Diari 3 – PKP sekat perancangan 2020?

Hari ke 30 menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covod-19 yang telah melanda Malaysia. Banyak negara yang mengambil inisiatif yang sama dengan menasihatkan rakyat untuk duduk di rumah, kurangkan aktiviti luar, tidak berkumpul dan menjarakkan diri 1 meter dengan orang lain. Disebabkan itu, boleh dikatakan semua negara yang dilanda teruk oleh wabak ini menutup sekolah-sekolah, termasuklah tempat pengajian tinggi. […]

Throwback Travel di musim PKP

Semasa PKP ni, dalam kepala banyak merancang. Tapi, entah terpakai ke tak hal yang dirancang di tahun covid-19 ini. Bila nak tamat tak tau la. Aku berdoa agar rangkaian jangkitan terputus. Nak keluar rumah pun tak boleh, inikan pula nak travel. Apa yang mampu, throwback. Walaupun tak banyak negara, tapi panjang jugak ni. Save kenangan di sini.

Happy birthday to MYSELF

Hari-hari sebelum aku ingat tarikh 30 Mac ni. Tapi, disebabkan kesibukan Work From Home (WFH), tarikh ini aku lupakan. Sehinggalah suami aku ke sisi memberi ucapan Selamat Hari Lahir. Sweet je bila dapat ucapan pertama daripada orang tersayang. Tak ada sambutan apa pun. Tak boleh keluar selagi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum berakhir sehingga 14 April 2020. Jadi, supaya […]

Rutin WORKOUT semasa wabak Covid-19

Duduk dalam rumah membataskan pergerakan fizikal. Banyak duduk, baring dan kurangnya berjalan jauh. Kalau yang rumah satu tingkat je, memang takde lasung naik turun tangga. Ini akan membuatkan badan boleh menjadi lesu. Aku tak suka keadaan macam ni. Dah la makan dah tak terkawal. Dapur tu tempat hotspot dalam rumah. Peti ais dah tak sejuk sebab asyik bukak tutup mencari […]

Covid-19 : Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan di rumah sendiri

Sebagaimana kita ketahui, pola jangkitan wabak Coronavirus semakin meningkat di Malaysia iaitu 190 kes pada 15 Mac 2020 yang lalu yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah 428 disahkan positif. Pada 16hb pula, berlaku sekali lagi peningkatan sebanyak 125 orang. Oleh itu, satu sidang khas dilakukan oleh YB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin secara ad hoc pada hari yang sama iaitu […]

Diari 2 – Tahniah atas pertukaran suamiku

Hari ini dengan rasminya suami bekerja sama organisasi dengan aku iaitu di KV Kemaman. Dah banyak kali mencuba isi borang untuk masuk mengajar. Dah banyak turun naik jabatan untuk permohonan ke aliran vokasional. Dan dah banyak juga berjumpa dengan pihak terbabit untuk merestui kemasukannya ke sini. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Segala usaha selama ini semestinya disisipkan bersama dengan doa. Perancangan […]