Apartment Midhills Genting Highlands Malaysia
Setiap kali cuti sekolah, ramai yang pening kepala fikir nak bercuti ke mana. Bila dah ada anak ni, nak jugak bawak mereka pergi jalan-jalan, kan. Takkan la nak duduk rumah je sepanjang bercuti. Kesian jugak mereka. Kita pun, nak release daripada kesibukan kerja, dan bonding mesra bersama anak-anak dan ingin merasai tempat yang biasa kita lalui hari-hari.
Apa kata, anda cuba bercuti ke Apartment Midhills Genting Highlands. Tempat penginapan ini tidak berada di puncak bukit. Cuma di pertengahan jalan ke sana sahaja. Jika dari Genting Sepah ke GPO (Genting Highlands Outlet) anda akan ternampak satu pekan kecil terletak di sebelah kanan jalan. Jika yang dah biasa ke Genting sebelum ini, tempat ini tidaklah jauh.
Kawasan sini masih lagi bersuhu dingin. Tapi tidak la sejuk sehingga perlu pakai sweater. Suhu sedap-sedap gitu. Tempat penginapan saya di sini tidak mempunyai air-conditioner pun. Sebab memang dah sedia sejuk. Kipas pun pasang paling perlahan. Selimut pun boleh tahan tebal.
Apa yang menarik, di sini lebih sunyi. Orang tak ramai pun. Mungkin tidak ramai yang tahu akan tempat sini. Anda boleh booking melalui mana-mana laman web rasmi. Untuk saya, saya lebih suka Airbnb kerana boleh berurusan terus dengan pemilik.
Facilities.
- Ruang studios
- Lengkap dengan dapur
- Kolam renang yang pelbagai usia
- Taman permainan
- Lobby hotel
- Parking yang luas dan banyak
- Ada guard
- Gym
- Dewan
- Jakuzi kolam
Untuk saya, saya lebih suka ke sini memandangkan sunyi dan sejuk. Betul-betul rasa santai. Takde nak sesak bagai dengan lautan manusia. Makanan mudah diperolehi. Hanya naik kereta je 5 minit. Makanan tidak semahal di puncak. Sama macam di tanah rata. Pasar malam pun ada.
Bagi yang ingin lihat keadaan apartment yang saya sewa selama 2 malam ini, boleh tonton pada video di bawah. Saya rakam untuk dilihat secara lebih jelas. Selamat bercuti!
- Pengembaraan satu family ke Guangzhou, China
- Percayalah, Allah is the best planner
- Naik teksi di China dengan Didi Apps – Greater China
- Apps perlu download sebelum travel ke China
- Naik teksi di China guna Aplikasi Didi