
Tips TRAVEL DIY – Nak mula dari mana?
Hoho… Kebanyakan yang mesej aku bertanyakan pasal macam nak travel diy. DIY adalah singkatan bagi Do It Yourself. Bermaksud, buat trip sendiri dari A sampai Z. Masalahnya, nak mula dari mana?
Aku cuma nak kongsikan berdasar pada pengalaman sendiri. Sememangnya trip kami selama ni hanya rancang berdua je. Bermula daripada booking ticket, cari hotel, buat route dan segala macam lagi perlu buat sendiri.
Berbalik kepada persoalan tadi, mana nak mula? Jom aku kupaskan satu-satu langkah pertama sehingga akhir mengikut cara kami!
1. BELI TIKET PENGANGKUTAN
Pertama sekali, beli tiket nak ke negara berkenaan dulu. Tak kira la apa jenis pengangkutan anda hendak ke sana, cari dan terus grab. Tetapkan jumlah hari sewaktu keberadaan di sana nanti.
Kapal terbang, train, feri atau bas, semua ini adalah kategori pengangkutan yang boleh membawa anda ke destinasi negara bakal dituju.
Kebanyakan negara mahukan pelancong menunjukkan bukti tarikh masuk dan keluar sempadan. Sekiranya anda menaiki pengangkutan yang tiada tiket pergi balik, anda perlu menyediakan bukti perjalanan seterusnya.
Bila dah beli, insyaAllah anda pasti pergi. Sayang la kalau nak burn duit tiket kan.
2. CARI TEMPAT MENARIK
Gali sebanyak mungkin apa yang menarik di negara bakal dikunjungi. Mulakan di sekitar airport dulu. Jarak airport ke tempat pertama bakal dituju ini perlu dekat. Ini kerana, tempoh perjalanan sebelum tiba amat memenatkan. Kita perlukan rehat yang cukup untuk refresh balik.
Tempat menarik boleh dibuat pencarian dengan menggunakan kata kunci / keyword seperti attraction, interesting to do, tempat menarik, best place, what to do, top place, pengalaman travel di (tulis negara) dan best travel destination.
Kami banyak guna keyword Bahasa Inggeris kerana banyak input yang dapat. Banyak blogger dan youtuber dari serata dunia lebih suka gunakan Bahasa Inggeris kerana boleh mengajak ramai pengunjung tidak kira asal negara mana ke akaun mereka.
3. PENUHI KEHENDAK
Ini susulan daripada point cari tempat menarik. Sila tentukan apa yang anda minat. Anda sahaja yang ketahui apakah kepuasan yang ingin dirasai semasa travel.
Mungkinkah anda seorang penggemar Sejarah? Kaki shopping? Food hunting? Sejenis Touch and go? Sukakan alam semulajadi? Minat yang slow and steady travel? OOTD traveler? Atau semua di atas? Hihi
Anda je yang faham kemahuan diri. Dengan memahami apa yang diri ni nak, mudah la cari tempat menarik tu. Sekiranya anda suka shopping, taip di google search Best Shopping place at (negara/negeri)
Pencarian lebih jelas. Keyword pun berfokus.
4. PENGANGKUTAN
Ini sangat penting apabila berada di negara orang. Anda kena tahu bagaimana anda akan ke sesuatu tempat dengan menaiki kenderaan apa.
Pastikan pengangkutan itu mudah ditemui, tahu jadual perjalanan serta kos tiket. Boleh guna mana-mana website Google Maps atau Rome2rio.
Perlu diingatkan, perkhidmatan teksi ni, tak kira di mana-mana negara pun pasti akan cuba mengambil kesempatan ke atas anda. Pastikan teksi tu bermeter atau telah tetapkan siap-siap harganya. Semak dulu ada atau tidak aplikasi teksi di negara tersebut.
Pengalaman kami, lebih selamat menggunakan perkhidmatan ramai orang guna. Iaitu bas atau tren. Trem dan feri pun okay. Jika ada. Selain daripada itu, anda perlu berwaspada.
5. HOTEL
Hotel / tempat penginapan boleh ditempah setelah senarai tempat dah ada. Tips yang boleh dikongsi di sini adalah :
- Cari hotel berdekatan dengan public transport.
- Bandingkan harga di setiap website seperti Agoda, Booking.com, Trivago, Airbnb dan lain-lain.
- Pastikan hotel berhampiran dengan restoren, kedai runcit dan pasar.
Dah, itu je 5 perkara penting perlu buat untuk Travel DIY. Dah lengkap maklumat ni semua, masukkan dalam jadual. Jadilah satu itinerari. Maksud itinerari : program sesuatu perjalanan atau lawatan (termasuk tempat-tempat yang dikunjungi)
Tambahan lain seperti kos perbelanjaan, Do’s and Don’t, makanan halal, tukaran duit asing, cuaca, pakaian, jadual solat dan lain-lain tu, hal kecil je. Boleh tambah seterusnnya.
Mungkin ada sesetengah menganggap kos perbelanjaan tu sangat penting dimasukkan dalam perkara penting untuk Travel DIY. Betul dan tak.
Adakah Travel DIY ni lebih menjimatkan? Bagi kami, ya. Jika anda pandai manage. Tapi kan, travel diy ni lebih kepada capai kehendak je. Macam kami, kami pergi dengan anak-anak. Tempat yang dikunjungi kebanyakan mesra budak. Lagipun, kami tidak tergesa-gesa dalam perjalanan. Kami boleh aturkan jumlah destinasi, tidak terikat dengan masa dan boleh tukar plan sesuka hati.
Itulag maksud memenuhi kehendak. Nakkan kebebasan seperti ini, kena kerja keras sikit. Perlu banyakkan research dan pembacaan. Semoga berjaya!
Happy travel semua!
- Ladang Bunga Matahari di Lopburi
- Beli tiket di Station Hua Lamphong Bangkok
- Trip Indochina – Sleeper bus dari Phnom Penh ke Bangkok // Day 6
- Trip Indochina – Killing Fields merupakan padang pembunuhan yang kejam di Kemboja! // Day 5
- Trip Indochina – Makan KFC di Phnom Penh, Kemboja // Day 4