TURKIYE
BERHIJRAH ke LUAR NEGARA – a.k.a Migrate Istanbul, Turki

BERHIJRAH ke LUAR NEGARA – a.k.a Migrate Istanbul, Turki

Orang Malaysia trigger betul dengan perkataan migrate ni. Bila cakap nak migrate, otak mereka generate pindah dari Malaysia dan tinggal ke luar negara selamanya. Tepuk dahi aku dengan mereka ni.

Sebelum masuk isi entri, aku terangkan sikit maksud perkataan English iaitu Migrate ni ke Bahasa Melayu. Mengikut Kamus Bahasa dan Pustaka adalah pindah. Pindah juga membawa maksud berhijrah. Erti kata lain, beralih dari satu tempat ke tempat yang lain. Tidak kira la orang, haiwan, barang, atau bijih benih. Semuanya betul.

Dah. Cukup la aku terangkan kesamaan tiga perkataan tu. Masuk balik topik asal. Bagaimana kami keluar negara, iaitu TURKI.


Kisahnya macam ni. Aku kenal suami sejak zaman belajar lagi. Bercita-cita nak sambung belajar luar negara bersama-sama selepas habis diploma 15 tahun lepas. Entah macam mana, kami lupa impian tu selepas menjalani kehidupan berkeluarga, bekerjaya seorang pendidik dan melanjut pelajaran dalam ijazah secara PJJ selama 4 tahun.

Tidak langsung teringat impian tu sehinggalah pada akhir tahun 2015 kami buat keputusan on the spot buat pasport dan menyeberang ke negara jiran, Thailand dengan menaiki keretapi. Bila dah keluar on the spot, perancangan dan persediaan ke laut.

Banyak azab daripada gembira yang kami dapat waktu travel tu. Aku taknak cerita pengalaman tu. Tapi kalau berminat nak baca boleh dapatkan e-book Tren Ni Pergi Bangkok Ke?

Balik je daripada travel, kami dah mula rindu nak travel lagi. Ketika tu azab, kemudian bila balik terasa perit. Lepas seminggu jadi kemaruk. Haha

Bulan 4 kami booking tiket pergi Tokyo Disember 2016. Tahun 2017 pulak pergi Acheh, Beijing dan Hohhot. Di tahun 2018 tengah mengandung 7 bulan road trip ke Koh Samui. Dapat baby pergi ke Manila dan Cebu pulak. Masuk tahun 2019 kami ke Bromo, ke selatan Thai dan Chengdu.

Dalam tempoh itulah kami ada tertanya, kalaulah kita tinggal kejap luar negara, best jugak kan? Sebelum lahirnya Niqrisa tu lagi kami dah decide nak keluar travel full time. Tapi, terpaksa hold dulu hajat tu disebabkan baby. Sehinggalah kami decide sekali lagi di tahun 2020. Sekali lagi, wabak covid-19 menjadi wabak pandemik.

Nampak tak susahnya nak kejar impian?

Sempadan negara Malaysia tutup. Tidak dibenarkan keluar negara melainkan menerima tawaran kerja atau sambung belajar. Kami mencari universiti yang mampu kami self funding. Nak dapat biasiswa jauh sekali. Ingatkan nak amik sijil Skills atau bahasa je. Tapi, rupanya dalam peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak membenarkan.

Lagipun, biarpun suami nak bayar sendiri dan tanpa tajaan, suami perlu jugak menanda tangani surat perjanjian. Kiranya ada kontrak dengan kerajaan. Jika melanggari kontrak, suami akan dikenakan kontrak.

Kontrak suami dengan kerajaan adalah setahun sambung belajar. Jika gagal atau tidak habis belajar, perlu membayar 25 ribu ringgit Malaysia. Fuh… Sekiranya ada pelanjutan pengajian, perjanjian membenarkan hanya 2 kali sahaja. Kali ketiga dikira terbatal.

Jadi, kakitangan kerajaan tidak boleh sesuka hati cuti tanpa gaji. Perlu menerusi pelbagai peringkat untuk mendapat kelulusan. Yang paling kami tak suka adalah terikat.

