china
Pengembaraan satu family ke Guangzhou, China

Pengembaraan satu family ke Guangzhou, China

Berita baik buat rakyat Malaysia. Kita sebagai warganegara Malaysia diberi keistimewaan buat pertama kalinya dapat memasuki ke China tanpa membuat pembayaran visa.

Kami pernah menjejakkan kaki ke Beijing, Hohhot, Dujiangyan dan Chengdu dengan bayaran visa untuk satu keluarga. Mahal jugak tau. Dah la bayaran tu untuk sekali masuk je setahun.

Boleh baca entri kami sebelum ni : Travel ke Beijing, Travel ke Hohhot (2017)

Bertuah sangat dapat visa free selama 15 hari. Kalau sebelum ni visa sehingga Disember 2024 je. Sekarang dah dilanjutkan sehingga Disember 2025. Rugi tau siapa yang tak cuba kesana.

4 hari 3 malam di Guangzhou, China

Tiket flight KL-Guangzhou : Batik Air – RM320 / per pax (luggage 20 kg seorang)

Tiket flight Nanning-KL : AirasiaRM440 / per pax (tambahan luggage 20 kg 1 family)

Kami tiba seawal pukul 3.30 pagi di airport Guangzhou. Waktu tu public transportation belum beroperasi. Maka kami tidur dulu di kerusi airport.

Tempat charge phone, air panas nak rendam meggi, dan nak landing pun semua ada.

Pukul 6 pagi macam tu dah boleh gerak keluar untuk naik tren metro. Sebelum keluar, kami solat subuh dulu. Takde surau pun. Solat je di tempat tersembunyi.

Tiket tren metro – 2 yuan seorang ke Haizhu Square. Konon nak cari hotel dan walk-in je. Tapi cari-cari, tak jumpa.

Pusing jauh dengan beg berat dan besar, akhirnya mengalah dengan masuk ke kedai makan mi tarik halal toyibban.

Kena ingat logo halal China. Mudah jugak nak cam. Tengok perempuan bertudung, lelaki berkopiah. Kedai biasanya warna hijau.

Tempat penginapan

Kami menginap di LN White House di Renmin Road – RM170 / semalaman untuk 5 orang.

Nak ke hotel ni, kami berjalan kaki sejauh 1.8 km. Padahal ada je tren metro dari Haizhu Square tu.

Dari Haizu Square ke hotel kami menginap, turun ni Stesen Oi Kwan Hotel. Ini option bagi yang taknak berjalan kaki.

Tempat menarik di Guangzhou

  • Shopping di kawasan sekitar hotel
  • Shamiandao Island
  • Suasana malam di Biaouzhujiangriyeyou
  • Masjid Huaisheng
  • Baiyun Mountain
  • Guangzhou Cultural Park
  • Shangjiaxiu Commercial Pedestrian Street
Subscribe channel kami : Ralit

Makanan halal

Aku sebenarnya malas nak share tempat makanan halal ni. Sebab kat mana-mana lorong mesti akan jumpa.

Google je dekat maps. Taip halal food near me, pun boleh ada petunjuk kedai makanan halal.

Kena perhatikan betul-betul. Kedai warna hijau, ada tulisan halal Cina (Qingzhen), pekerja muslim.

Kebanyakan mereka jual mi tarik, daging kambing, dan nasi goreng. Ada je macam dumpling, ikan dan burger. Cuma kami jarang order.

Tips ke China daripada kami.

  • Download setiap apps atau aplikasi yang aku dah cerita di sini. Kenapa dan mengapa, dalam tu lebih detail.
  • Elok bawa cash yang sedikit dan banyakkan bayar secara online.
  • Naik teksi dengan Didi lebih selamat.
  • Tak perlu pandai Mandarin atau English. Guna je google translater.
  • Sentiasa check weather.
  • Bawa ubat dari Malaysia. Mereka banyak jual herba.
  • Aktifkan akaun bank.
  • Pilih talian dan langganan internet yang betul.
  • Di sana takde dobi.

Tanggapan salah tentang local Chinese.

  • Mereka scammer – Tak pernah sekali pun terkena setakat travel DIY.
  • Mereka jahat – Nope. Too friendly.
  • Mereka sombong – Sangat la membantu.
  • Pengotor – Depends.
Setakat visit ke China, tak pernah lagi terjumpa dengan kes yang diceritakan di media sosial. Contohnya kena scam. Tak dinafikan ada penjahat. Tapi, seperti tidak adil nak kata semuanya jahat. Sepanjang pengalaman kami, belum pernah dikhianati. Kotor pulak, bergantung jugak la. Hotel semuanya bersih. Tandas pulak di kawasan public je kotor.

Travel VLOG kami ke Guangzhou

Untuk memudahkan pembaca mendapat bayangan jelas tentang trip kami ke Guangzhou, aku sediakan video perjalanan.

KLIA – Baiyun Airport (Guangzhou)

Sekiranya ada pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, sangatlah dialu-alukan. Jangan lupa untuk subscribe!

Leave a Reply