Sewa kereta buat road trip round Turki – [Istanbul – Ankara] #ep1
Panjang tajuk pun. Ya. Sebagaimana panjangnya kisah yang bakal dikongsikan di blog ini. Aku lebih suka simpan pengalaman yang berlaku untuk aku olahkan dalam bentuk penulisan atau video. Ada je ad-hoc update di FB atau IG akaun Nhazla Fikri. Tapi, untuk yang lebih terperinci, sebaiknya aku karangkan di sini.
Ikuti kisah dan pengalaman aku sendiri, 5 sekeluarga dengan menyewa kereta dan melakukan trip selama 6 hari yang bermula di Istanbul – Ankara – Cappadocia – Eskişehir – Bursa – Istanbul. Jumlah keseluruhan pemanduan ini adalah 1527 km, yang memakan masa hampir 20 jam perjalanan.
24 Disember 2020
Semalam dah mesej dengan Omar untuk ambil kereta di Bagcilar pada pukul 10 pagi. Jadi, elok la keluar awal sejam memandangkan Istanbul ni sentiasa sesak dengan kereta. Untuk elak daripada lewat sampai, maka pukul 8.30 pagi dah Azizi dah keluar rumah. 1 jam 30 minit awal.
“Kena campur masa sesat cari tempat lagi” Kata Azizi, suami aku.
Sementara Azizi keluar mendapatkan kereta sewa, aku uruskan hal dalam rumah. Bermula dengan menyediakan sarapan, siapkan beg pakaian dan juga bekal makanan. Perlu diurus dengan baik sebab taknak timbul sebarang masalah sewaktu bermusafir.
Sementara aku berehat kejap daripada duk menyiapkan segala hal, aku baru teringat nak tanya suami aku melalui Whatsapp tentang keberadaan terkininya. Kot la sedang breakfast sorang diri ke, atau masih sesat mencari tempat.
Sapa dh ko be? Ringkas soalan aku.
Baru sapa. Xjupo opis dio. Pah bleh wat tanyo hari ni ko? Jeng molek. Balas Azizi.
Nak aku tulis satu-satu isi perbualan dalam mesej tu memang tak mungkin la kan. Dah la loghat Kelantan, panjang pulak dengan ringkasan short form. Haha Aku ringkaskan la.
Pejabat ni patut buka pukul 10 pagi dan kelmarin pun dah janji nak jumpa waktu ni. Dan tau tak, Si Omar ni datang hampir ke pukul 11. Kemudian, dengan slumber cakap tak boleh drive keluar dari Istanbul.
Apa???! Ko ingat kami sewa 6 hari sebab nak pusing dalam bandar Istanbul je ke? Itu la aku nak balas kalau Omar tu kat depan. Sayangnya, suami aku yang ada kat sana. Geram weh!
Kemudian, dia keluarkan alasan lain bagitahu yang jalan ke sana teruk. Bahaya la drive lama-lama. Concern gila kan rental car sini. Terharu sangat. Dan 1001 alasan keluar untuk menidakkan kami daripada menyewa kereta dia.
Aku bagi cadangan tunjuk itinerari supaya dia lebih jelas akan perjalanan kami.
Dia setuju dengan syarat bayar 6000 TL dulu hari ni sebagai jaminan. Kalau balik dengan selamat, wang akan dipulangkan 3000 TL beserta 1200 TL dan 1000 deposit. Bila ditolak semua tu, mana lagi tak cukup 800 TL? Dia diamkan je. Maksudnya apa? Tong sampahkan duit ke tekak dan perut dia.
Aku dah bengang gila. Kalau kat depan, mau aku blah macam tu je. Tapi, Azizi tetap nak sewa jugak. Dapat 3 hari pun jadilah katanya. Nak ke Bursa sahaja. Kira hotel di negeri lain dah ter cancel. Aiyooo… Aku dah hilang mood. Dah la hotel di Cappadocia tak boleh refund.
Tapi, bila pasangan dah bersungguh, takkan kita berkeras taknak kan. Jadi, aku setuju. Tadi Azizi dah keluar dari kedai Omar tu. Tup, tup, masuk mesej bagitau bayar deposit 3000 TL kira setel. Eh, tadi nak 6000 TL. Tak rasa fishy ke?
2000 deposit nga sewa. Tukar plok. Mesej Azizi kat aku.
Block terus. Bo berurusan. Aku balas balik.
Dah namanya penipu, memang akan usahakan jugak nak duit orang secara percuma. Kalau kami teruskan juga sewa dengan Omar ni, alamatnya deposit tu akan hangus. Sewa harian tu kira asing pulak. Tak termasuk lagi dengan penipuan waktu hantar kereta balik. Mesti akan bagi helah tentang calar situ sini. Biarpun kita tak buat.
Senang cerita, JANGAN SEWA!
Anak-anak taktau lagi ni. Aku tengok budak-budak ni bukan main teruja tunggu kat ruang tamu. Masing-masing dengan pakaian yang dipilih sejak kelmarin. Aku tak sampai hati nak sampaikan berita abah tak jadi sewa kereta.
Beg-beg pakaian tersadai tepi dinding. Kertas itinerari dah siap print out. Bekal makanan pun tak elok simpan sampai esok.
Tiba-tiba bunyi loceng rumah. Melompat anak-anak ke depan sebab nak bukakan pintu kat abah.
Saat tu kan, aku taktau nak kata apa. Sedih sangat. Air muka abah tenang je. Waktu tu jugak la anak-anak tau yang road trip hari ni tak jadi. Kemudian kami terangkan apa yang terjadi supaya mereka lebih jelas mengapa semua ini berlaku.
