Trip Indochina – Bermula di Ho Chi Minh, Vietnam // Day 1
Alhamdulillah. Semasa aku menulis entri Trip Indochina ini, kami sekeluarga telah selamat tiba di Malaysia. Ada banyak pengalaman ingin aku kongsikan selama 10 hari bermusafir di Vietnam, Kemboja dan Thailand.
10 hari terlalu sekejap. Ikut plan asal, kami bercadang nak ke Laos. Tetapi, perancangan hanyalah perancangan. Tidak semestinya berjalan sebagaimana yang dirancang. Patutnya, hari ke-16 baru kami tiba di Malaysia. Nak tau sebab kenapa, sila baca sehingga habis.
14 Disember 2022
Kami terbang dengan Airasia dari KLIA 2 – Ho Chi Minh City Airport pada jam 7 malam. 2 jam perjalanan kami tiba di bandar Saigon. Saigon nama lama Ho Chi Minh. Sengaja kami mula dari Vietnam sebab nak mudah masuk ke Kemboja. Ikutkan, nak turun di Hanoi (Utara Vietnam) dan masuk ke Luang Prabang Laos. Tapi, ongkosnya tinggi.
Pukul 9 malam
Kami tiba dan terus beli simcard di kiosk-kiosk lapangan terbang. Harga lebih kurang je. Cuma, pastikan anda tidak beli semasa beratur di imigresen. Situ teramatlah mahal. Boleh hotspot dan unlimited internet.
Internet sangat penting untuk kami update keberadaan semasa kepada keluarga. Eloknya, setiap tempat kita check-in, maklumkan. Satu lagi, dengan internet juga kita boleh tahu jalan ke tempat dituju. Nak booking hotel ke, nak semak pengangkutan ke, apa-apa je maklumat diperlukan adalah di google.
Waktu ni dah agak malam. Kedai dalam airport pun dah banyak tutup. Keluar sahaja dari pintu utama, anda pergi dapatkan bas, mini bus atau teksi. Aku tak galakkan teksi sebab kebanyakan mereka penipu. Ada je kaunter untuk panggilkan teksi yang berlesen. Tapi, aku tak percaya.
Aku cari tempat bas. Tapi terjumpa mini bus bernombor 109. Naik je terus bergerak. Ok la. Kalau bas kena tunggu ramai penumpang dulu. Kami berlima je terus jalan. Padahal ada je lagi kerusi kosong.
Lebih kurang 30 minit macam tu, tiba di bus stop Ben Thanh. Kena jalan kaki dari bus stop sejauh 900 meter. Sampai di hotel, full pulak. Kena jalan 200 meter lagi untuk ke hotel cawangan kedua dia. Penat jalan oi dengan beg 10 kg ni. Dah la rakyat ramai. Berpeluh sakan.
Keadaan jalan yang lengang dan takde orang. Kedai semua tutup. Menakutkan jugak la bila mana korang berlima je berjalan. Risau kena tahan dengan orang jahat je. Tapi, selamat la. Ada la kedai makan yang buka di kaki lima.
Untuk pengetahuan, kami pergi berlima. Aku dan suami, anak lelaki berusia 14 tahun, anak perempuan kedua-duanya 12 dan 4 tahun. Apa yang aku kongsikan ini mungkin relevan pada tempoh tertentu sahaja. Diharap anda dapat update maklumat yang terkini.
TIPS untuk hari ini.
- Beli simcard di airport
- Naik bas untuk penjimatan
- Tak perlu booking hotel. Walk-in lebih mudah
- Pastikan ada duit Vietnam Dong yang cukup
- Hotel mestilah berdekatan dengan kedai runcit
KOS keseluruhan
- Tiket fligh AA sehala RM1200 / 5 orang + luggage 40 kg
- Tiket mini bus 15 000 Dong / seorang. Budak percuma
- Simcard 180 000 Dong
- Hotel RM253 / 3 hari 2 malam. Katil 2 double bed
Penat hari ini hanyalah penat perjalanan sahaja. Kami ni mula dari Kota Bharu lagi. Pastu menunggu pulak di KLIA 2. Dari pagi sampai ke malam nak boleh ke sampai di Ho Chi Minh. Berjalan kaki sejauh 1.1 km pulak nak masuk hotel. Turun pulak ke bawah ke convienence store untuk beli air dan jalan lain buat anak-anak.
Apa pun, aku bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar. Takde la tersekat kat mana-mana. Cuma, ada sikit masalah semasa nak bergerak dari KLIA 2. Seramai 15 penumpang terpaksa dikeluarkan daripada perut kapal terbang dan tak boleh fly malam tu. Mungkin mereka satu group. Mungkin jugak ada masalah pasport. Aku taktau. Cuma buat andaian sahaja.
Baca sambungan Trip Indochina kami di entri seterusnya. Banyak perkara menarik dan buruk ingin aku kongsikan sebagai panduan serta pedoman buat pembaca. Aku boleh je memilih untuk berdiam. Rasa macam tak puas sebab tak boleh berikan gambaran awal kepada orang lain.
Apa pun, diharap entri ini membantu travelers lain. Sekadar panduan sahaja. Nak pelan macam mana, terpulang.
Entri ini hadir bersama Vlog E1 – Hari pertama di Ho Chi Minh l Backpacker Overland Indochina Trip. Lebih jelas apa yang dikarang. Pilihan kepada yang berminat vlog berbanding blog. Hehe Selamat mengembara!
Entri kedua : Trip Indochina – Cara nak melawat Cu Chi Tunnels Ho Chi Minh // Day 2
1 thought on “Trip Indochina – Bermula di Ho Chi Minh, Vietnam // Day 1”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
[…] yang terlepas entri pertama trip Indochina aku ni, boleh tekan Trip Indochina – Bermula di Ho Chi Minh, Vietnam // Day 1 untuk ketahui […]