Tips travel bersama anak-anak

Aku ada dah banyak kali buat perkongsian di blog ni mengenai tips mudah travel dengan anak. Setiap kali aku buat entri baru, aku akan perbaharui penulisan dan isi mengikut pengalaman terkini seiring dengan masa. Takde la old school punya style. Sesiapa pun taknak baca kan kalau tarikh dah back dated. Sebab itulah kalau korang baca dan perasan, tajuk lebih kurang. […]

Perkara menarik di Dujiangyan

Sebelum ni aku ada ceritakan tentang Kembara di Dujiangyan bersama keluarga – DIY TRAVEL. Kali ni, aku ulas lain sikit berdasarkan apa yang diterangkan oleh suami aku dalam link video di bawah. Jangan klik lagi. Baca dulu. Katanya, Mt. Qingcheng bukan di bawah daerah Dujiangyan tapi daerah Chengdu. Mt. Qingcheng dah terkeluar sempadan daripada Chengdu padahal Dujiangyan Panda Valley hanya […]

Daerah Dayi Xiling – Siri 4

Kehadiran kami ke Dayi County yang jauhnya 2 jam dari Bandar Chengdu semata-mata untuk bermain salji di Xiling Mountain. Namun, anganku musnah apabila penutupan tempat bermain ski akibat banjir besar yang lalu tidak dimaklumkan awal oleh pihak hotel kepada kami. Banjir besar pada bulan Ogos tahun lalu menyebabkan tanah runtuh dan masih lagi dalam proses pembaikan. Bukan salah pihak hotel […]

Daerah Dayi Xiling – Siri 3

Dari pekan Qing Cheng kami menuju ke Dayi County dengan menaiki bas sebanyak tiga kali. Hampir setengah hari baru kami tiba di Vohill Garden Hotel. Biarpun tempahan di website nama rumah penginapan ini adalah Hotel Huashuiwanzhen. Kami mencari hotel sama tapi berbeza nama alam maya dengan realiti pun telah memakan masa lebih 20 minit. Punya la banyak kekangan yang menyebabkan […]

Daerah Dayi Xiling – Siri 2

Di Siri 1 sebelum ni aku ada ceritakan pengalaman perjalanan bermula dari Qingcheng seterusnya ke daerah Dayi. Naik bas sebanyak tiga kali. Ketiga-tiga bas tu semuanya berlainan saiz. Yang last tu kami naik van. Tiba selepas 4 jam perjalanan. Lama tempohnya disebabkan banyak urusan. Beratur, beli tiket, scan di setiap keluar masuk pintu, angkut beg, turun naik bas, drop orang, […]

Throwback Travel di musim PKP

Semasa PKP ni, dalam kepala banyak merancang. Tapi, entah terpakai ke tak hal yang dirancang di tahun covid-19 ini. Bila nak tamat tak tau la. Aku berdoa agar rangkaian jangkitan terputus. Nak keluar rumah pun tak boleh, inikan pula nak travel. Apa yang mampu, throwback. Walaupun tak banyak negara, tapi panjang jugak ni. Save kenangan di sini.