Pengalaman tengok Dinosaur di Zoo Mini Teruntum Kuantan
Kami mengunjungi Zoo Mini Teruntum Kuantan pada 24 Disember 2021 iaitu pada hari ketiga pembukaan Dinosaur Encounter. Ternyata, satu pengalaman yang mengembirakan buat anak-anak kami.
Bagi pengunjung yang ingin melihat dinosaur ini, anda perlu hadir seawal 7.30 malam. Kami pun dah terpacak di luar pagar selama 30 minit awal sebelum kaunter dibuka. Nasib baik kami boleh solat jamak. Hihi
Dan kenapa pergi malam dan bukan siang hari? Kerana kami ingin menikmati WILD NIGHT ADVENTURE!
Kepada warga Kuantan terutamanya, bolehlah solat di kawasan masjid berdekatan bagi mengelakkan daripada beratur panjang dan ketiadaan tempat parking kereta.
Harga Tiket Masuk
Dewasa = RM25
Kanak-kanak (4 – 12 tahun) = RM22
Kanak-kanak (3 tahun ke bawah) = Percuma
Warga Kuantan = RM15 (Tidak termasuk T-Rex Cage & Immerse Explorer)
Sekiranya anda ingin cepat, bolehlah membeli terus di aplikasi Shopee. Takde la nak kena beratur panjang, dan menunggu giliran nak masuk ke dalam kawasan. Kami yang merupakan pengunjung kedua ni pun, macam lama jugak la nak dapat masuk.
Mujurlah juga. Bila mana menjadi pengunjung terawal ni, kami dapat luang masa yang lama untuk bermain di Immerse Explorer. Lebih 30 minit rasanya bermain tanpa ada gangguan pengunjung lain. Ada beberapa permainan disediakan sekiranya anda membeli harga tiket penuh.
Tempat seterusnya pula adalah taman yang dipenuhi dengan replika pelbagai spesis dinosaur. Saiznya pun besar dan tinggi. Siap ada yang gerak-gerak lagi.
Pengunjung turut disajikan dengan persembahan pentas seperti persembahan api dan joget comel oleh maskot dinosaur.
Replika T-Rex atau nama penuhnya Tyrannosaurus dipagar khas menunjukkan simbolik bahawa spesis dinosaur ini adalah yang paling ganas. Paling mengejutkan apabila kami mengetahui yang T-Rex ni merupakan spesis burung. Ganas kemain ko ya dulu. Dulu pemangsa, sekarang spesis ni dah dikomersialkan sebagai sumber makanan iaitu ayam. Haha
Kenapa burung ya dan bukannya reptilia? Haa… Jika anda ingin menambah ilmu pengetahuan tentang dinosaur ini, boleh la mengunjungi sendiri ke Dinasour Encounter di Zoo Mini Teruntum yang terletaknya di bandar Kuantan!
4 thoughts on “Pengalaman tengok Dinosaur di Zoo Mini Teruntum Kuantan”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Salam puan, boleh minta link shoppee utk
Pembelian tiket?
Utk warga emas harga tiket sama dgn dewasa ke?
Waalaikumsalam. Tak ada. Saya cuba search selepas pergi. Ada je tiket dijual. Saya harap puan boleh buat carian sendiri. Maafkan saya
dino ni elok pi siang ke mlm?
siang pun boleh puan tp bezanya siang nya panas. malam ok ckt sejuk.