Couchsurfing – ada Kebaikan dan Keburukan

Di sini aku nak kongsi satu rahsia kenapa aku dan keluarga kenapa ada beberapa tempat yang aku kunjungi sebelum ni dalam kategori hidden gem. Ini disebabkan aku menggunakan laman Couchsurfing. Kalau aku bukan kaki travel, percayalah aku hanya membayangkan seorang lelaki sedang surf board di ombak dengan bergaya. Haha Meh aku ceritakan apa kebenda ni. MAKSUD Perkhidmatan yang menghubungkan pengembara-pengembara […]

Keunikan trek baru Bukit Harimau Menangis

Aku pernah tulis pasal Bukit Harimau Menangis – Hiking dengan anak-anak bertarikh Jun 22, 2019. Dah setahun berlalu. Lepas tu dah tak boleh panjat dah sebab kekangan masa. Bukit Harimau Menangis (BHM) jauh dari tempat tinggal aku. Sejauh 40 minit perjalanan dengan halaju 120 km/jam. Maka, setahun kemudian baru boleh repeat. Kihkih Baik. Aku ulang balik secara ringkas kat mana […]

Bersiar-siar di Kawaguchiko Lake Fuji

Kalau dah ke Tokyo, jangan lupa masukkan Tasik Kawaguchiko ni sebagai destinasi wajib pergi. Mulanya kami nak batalkan aje niat ke sana memandangkan perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dengan menaiki bas dari Shinjuku. Nasib baik kami teruskan juga niat. Tempat ini sangat berbaloi untuk dijejaki. Jika nak ke sana, anda boleh la menaiki subway dari tempat anda menginap menuju […]

Bermalam di Hutan Lipur Sekayu

Baru bekerja 2 minggu selepas 3 bulan PKP. Minda dan badan terasa sangat stress. Dah usha beberapa kali tempat percutian. Cameron Highlands jauh. Genting tempat perabih duit. Pulau sangat panas. Aku suka sejuk dan nyaman. Berpeluh hamis tak berapa berkenan sebab tempat aku tinggal ni puah cemuh dah dengan bermandi peluh. Kawan aku ada tunjuk kat Whatsapp Story tentang penginapannya […]

Cara buat pasport (Renew) time Covid-19

Pasport antarabangsa kami dah tak boleh guna untuk ke luar negara disebabkan tarikh akan expired lagi 5 bulan. Dalam tempoh 6 bulan terakhir sebelum tamat tempoh memang tak boleh nak fly mana-mana. Jadi, kami buat keputusan nak renew passport biarpun di musim wabak covid-19. Senang. Bila dapat pengumuman daripada kerajaan untuk buka je pintu sempadan, kami akan terus book tiket […]

Tempat menarik Manila Ocean Park

Aku dah pernah tulis entri Melawat Manila Ocean Park bersama anak-anak. Aku twist tajuk je ni sebab nak update pasal video travel yang aku dah olah semula. Kalau nak tau macam mana nak pergi ke sana, sila klik pautan yang berwarna hijau di atas. Maklumat lengkap beserta dengan gambar lagi. Aku rasa menarik untuk videokan bagaimana nak mulakan perjalanan sehingga […]