Jahatnya Omar tu. 4 hari deal dengan dia. Boleh dia buat macam ni. Aku doakan dia berada di situasi kami nanti. Biar rasa sebagaimana kami lalui. Doa orang teraniaya ni munajat. Tapi, macam tak baik pun ada doa macam tu. Macam takkan habih perasaan balas-membalas ni.
Jadi, aku serahkan kepada Allah swt. Biar Dia sahaja aturkan apa yang perlu dikenakan kepada Si Omar ni. Semoga aku sekeluarga tidak ditemukan lagi dengan penipu. Amin, Ya Allah.
“La, kalau ikut baca di group BBM ni, boleh sewa kereta dengan DAB Rental Car. ” Kata Azizi sedang berusaha mencari kereta untuk disewa.
Aku pun berbelah bahagi. Mood nak jalan-jalan dah hilang. Tapi, dalam masa yang sama, beg di dinding tu aku belum kemas lagi. Kalau jumpa kereta, mood tu datang balik kot. Beg tak simpan lagi ni boleh terus angkut jela.
Sekali lagi kami berjanji dengan anak-anak yang esok kita pasti akan keluar buat road trip.
25 Disember 2020
Alhamdulillah! Abah balik bawak kereta Fiat Fiorino putih dengan isian diesel. Muat la untuk kami 5 sekeluarga. Seronok betul. Kali ni takde drama macam Omar kelmarin.
Beg segala dah siap sejak kelmarin lagi. Apa lagi? Angkut masuk kereta la!
Kami bergerak jam 2 petang memandang Azizi pun mengambil masa yang lama memandu pulang kereta dari DAB Rental Car tu. Jalan di Istanbul ni kecil dan sesak. Ditambah pula pemanduan di sebelah kiri. Tak mudah nak tukar bila dah 20 tahun biasa pandu belah kanan.
Alah bisa tegar biasa!
Selepas 2 jam pemanduan di jalan raya, he rock it! Itupun waktu dah masuk highway. Jalan dah luas kan. Beza dengan drive celah bangunan dan jalan berbukit.
Jam 5.44 petang kami tiba di Gölköy Dam yang merupakan tasik sebelum memasuki Bandar Bolu. Ingatkan sampai siang. Rupanya tiba ngam dengan waktu Maghrib. Gelap dan tak nampak sangat pemandangan waktu ni.
Terlalu sejuk dan tak ada apa boleh dibuat di sini, kami pun mengambil keputusan meneruskan perjalanan ke Bolu.
Kami singgah di Bolu sebab nak beli makanan di McDonald’s. Tak boleh dine-in sebab curfews daripada kerajaan Turki. Jadi, kami beli bungkus dan makan dalam kereta. Di parking McD tu jugak. Lapar betul. Seharian ni makan roti 2 keping cicah sup dan coklat biskut je.
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Ankara.
Sepanjang perjalanan ke Ankara, kami perhatikan ada salji di tepi jalan. Kami ni bukan main bersorak gembira. Jakun betul. Ni la salji paling hampir kami lihat. Biasa tengok jauh nun di gunung. Sayangnya, hanya tengok. Nak berhenti memang tak boleh la sebab kami atas highway. Ditambah pula dah gelap. Siapa nak keluar dengan suhu 1° c kan waktu malam tepi jalan. Gila tengok salji boleh terima. Buat kerja gila taknak aku.
Keluar je dari pintu keluar highway ke Ankara, polis ada buat sekatan untuk memeriksa setiap kenderaan yang ingin masuk ke negeri berkenaan.
Seriau jugak.
Sebab malam ni merupakan bermulanya total lockdown di seluruh Turki. Tapi, arahan ini hanya terpakai kepada rakyat dan pemegang permit kerakyatan sahaja. Pelancong dibenarkan ke mana sahaja tanpa sekatan.
Pun begitu, kami ada jugak rasa berdebar. Padahal semak pasport je pun. Kemudian kami dilepaskan dengan mudah.
Cuak tu tak payah cerita. 3 kali kami bertemu sekatan. Terakhir sekali berdekatan dengan hotel. Kami sampai pukul 10.30 malam. Gara-gara sekatan polis. Jem sepanjang jalan.
Penatnya, Ya Allah…. Patutnya 5 jam je ke Ankara. Dah jadi 8 jam 30 minit jumlah masa keseluruhan pada hari ini.
Walaupun penat, ini adalah pengalaman baru buat kami. Pengalaman sewa kereta, kes ditipu, memandu di negara orang, pemanduan belah kiri, road block, lockdown dan macam-macam lagi.
Jadi, cukuplah setakat ini. Baru satu episod. Panjang lagi patutnya diceritakan. Kena simpan jugak untuk dikarangkan dalam ebook Roadtrip Turki pulak.
Kereta rosak semasa road trip ke Cappadocia – [Ankara–Gerome] #ep2
Tapi, kalau tak puas, boleh la layan dulu ebook Train ni pergi Bangkok ke? dan beli di Shopee. Klik BELI dan dapatkan ebook berbentuk ePUB.
Ebook ini mengisahkan pengalaman keluarga yang pertama kali keluar negara bersama-sama anak ke Bangkok Thailand melalui jalan darat iaitu dengan menaiki keretapi dari KL Sentral hingga ke bandar Bangkok. Perkongsian pengalaman dan tips persediaan bagi ibubapa untuk merancang dan menguruskan anak-anak semasa mengembara. Ebook ini sesuai bagi menambahkan inspirasi kepada ibubapa yang mempunyai keinginan untuk mengembara tetapi terhalang disebabkan kerisauan kepada anak-anak kecil.
Dah, beli tau!
- Pengembaraan satu family ke Guangzhou, China
- Percayalah, Allah is the best planner
- Naik teksi di China dengan Didi Apps – Greater China
- Apps perlu download sebelum travel ke China
- Naik teksi di China guna Aplikasi Didi