Tapi, apa lagi pilihan yang ada. Suami terima dan menanda tangani perjanjian tersebut.

Maka, bermulah episod jual rumah, kereta, perabot dan segala harta yang ada. Kenapa jual sedangkan nak migrate tak sampai setahun? Sebab kami taknak komitmen bayaran bulanan. Lagipun, kami nak tinggalkan berbulan tanpa ada orang tengokkan. Huh, tak sanggup rasanya.

Kami nak free commitment bila berada di luar negara. Taknak jugak bergantung dengan sesiapa.

Dah, kalau balik nanti nak duduk mana? Kami fikir nak menyewa je lepas ni. Kalaulah kami ada rezeki tinggal di luar sekali lagi dalam masa terdekat, kami tak perlu mengharungi proses jual rumah kali kedua. Tak sanggup.

Korang nak pindah rumah pun bukan main penat. Inikan nak jual keseluruhan termasuk isi dalam rumah. Bercabang kepala kami. Dah tak macam orang kami dalam tempoh sebulan tu sebab kena buat macam-macam persediaan.

Aku tak berapa pandai bercerita. Lebih suka shoot video je. Sebab lebih mudah dan jelas. On je kamera, boleh tengok segala perjalanan proses kami nak berhijrah.

Aku bahagikan kepada 6 episod dengan berlainan durasi. Di dalam video ini aku tunjukkan satu-satu proses yang terpaksa kami lalui.

Penuh dengan tenaga, keringat dan air mata… Hal ni hanya yang melalui je tahu bagaimana rasa. Kami buat ni pun sekadar nak timba pengalaman. Takpe la sekejap pun. Sekejap pun perlu buat.

Lain dengan apa yang dibaca, yang didengar. Aku masih lagi teringat setiap peristiwa yang dilalui. Bila aku rakam dan siar ni lagilah sebak dan sendu.

Hanya sebuah pengalaman tidak seberapa bagi orang lain. Tapi, memberi impak yang sangat besar dalam hidup aku sekeluarga. Aku post entri ni bertarikh 8 Feb 2021. Perasaan rindu berjauhan dengan rutin dan tanah air sudah makin menebal.

Aku tak janji akan genap setahun tinggal di Istanbul ni. Kalau kami tak suka, kami akan buat keputusan lain. Entah balik, entah ke tempat lain. Yang pasti, keputusan yang dibuat bukan desakan atau cadangan daripada sesiapa.

Kami sendiri putuskan, kami sendiri perlu tanggung. Seronoknya, kami bebas mengatur hidup tanpa memikirkan apa orang kata. Bahagia kita yang rasa.

Baik, cukuplah ya. Aku letak link youtube di bawah ni agar senang korang berhajat nak ke luar negara tu lalui pengalaman kami ni dulu menerusi tontonan.

Persediaan pindah ke Istanbul Turki – Episod 1

Persediaan pindah ke Istanbul Turki – Episod 2

Persediaan pindah ke Istanbul Turki – Episod 3

Persediaan pindah ke Istanbul Turki – Episod 4

Persediaan pindah ke Istanbul Turki – Episod 5

Persediaan pindah ke Istanbul Turki – Episod Akhir

Harap boleh la tekan butang SUBCRIBE di channel Ralit tu. Kalau suka, bagi LIKE seketul. Tak suka nak balik UNLIKE pun aku senang hati terima. Sekurang-kurangnya aku tahu apa yang aku perlu perbaiki. Yang follow aku tu, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Lagi semangat nak bina content.

Apa pun, kita rancang dan usaha nak dapatkan apa yang kita nak dulu. Yang akan approve kita punya usaha ni hanya Allah je. Kalau tak dapat, usaha lagi. Dia tahu bila waktu terbaik buat kita.

Aku dan suami pun, taktau la kekal lama mana kat Istanbul ni. Kot betul ke setahun taktau. Balik awal ke, extand lagi ke, migrate ke lain ke, wallahualam.

3 thoughts on “BERHIJRAH ke LUAR NEGARA – a.k.a Migrate Istanbul, Turki

Leave a Reply