TRAVEL
Travel DIY dengan cara kami

Travel DIY dengan cara kami

Mudah je travel DIY ni jika tahu cara. Kami pun zero jugak sebelum ni. Dengan takde bahan rujukan yang banyak pada waktu awal travel dulu, kami banyak belajar daripada pengalaman. Walaupun pengalaman adalah guru yang terbaik, sebaiknya, amik tahu dulu daripada pengalaman orang lain. Nanti, bila dah alami, barulah nampak cara untuk diri sendiri.

Apa pun, banyak soalan diterima seperti bagaimana, bila, macam mana dan apa yang perlu buat untuk travel diy ni? Meh baca dan tengok link video yang aku kongsikan supaya mudah faham.

1. BELI TIKET FLIGHT

Tiket flight ni paling mahal. Beli yang ni dulu seawal berbulan lamanya. Peel airways ni, makin lambat fly, makin murah. Bila dah menghampiri tarikh, harganya boleh kering poket.

Perlu dapatkan tiket dulu supaya ada perasaan pasti akan jejakkan kaki. Takde la duk berkhayal saje kan.

Nak murah? Jangan tetapkan tarikh dan tempat. Biar fleksibel. Percayalah, harga murahnya pun macam khayalan. Kami pernah dapat percuma. 5 beranak plak tu!

2. TEMPAT MENARIK

Dah ada tiket, search la tempat menarik kat negara bakal pergi tu. Taip je kat google atau youtube. Macam-macam cadangan akan dapat. Boleh tahan nak senarai. Cuma, kena pandai manage la. Hari pertama kat mana, kedua pergi mana pulak.

Lagi satu, kena pandai guna keywords. Contohnya, attraction place, best place dan what to do. Taip dalam Bahasa Inggeris. Berlambak pilihan. Tapi, bila dalam BM, krik… Krik…

3. PUBLIC TRANSPORT

Semak dulu macam mana nak ke tempat menarik tu. Nanti kang takde public transport. Takkan la nak jalan kaki. Menumpang? Kalau orang nak layan. Hitchhike ni orang tempatan tak berapa nak suka. Dia akan cop kita penjahat. Biarpun anda senyum semanis gula sekalipun.

Tapi, tidak mustahil ada yang baik hati membantu. Bagi yang nak hitcthiking, anda kena banyak bersabar.

Boleh semak jadual bas di laman web rasmi negara sana.

4. ITINERARY

Google maps atau rom2rio ni adalah satu platform yang paling aku suka buat itinerary. Boleh nampak semua titik perjalanan aku sekeluarga. Banyak membantu. Cubalah!

5. HOTEL / TEMPAT PENGINAPAN

Dapatkan tempat penginapan berdekatan dengan tempat anda nak kunjungi. Buat rugi booking hotel jauh-jauh. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit pengangkutan.

Kalau nak ikutkan, memang la murah hotel bila berada di luar bandar atau tempat tumpuan ni. Masalahnya, tidak berbaloi. Melainkan anda memang suka macam tu. Terpulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.