TALK
DIY Pasang wallpaper pattern kayu

DIY Pasang wallpaper pattern kayu

Persiapan raya la paling seronok sebenarnya. Perasaan gembira yang membuatkann kita nak buat macam-macam untuk menyambut lebaran. Selain menyediakan juadah dan pakaian raya, suasana rumah pun kami titik beratkan juga. Lebih-lebih lagi kami sekeluarga yang tak boleh balik kampung merentas negeri akibat arahan PKPB.

Malas nak cat dinding, kami sepakat nak pasang wallpaper. Kami beli wallpaper ni di website Shopee. Berharga RM 4.99 sekeping bersaiz 70 x 70 cm. Murah dan buatan bahan yang baik bagi aku. Bukan nipis macam kertas. Ada span nipis. Glu sangat kuat. Sekali melekat di tangan, berketul dan susah ditanggalkan. Aku temui tipsnya dengan menyapu bedak pada glu di tangan. Jadi, glu tu dah jadi takde hal bagi aku.

Yang diperlukan semasa pemasangan wallpaper adalah :

  1. Dua orang yang boleh diharap
  2. Bedak (Telah dinyatakan kenapa)
  3. Benang
  4. Salotap
  5. Pensel, gunting dan pisau
  6. Plastik sampah
  7. Tisu basah
  8. Kesabaran dan kekemasan

KAEDAH PEMASANGAN

  1. Ukur dan tanda dengan menggunakan benang. Ukur saiz di wallpaper yang dah ada kat tangan (ukuran di jadual Shopee tak sama dengan yang sampai), barulah guna benang untuk ditandakan ke dinding.
  2. Ukur dengan spirit level (timbang air). Tarik benang sehingga ke hujung dinding yang bakal dipasang, dan tampal menggunakan salotap mudah cabut.
  3. Ambil satu keping wallpaper. Tarik sedikit kertas tertampal di belakang. Jangan cabut semua sekaligus. Susah nak kawal bila glu terbentang. Tanggalkan sedikit kertas di bahagian nak cantumkan dulu. Kalau aku, mulakan daripada tepi.
  4. Sorang tanggalkan kertas, seorang lagi tekapkan kertas wallpaper yang ada glu tu di dinding. Apa yang penting? Kerjasama!
  5. Tampal lurus mengikut bentang benang yang dah ditampal. Fokus pada benang. Guna kain untuk tekap. Kalau yakin, tenyeh pakai jari. (Untuk elakkan bubble atau berkedut)
  6. Selesai pasang satu keping wallpaper, ulang semula Langkah 1 – Langkah 5 sampai hujung dinding.
  7. Di bahagian yang ada plag dan halangan lain perabot kekal seperti wall shelve cabinet, boleh la ambil ukuran dulu dan tandakan pada wallpaper.
  8. Untuk bahagian tepi, boleh guna gunting. Untuk bahagian tengah wallpaper, sila guna pisau yang sangat tajam bagi mengelakkan tepinya macam gigit tak habis.
  9. Kulit yang terkena glu tu, boleh la pakai bedak. Sapu kat kain atau tisu basah tak membantu. Tapi, tisu basah tu boleh menghilangkan glu di lantai dan dinding. Mudah sangat.
  10. Bila dah selesai, sila tangkap gambar dan upload. Kah!

Aku tak snap gambar kesemua proses sebab nak cepat siap sementara baby tengah tidur. Kalau dah bangun, terlebih pembantu pulak. Lagipun, kena dengar arahan dia je. Jadi, walaupun tanpa gambar proses yang lengkap, masih dapat membantu suri dan sura rumah di luar sana untuk DIY memasang wallpaper di rumah sendiri. Enjoy your raya preparation!

LIHAT GAMBAR

Saiz sebenar tidak sama dengan yang dimuat naik dalam website Shopee. Beza
Sorang lagi pemalu. Sila berhati-hati. Kalau tak, akan condong
Tanda dengan pensel. Bukan pisau
Potong guna pisau bila dah siap tanda
Kalau tak perlu pemotongan di bahagian tengah, guna je gunting. Laju berdesup
Potong mengikut keping kayu untuk dihiaskan dibahagian atas wallpaper
Macam ni. Seolah macam penutup
Disebabkan glu terlalu kuat, habis melekat di lantai. Guna tisu basah, mudah
Walla! Dah siap

Itu sahaja entri kali ni. Aku muat naik pemasangan ni macam dah lewat. Patut awal sehari dua sebelum raya. Tapi, sebab banyak kerja, aku tangguh dan siap publish pada raya kedua. Takpe, next raya Haji boleh buat lagi kan. Eh, takyah tunggu raya takpe. PKPB tak abih lagi. Banyak masa luang tu elok sangat tampal wallpaper setiap dinding dalam rumah. Hihi

Selamat Hari Raya buat pembaca – 1441H

Leave a Reply