara bersalji selama 6 bulan tak cair-cair. Hahaha

Ni video kami yang jakun semasa main salji. Aku harap korang jangan la judge melampau kami. Dah begini rupanya kami teruja. Korang aku taktau. Mungkin sepi je ke pandang ke langit. Atau hanya berjalan-jalan seperti ke mall.

Aku taktau. Sebab kita lain-lain cara meluahkan perasaan. Bye!

4 thoughts on “Pertama kali bermain salji – di Istanbul, Turki

Leave a Reply